Part 37

33.8K 1.2K 49
                                    

Srett!!!

Bumm!!

Nurina Amani yang sedang termenung jauh tersentak apabila tubuhnya terhenyak ke pintu kereta saat teksi yang dinaikinya tiba-tiba membelok ke kanan dengan laju. Terasa melayang nyawa. Terus tangan naik memegang dada.

"Maaf, Cik.. Cik okay ke?" Cemas sahaja pemandu teksi itu bertanya apabila melihatkan wajah pucat Nurina Amani.

"Sa..saya okay. Kenapa pakcik? Kenapa pakcik tiba-tiba belok kereta?"

"Ada kereta potong kita dari sebelah kiri tadi, Cik. Laju pulak tu. Jadinya pakcik tak sempat nak elak, pakcik terpaksa masuk simpang kanan ni" panjang lebar pemandu itu menerangkan.

"Habis yang bunyi kuat tadi bunyi apa?" Tanya Nurina Amani lagi. Sememangnya dia tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya tadi.

"Kereta tu kena rempuh dengan kereta Hilux yang baru nak keluar dari simpang kiri. Sama-sama laju, Cik. Tak tahulah apa nasib orang dalam kereta tu.."

Pemandu itu menghambur nafas lega. Dalam hati mengucap ribuan rasa syukur kepada Allah. Sebenarnya jika kereta di belakangnya tadi tidak memotong mereka dengan tiba-tiba, sudah tentu teksinya yang menjadi mangsa rempuhan kereta Hilux hitam itu tadi.

Nurina Amani mengurut dada. Dalam hati berdoa agar kedua-dua pemandu itu selamat.

Pemandu teksi itu mengerling ke cermin belakang. Penumpangnya itu sudah berhenti menangis. Wajah itu nampak lebih tenang.

Nurina Amani mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya. Satu mesej dihantar kepada jirannya untuk memaklumkan kepulangannya hari ini. Dia tidak membawa kunci. Dia sendiri pun tidak menjangkakan kepulangannya ke sana hari ini. Jadi terpaksalah dia meminta bantuan jirannya itu meninggalkan kunci di garaj rumahnya.

Setelah jirannya membalas mesejnya itu, Nurina Amani melepaskan keluhan perlahan. Butang off di telefon bimbitnya ditekan lama. Telefon bimbitnya dimatikan.

***************************************

Tengku Harraz cuba menarik nafas yang terasa berat. Nafasnya bagaikan tersekat di kerongkong.

Cecair merah panas yang mengalir ke wajahnyanya itu hanya dibiarkan. Tiada kudrat untuk mengelap. Seluruh tubuhnya terasa sakit. Pandangannya juga sudah semakin berbalam.

'Ya Allah, jika masa ku sudah tiba .. Kau ampunilah segala dosa-dosa isteriku Ya Allah. Sesungguhnya aku telah menghalalkan segalanya. Aku reda dengan isteriku Ya Allah..' detik Tengku Harraz dalam hati.

"La..ila..ha..ill..allah.." lemah sahaja Tengku Harraz menutur. Nafasnya terasa makin pendek.

Pandangan Tengku Harraz gelap! Tubuhnya kaku.

flashback

"Are you okay, Tengku?" Nancy yang menyaksikan segalanya sejak awal perlahan-lahan melangkah menghampiri majikannya itu.

Tengku Harraz hanya diam. Dia hanya brdiri menyandar pada dinding. Masih mencari kekuatan setelah ditinggalkan Nurina Amani sebentar tadi.

"Encik Dani ada call tadi. Dia mintak Tengku jawab call. He said it's urgent" Nancy serba salah. Simpatinya tumpah. Sejak berkhidmat di sini dua tahun lepas, ini pertama kali dia melihat majikannya seperti itu.

Tengku Harraz segera menoleh. Urgent? Apa yang berlaku? Dia segera berlari masuk ke dalam biliknya. Telefon di atas meja di sofa itu pantas diambil. Berbelas missed calls dari Dani, Aizat dan Inspektor Azri. Tengku Harraz tidak sedap hati. Segera jari mendail nombor Dani.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now