Bab 22

35.8K 1.4K 24
                                    

Nurina Amani meletakkan kembali baju ke rak yang terdapat di butik itu. Membazir. Sehelai baju sahaja dah cecah sampai ratus-ratus ringgit. Baik dia beli makanan.

Dia meliarkan pandangan ke seluruh butik itu. Tadi selepas habis menunaikan kehendak Tengku Amanda yang ingin melihat binatang di zoo, Tengku Khalida mengajak mereka bermalam di rumahnya. Pada mulanya Tengku Harraz menolak namun ibu mertuanya itu tetap memaksa. Nak tak nak terpaksalah mereka membeli baju baru untuk dipakai di rumah bondanya itu nanti. Kalaulah dia tahu, awal-awal lagi dia dah kemaskan sekali bajunya dan Tengku Harraz. Tak payahlah sampai nak kena shopping on the spot macam ni.

"Kau termenung apa lagi tu?" Suara tanpa nada itu membuatkan Nurina Amani tersentak. Perlahan-lahan dia berpaling.

"Tengku.." Nurina Amani mendongak. Kakinya dijinjit sedikit. Mulut mendekati telinga lelaki tinggi lampai itu.

"Jom kita pergi kedai lainlah.." perlahan sahaja dia berbisik. Bimbang didengari oleh pekerja di butik itu.

Tengku Harraz mengerutkan dahi. Wajah wanita yang nampak serba salah itu dipandang.

"Kenapa? Tak kena dengan taste kau?"

"Bukann.."

"Habis tu?"

Nurina Amani sudah serba salah. Sekali lagi kaki menjinjit.

"Dekat sini mahal sangat la, Tengku. Membazir" Nurina Amani masih berbisik ke telinga lelaki itu.

Tengku Harraz mengerutkan dahi. Tidak menjangkakan alasan yang keluar dari mulut Nurina Amani. Wanita ini memang pelik. Biasanya perempuan lain lebih suka menghabiskan duit di butik-butik ternama seperti ini tetapi tidak wanita dihadapannya itu.

"It's okay, Nurina. Just ambik je apa yang kau nak. I'll pay for it" tanpa riak sahaja Tengku Harraz menuturkan.

"Eh takpelah, Tengku. Baju saya, biarlah saya yang bayar. Tapi.." Nurina Amani menggigit bibir.

"Tapi?" Tengku Harraz angkat kening.

"Tapi bukan dekat sini la. Sebab kalau dekat butik ni saya tak mampu" polos sahaja wajah Nurina Amani memandang ke arah Tengku Harraz.

Tengku Harraz melepaskan keluhan perlahan.

"Habis tu, kau nak pergi mana sebenarnya?" Malas sahaja nada Tengku Harraz. Pandangan kosong dihalakan ke arah Nurina Amani. Nasib baiklah Tengku Amanda sudah pulang bersama Tengku Khalida daripada zoo tadi. Kalau tidak bertambah pening dia hendak melayan karenah mereka berdua.

"Padini je la, Tengku" Nurina Amani masih mengawal suara. Kedai itu je yang terlintas dalam fikiran ketika ini.Padini okay la sikit berbanding butik-butik mewah dalam mall ini. Dah la banyak pilihan. Harga pun berpatutan.

"Padini?"

"Shh.. slowlah sikit Tengku" Nurina Amani meletakkan jari telunjuk di bibir. Matanya dibuntangkan. Lelaki ni tak pandai langsung nak cover!

Tengku Harraz hanya memandang ke arah Nurina Amani sekilas sebelum dia melangkah keluar dari butik pakaian wanita itu. Tenang sahaja kaki mengatur langkah. Mencari kedai yang disebut oleh wanita itu tadi. Nurina Amani hanya mengikut dari belakang. Sesekali kepala ditoleh ke arah Dani yang masih setia mengikut mereka berdua. Pelik. Tidak tahu pulak mengikut bos shopping pun termasuk dalam skop kerja driver. Ah sudahlah Nurina! Skop kerja kau sendiri pun dah ke laut, nak sibuk dengan skop kerja orang lain pulak.

Saat kaki melangkah masuk ke dalam Padini, Nurina Amani melajukan langkah agar beriringan dengan Tengku Harraz.

"Err.. Tengku.."

Tengku Harraz menoleh.

"Kalau Tengku nak pergi cari baju Tengku dekat kedai lain, pergilah. Tinggal je saya dekat sini" Nurina Amani mengukir senyuman serba salah. Dia faham. Mestilah Tengku Harraz tidak biasa membeli di kedai biasa seperti ini. Dia golongan kayangan. Bukan rakyat marhaen seperti Nurina Amani.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now