Bab 40

39.9K 1.6K 107
                                    

"Kak Amani!" Nurina Amani mengangkat wajah apabila mendengar laungan itu.

Tengku Syafa dan Tengku Khalida melajukan langkah apabila melihatkan Nurina Amani yang sedang tunduk menekur lantai itu di ruang menunggu itu. Jelas nampak bahu wanita itu terhinjut-hinjut akibat menangis.

"Amani..Amani okay tak ni?" Tengku Khalida menyentuh perlahan bahu menantunya itu.

"Bonda.. Amani mintak maaf.. Amani mintak ampun.." Segera tangan Tengku Khalida dicapai sebelum tangan itu dikucup. Esakannya semakin kuat.

Tengku Khalida menarik Nurina Amani ke dalam pelukan. Belakang tubuh itu diusap lembut.

"Dah, sayang.. Jangan menangis macam ni. Bonda faham. Bonda tak salahkan Amani.."

Lama Nurina Amani melepaskan tangis dalam pelukan ibu mertuanya itu sebelum perlahan-lahan pelukan dileraikan.

"Maaf, Kak Amani. Syafa dengan bonda bukan taknak bagitahu akak tapi abang.." Tengku Syafa tidak jadi meneruskan kata-kata. Bimbang kakak iparnya itu terasa hati.

"Akak faham, Syafa.." Nurina Amani menunduk.

"Err..tapi macam mana Kak Amani boleh ada dekat sini?" Tengku Syafa sudah serba salah. Macam mana kalau abangnya menolak untuk menjalani terapi seperti yang diugut tempoh hari?

"Kak Fiyya yang bawa Amani datang sini, Syafa. Fiyya minta maaf, bondalong.." sampuk Tengku Syafiyya yang baru melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan di ruang menunggu itu.

"It's okay, Fiyya. Lagipun sampai bila kita nak sorokkan daripada Amani. Amani isteri Harraz, jadi dia berhak untuk tahu.."

Nurina Amani yang mendengar ayat yang keluar dari mulut Tengku Khalida memejamkan mata rapat. Isteri? Baru sahaja tadi Tengku Harraz sudah membuangnya dari hidup lelaki itu.

"Tapi Tengku dah bencikan Amani, bonda.." Nurina Amani menekup wajah.

Tengku Syafa membuntangkan mata.

"Kak Amani dah jumpa abang?" Soal Tengku Syafa dengan nada terkejut.

Perlahan Nurina Amani mengangguk.

"Abang Harraz dah benci akak, Syafa. Abang Harraz dah buang akak daripada hidup dia.." Teresak-esak Nurina Amani menuturkan.

Tengku Syafa melepaskan keluhan perlahan. Dia sudah agak tindakan abangnya itu. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri Nurina Amani yang sedang menunduk sebelum Tengku Syafa melutut di hadapan kakak iparnya itu.

"Kak Amani.." Tangan Nurina Amani dibawa ke dalam genggaman. Mata mencari anak mata wanita itu.

"Kak Amani sayang abang Harraz?"

Nurina Amani tergamam. Sebelum perlahan-lahan dia mengangguk. Ya, dia sayangkan lelaki itu! Dia sudah tidak mahu menipu diri sendiri.

"Kak Amani tahukan abang Harraz buang Kak Amani bukan sebab dia tak sayangkan akak?"

Senyap. Tiada jawapan daripada Nurina Amani. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

"Abang tengah dalam denial phase kak. Sebab kelumpuhan dia tu, dia anggap dia satu beban untuk orang lain.." Tengku Syafa berjeda. Getar suara cuba ditahan.

"Sebab tu abang cuba buang Kak Amani dari hidup dia. Dia nak Kak Amani bahagia walaupun Syafa tahu, deep inside, he's hurting so much.." Setitis air matanya jatuh namun cepat Tengku Syafa mengelap. Dia tahu abangnya itu sudah lama jatuh sayang pada kakak iparnya itu. Dia kenal abangnya. Kerana itu lelaki itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan Kak Amani bahagia.

Esakan Nurina Amani semakin kuat.

"Kak Amani still nak stay dalam hidup abang?"

Laju kepala Nurina Amani mengangguk. Dia tidak boleh hidup tanpa Tengku Harraz dan Tengku Amanda.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now