Bab 38

33.6K 1.4K 52
                                    

"Harraz.."

Tengku Harraz yang sedang merenung ke arah luar tingkap wad itu menoleh. Wajah Tengku Khalida dipandang dengan pandangan kosong.

"Harraz dengar kan apa yang doktor cakap tadi?"

Tengku Harraz hanya mengangguk perlahan. Pandangan dialihkan semula ke luar tingkap.

Tengku Khalida merenung wajah pucat Tengku Harraz dengan pandangan sayu. Sudah dua minggu anaknya terlantar di hospital. Dan baru beberapa hari sahaja doktor mencabut tiub pernafasan setelah Tengku Harraz menunjukkan tindakbalas positif terhadap ransangan yang diberikan oleh doktor.

Dalam masa beberapa hari ini, lelaki itu lebih banyak mendiamkan diri. Apabila dimaklumkan mengenai kelumpuhan yang dialami pun, anaknya itu hanya diam. Sikitpun tidak menunjuk sebarang riak.

Tengku Khalida takut. Dia takut sekiranya Tengku Harraz menjadi lebih teruk daripada tiga tahun lepas. Anaknya sekarang seolah-olah mati rasa.

Sepanjang Tengku Harraz sedar, anaknya itu hanya melayan perbualan Tengku Amanda sahaja. Itupun melalui panggilan video kerana Tengku Amanda masih tidak dibenarkan melawat Tengku Harraz.

Tengku Khalida mengenggam tangan Tengku Harraz. Dia menarik nafas dalam. Dia tahu dia perlu kuatkan semangat agar dia dapat membantu menaikkan semula semangat Tengku Harraz yang nampak sudah mengalah.

Penerangan yang diberikan oleh Dr Syed tadi benar-benar memberikan harapan dan semangat baru buat mereka sekeluarga. Kelumpuhan yang dialami oleh Tengku Harraz masih boleh dirawat. Kelumpuhan sementara yang diakibatkan oleh kecederaan pada bahagian otak itu boleh disembuhkan dengan terapi fisio dan terapi cara kerja yang perlu dijalankan secara rutin.

Dan Alhamdulillah, setakat ini tiada tanda-tanda yang menunjukkan lelaki itu mengalami retrograde amnesia seperti yang dibimbangkan oleh doktor. Tengku Harraz mengecam dan mengenali semua orang yang datang melawatnya sepanjang tiga hari ini.

Tetapi hanya satu perkara sahaja yang membimbangkan mereka sekeluarga ketika ini. Nurina Amani.. Sekalipun nama itu tidak pernah keluar daripada mulut Tengku Harraz sejak anaknya itu sedar. Bertanya tentang keadaan Nurina Amani pun tidak pernah. Sedangkan anaknya itu sanggup mempertaruhkan nyawa untuk melindungi wanita itu.

Apabila Amanda bertanya keberadaan mommynya pun, Tengku Harraz hanya mengatakan mommy Amanda pergi berkerja di tempat yang jauh. Mommy yang mana yang dimaksudkan oleh Tengku Harraz pun mereka tidak pasti.

Apabila diceritakan tentang perkara itu kepada Dr Syed, doktor lelaki itu berpendapat kemungkinan Tengku Harraz mengalami selective amnesia di mana sesetengah pesakit akan hilang memori tentang orang atau kejadian tertentu. Dan itulah perkara yang paling mereka takuti. Nurina Amani hilang dari ingatan Tengku Harraz sepenuhnya? Tak mungkin! Lelaki itu sanggup mempertaruhkan nyawa demi Nurina Amani. Mustahil tidak ada sedikit pun memori tentang wanita itu di dalam kepala Tengku Harraz?

Nurina Amani pula hilang tanpa khabar berita sejak dari hari itu. Puas mereka cuba menghubungi wanita itu tetapi tidak berjaya. Walaubagaimanapun mereka sekeluarga maklum tentang keberadaan Nurina Amani di rumah arwah ibunya dan mereka yakin keselamatan wanita itu terjamin kerana Aizat tetap menjalankan tugasnya untuk mengawasi keselamatan Nurina Amani sepanjang dua minggu ini.

Kalau ikutkan hati, dia mahu menceritakan segala-galanya kepada Nurina Amani. Tentang Julia Raihana dan tentang kemalangan yang telah menimpa anaknya tetapi Dani awal-awal lagi memberitahu pesan Tengku Harraz agar merahsiakan segala-galanya daripada pengetahuan wanita itu. Tengku Khalida jadi serba salah. Sebab itulah dia tidak pergi berjumpa dengan menantunya itu. Dia tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga anak menantunya.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now