Bab 28

34.1K 1.2K 17
                                    

"Kenapa Tengku diam?" Nurina Amani memberanikan diri bertanya. Wajah lelaki yang jelas terkejut selepas mendengar nama yang disebut tadi telah menjelaskan segalanya. Hancur hatinya kala ini. Nampak sangat apa yang dikatakan oleh wanita yang bernama Julia Raihana tadi semuanya benar belaka.

"Now that I'm back in Malaysia, I'm sure he'll forgive me. That guy loves me so much, you know"

Dan pastinya kata-kata itu juga bukan satu penipuan. Melihat riak Tengku Harraz sekarang, dia tahu lelaki itu terlalu mencintai wanita itu. Tapi apa alasan mereka semua untuk menipunya sebegitu rupa?

Tengku Harraz meraup wajah. Perlahan-lahan genggamannya di pergelangan tangan wanita itu dilepaskan. Mendengar nama wanita itu setelah sekian lama seakan-akan merobek luka lama. Luka yang telah menjadi parut kini seakan-akan berdarah semula.

Nurina Amani tersenyum pahit apabila tiada sebarang suara yang keluar daripada mulut lelaki di sebelahnya itu. Dia faham. Siapa dia untuk lelaki itu menjelaskan segalanya? Siapa dia untuk lelaki itu berterus terang? Dia hanya seorang pekerja. Lelaki itu adalah majikannya. Dia tidak berhak.

"Takpelah, Tengku tak perlu jawab pun"

Tengku Harraz hanya diam. Pandangan hanya ditalakan ke arah kolam renang. Sikitpun dia tidak menoleh ke arah Nurina Amani.

"Saya naik dulu ya, Tengku. Nanti kalau Amanda terjaga tengok tak ada orang, dia menangis pulak" perlahan sahaja Nurina Amani bersuara sebelum dia melangkah meninggalkan Tengku Harraz yang termangu di tepi kolam renang itu. Air mata yang mengalir lebat dipipi hanya dibiarkan.

Perlahan-lahan langkah diatur menuju ke tangga. Sumpah! Hatinya terlalu sakit. Kalaulah dia tahu wanita yang berada dalam hati Tengku Harraz itu masih hidup, sikitpun dia tidak akan membenarkan benih-benih cinta ini wujud dalam hatinya. Sikitpun dia tidak akan memasang harapan untuk terus menjadi ibu Amanda. Sekurang-kurangnya hatinya tidak akan sesakit ini.

Ya! Memang dia pernah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak melibatkan diri dalam soal cinta tetapi hatinya tidak memberi kerjasama. Hatinya telah membenarkan seorang lelaki yang bernama Tengku Harraz untuk menetap di situ. Dan kerana itulah hatinya rasa sesakit ini.

Tengku Harraz hanya memandang langkah Nurina Amani yang makin lama makin hilang daripada pandangan. Tangan meraup muka untuk kesekian kali. Satu keluhan berat dilepaskan. Mendengar Nurina Amani menyebut nama itu sahaja sudah membuatkan hatinya sakit. Luka tiga tahun lalu seperti ditayangkan semula didalam fikiran. Satu persatu. Bagaimana sakitnya cinta yang diberikan dipijak-pijak oleh seorang insan yang bergelar isteri. Bagaimana rapuhnya diri ditinggalkan begitu saja bersama Tengku Amanda. Bagaimana sakitnya untuk dia bangkit semula.

Tengku Harraz melepaskan keluhan berat untuk kesekian kali.

***************************************

Nurina Amani membuka mata apabila alarm daripada telefon bimbitnya berbunyi. Perlahan-lahan dia bangun dari baringan sebelum menoleh ke sebelahnya. Hanya Tengku Amanda yang berada di atas katil. Tengku Harraz pula tiada di tempat baringannya. Nurina Amani melepaskan keluhan perlahan. Semalam, sebelum dia melelapkan mata, Tengku Harraz masih belum masuk ke dalam bilik. Atau mungkin lelaki itu tidak masuk ke bilik langsung.

Nurina Amani meraup wajah. Kepalanya masih terasa berdenyut. Mungkin kesan daripada menangis semalam. Perlahan-lahan dia turun dari katil. Langkah kaki diatur menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Siap membersihkan diri, Nurina Amani hanya mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna hijau dipadankan dengan tudung bawal berwarna nude.

Dia nekad, hari ini dia akan pergi bertemu empat mata dengan Tengku Syafiyya. Dia ingin bertanya apa alasan sahabatnya itu menipunya selama ini. Tengku Amanda akan ditinggalkan sebentar bersama Tengku Harraz.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now