Bab 3

36.1K 1.4K 34
                                    

"I can buy myself flowers , Write my name in the sand, Talk to myself for hours, Say things you don't understand, I can take myself dancing, And I can hold my own hand"

Lagu Flowers nyanyian Miley Cyrus itu menghentikan pembacaan Nurina Amani. Novel setebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka itu diletakkan di atas katil. Kebetulan sekarang musim cuti sekolah, jadi tadikanya ditutup selama tiga minggu. Masa lapang yang ada digunakan untuk membaca novel yang belum sempat dibaca.

Segera tangan mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja di tepi katil. Melihatkan nama pemanggil di skrin telefon bimbitnya, terus senyum lebar terukir di bibir. Laju sahaja tangan menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Fiyya!" Ceria sahaja suara Nurina Amani.

"Waalaikumsalam Amani! Ya Allah. Rindunya aku dekat kau" suara di hujung talian juga ceria. Tengku Syafiyya, teman sebiliknya semasa menuntut di Universiti Malaya. Walaupun Tengku Syafiyya merupakan penuntut dalam bidang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, hubungan mereka sangat rapat kerana sepanjang lapan semester menuntut di Universiti Malaya, mereka menetap di bilik yang sama.

"Ye Fiyya..lama sangat dah kita tak jumpa. Maklumlah orang tu sejak-sejak ada jawatan besar ni mana nak kawan dengan cikgu tadika macam aku ni"

"Kau jangan mengada ye Amani! Tak ada maknanya! Tak baik tau cakap macam tu"

Nurina Amani sudah ketawa kecil. Saja menyakat sahabatnya itu. Dia tahu sahabatnya itu bukan jenis memilih darjat seperti itu. Kalau tidak, masakan gadis itu sudi berkawan rapat dengannya. Walaupun sahabatnya itu daripada golongan berada, namun Tengku Syafiyya tidak pernah sombong. Keluarganya juga begitu. Sangat baik. Sangat bersederhana. Kalau orang kaya lain dah lama hantar anak belajar ke luar negara. Tapi tidak keluarga Tengku Syafiyya. Bagi mereka sama sahaja belajar dimana mana. Yang penting semangat untuk menggenggam segulung ijazah itu.

"Lagipun kau tu jauh dekat Sepang, kalau kau ada dekat area KL ni, mesti hari-hari aku ajak jumpa" sambung Tengku Syafiyya lagi.

"Alaa jauh mana lah Sepang ni, Fiyya oii.. Kau kentut dekat KL tu pun aku boleh dengar sampai sini tau" Meletus tawa kedua-dua wanita itu.

"Amani, kau tengah cuti kan sekarang?" Tanya Tengku Shafiyya selepas tawanya reda.

"Haah, dalam tiga minggu macam tu. Kenapa?"

"Weekend ni free tak?" Tanya Tengku Syafiyya lagi. Pertanyaan dari Nurina Amani tadi hanya diabaikan.

"Weekend? Free je. Kenapa Fiyya?"

"Aku nak ajak kau datang rumah aku hujung minggu ni. Papa buat kenduri sikit"

"Weekend ni?" Nurina Amani sudah mengerutkan dahi.

"Haah. Aku tak kira, aku nak kau datang jugak. Lagipun mama dengan papa asyik tanya je bila kau nak datang sini lagi" Ujar Tengku Syafiyya.

Dia bukannya mereka cerita. Memang mama dan papanya selalu bertanya tentang Nurina Amani. Kedua ibu bapanya itu sangat senang Tengku Syafiyya berkawan dengan Nurina Amani kerana wanita itu la yang membimbing Tengku Shafiyya menjadi 'orang' sedikit berbanding dahulu.

Sejak berkawan dengan Nurina Amani, Tengku Syafiyya sudah tidak keluar malam, pakaian gadis itu juga sudah jauh lebih sopan sedikit berbanding dulu. Kalau dulu, tauke kedai kain pun boleh tepuk dahi tengok pakaian tak cukup kain wanita itu. Tapi sekarang, pakaian Tengku Syafiyya sudah semakin sopan dan tertutup malah wanita itu juga sudah menjinakkan diri untuk bertudung.

"InsyaAllah, aku datang. Rasanya tak ada hal apa pun hari tu" Nurina Amani mengukir senyum apabila teringatkan Auntie Asiah dan Uncle Shamsul. Lama dia tidak berjumpa dengan kedua ibu bapa Tengku Syafiyya itu. Dulu selalu juga Nurina Amani mengikut Tengku Syafiyya pulang ke rumah keluarganya setiap kali hujung minggu.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now