Bab Akhir ♥️

62.5K 1.8K 245
                                    

Nurina Amani yang baru menyangkutkan telekung di rak itu mengatur langkah ke arah Tengku Harraz yang baru selesai menunaikan solat subuh di atas katil.

Satu senyuman manis dihadiahkan buat lelaki itu. Terasa bagai mimpi apabila wajah tampan itu masih boleh menjadi halwa tatapan matanya. Sangkanya semalam hubungan yang dibina akan berakhir. Tapi ternyata perancangan Allah lebih hebat.

"Saya pergi dapur dulu ya, Tengku..Nak tolong prepare breakfast.." ujar Nurina Amani sebelum berpaling. Langkahnya serta merta terhenti apabila lengannya disambar oleh Tengku Harraz.

"Kenapa, Tengku?" Segera Nurina Amani berpaling.

"Ahh.."Nurina Amani menjerit kecil saat tangannya ditarik ke arah Tengku Harraz. Nasib baik dia sempat menahan tangan di atas dada lelaki itu. Kalau tak, tak pasal-pasal mukanya tersembam ke dada lelaki yang sedang bersandar di kepala katil itu.

"What did you call me, my love?" Tengku Harraz memegang lembut kedua-dua bahu Nurina Amani. Memalingkan tubuh wanita itu untuk bersemuka dengannya.

Wajah Nurina Amani sudah memerah. My love?

"Err..Tengku.."

Cupp!

Bibir Nurina Amani dipagut lembut. Membuntang matanya memandang ke arah Tengku Harraz.

"Tengku!"

Cupp!

Lagi sekali bibirnya menjadi mangsa.

Nurina Amani sudah tidak keruan. Kenapa dengan lelaki ini?!

"I will not stop until you call me by another name, sayang.." Lembut sahaja suara garau itu menampar pendengaran Nurina Amani.

Nurina Amani menggigit bibir. Terkebil-kebil dia memandang ke wajah tampan Tengku Harraz itu.

"Tapi saya tak tahu nak panggil Tengku apa.."

Nurina Amani yang menyedari kesilapannya terus menekup mulut apabila wajah Tengku Harraz semakin menghampiri wajahnya.

"Okay! Okay! Abang!" Laju Nurina Amani menyebut apa yang terlintas di fikirannya kala itu.

Tengku Harraz mengukir senyum lebar. Wajahnya kembali dijauhkan daripada wajah Nurina Amani. Berpuas hati dengan panggilan itu.

"Good girl..Nanti abang bagi sayang toys okay?" Ujar Tengku Harraz sambil mengusap kepala Nurina Amani. Tawa kecil dilepaskan perlahan dari mulutnya apabila melihat wajah Nurina Amani yang sudah merah padam.

Nurina Amani hanya mengangguk beberapa kali. Pandangan mata dilarikan daripada pandangan nakal Tengku Harraz sebelum dia kembali menunduk. Malu!

"Look at me, my love.." Dagu Nurina Amani ditolak ke atas dengan lembut. Nurina Amani meneguk liur perlahan. Cuba melawan pandangan mata Tengku Harraz yang sedang merenungnya dengan pandangan redup. Ya Allah! Kenapa Mamat The Rock ni tiba-tiba bertukar jadi Mat Romeo ni?!

"I love you,sayang.."

Satu kucupan hangat singgah di dahi Nurina Amani.

Nurina Amani tidak dapat menahan sebak. Serta-merta air matanya menitis. Segera tubuh tegap lelaki itu dipeluk kemas.

"Saya pun cintakan abang.." ujar Amani dengan suara bergetar.

"Saya, huh?"

Nurina Amani merungkaikan pelukan. Wajahnya berkerut apabila melihat Tengku Harraz yang sedang menjongketkan kening dengan senyuman nakal.

Cupp!

Nurina Amani membesarkan mata. Terkejut dengan kucupan tiba-tiba itu.

"Tapi kan saya dah panggil abang..?" polos sahaja Nurina Amani memandang ke arah Tengku Harraz.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now