Bab 25

36.2K 1.5K 18
                                    

"Jadi ke kau nak keluar dengan Syafa esok?" Tengku Harraz memandang ke arah Nurina Amani yang sedang meriba Tengku Amanda sambil menonton televisyen itu.

"Jadi, Tengku. Err.. Tengku dah bagi izin haritu kan?" Nurina Amani memandang wajah dingin dihadapannya itu. Jangan cakap dia tak bagi pulak dah la!

"Hmm" pendek sahaja jawapan Tengku Harraz. Dia kembali menoleh ke arah televisyen yang sedang menayangkan cerita kegemaran Tengku Amanda, Paw Petrol.

"Tengku nak tahu tak Syafa nak ajak saya pergi mana?" Nurina Amani menyoal dengan nada teruja. Wajah lelaki di hadapannya dipandang dengan senyuman.

Tengku Harraz kembali menoleh. Wajahnya dikerutkan. Bukan soalan itu yang membuat dia pelik, tetapi kelakuan wanita itu sejak dua menjak ini. Sejak pulang dari Sungai Pelek tempoh hari, sikap wanita itu seperti lebih mesra. Tiada lagi wanita yang takut-takut dengan dia.

"Syafa nak bawak kau pergi mana?"

"Pergi shopping" cepat sahaja Nurina Amani menjawab. Nadanya masih sama. Masih lagi teruja.

Tengku Harraz menjulingkan mata ke atas. Kalau dah namanya perempuan, itu jelah aktiviti yang buat mereka teruja sampai macam ni.

Nurina Amani yang melihat reaksi lelaki itu terus mencebik.

"Tak baik Tengku buat muka macam tu. Ni bukan shopping biasa-biasa, tau"

"Ada shopping yang luar biasa ke?" Tidak bernada sahaja Tengku Harraz bertanya.

"Ada, la.. Tengku tahu tak Syafa ajak saya pergi shopping apa esok?"

"How am I supposed to know if you don't tell me, Nurina?"

Nurina Amani mencebik lagi. Tak seronok betul la bercakap dengan mamat the rock ni! Serius je memanjang!

"Mommy.." panggilan anak kecil itu membuatkan Nurina Amani dan Tengku Harraz menoleh memandang ke arah Tengku Amanda yang sudah menggosok-gosok mata.

"Ya, sayang? Sayang mommy dah mengantuk ke?"

Tengku Amanda mengangguk beberapa kali mendengar pertanyaan Nurina Amani.

"Alaa kesiannya. Jom kita pergi tidur, okay?" Nurina Amani mengusap kepala Tengku Amanda yang berada di ribaannya itu. Terus dia bangun untuk mendukung kanak-kanak itu.

"Let me.." ujar Tengku Harraz sambil tangan disuakan kepada Tengku Amanda. Menawarkan diri untuk mendukung kanak-kanak itu ke bilik tidur mereka.

Beriringan mereka melangkah menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

"So?" Tiba-tiba Tengku Harraz bersuara setelah meletakkan Tengku Amanda ke atas katil.

Nurina Amani yang baru masuk kedalam bilik selepas membancuh susu Amanda mengerutkan dahi memandang ke arah Tengku Harraz.

"So apa?"

"Syafa ajak kau pergi shopping apa esok?" Tidak beriak sahaja wajah Tengku Harraz bertanya. Cuba menyambung perbualan yang tergantung tadi.

Nurina Amani menahan senyum. Laa.. berminat jugak nak tahu rupanya! Ingat tak berminat..

"Why are you smiling, Nurina?"

"Mana ada saya senyum.." Nurina Amani cuba menyembunyikan senyum.

Tengku Harraz hanya menjeling wanita di sebelahnya. Bukannya dia tidak nampak wanita itu menahan senyum. Kan dia dah kata, Nurina Amani dah berubah. Kalau dulu, wanita itu bukan main takut lagi dengan dia.

Nurina Amani hanya tertawa kecil melihat jelingan Tengku Harraz.

"Syafa ajak saya pergi shopping tudung esok"

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now