Bab 14

35.1K 1.4K 46
                                    

Tengku Harraz merenung ke arah wanita di hadapannya yang hanya menundukkan wajah daripada tadi. Dia yang mengatur pertemuan mereka hari ini untuk membincangkan tentang keputusan wanita itu tempoh hari. Matanya meliar memandang ke dalam ruangan restoran mewah itu sebelum kembali memandang tepat ke arah Nurina Amani.

"Since you have agreed to my offer, there are a few conditions you should follow, Cik Nurina" mendatar sahaja Tengku Harraz memulakan bicara.

Nurina Amani mengangkat kepala. Wajah dingin jejaka itu dipandang.

"Aku nak kau berhenti kerja"

"Hah?"

"Resign. Stay dengan aku dan Amanda"

"Tapi.."

"Apa guna aku bayar kau untuk jadi mommy Amanda kalau kau tak stay dengan aku?" Belum sempat Nurina menghabiskan ayat, Tengku Harraz sudah memotong percakapannya.

Akhirnya Nurina Amani hanya mendiamkan diri.

"Aku akan bayar kau setiap bulan. Lebih daripada gaji yang kau dapat as a kindergarten teacher" ujar lelaki itu lagi.

"And the most important thing, walaupun kau kahwin dengan aku, kau tak perlu pun jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri. Aku tak perlukan tu semua. Aku cuma nak kau jalankan tugas sebagai seorang ibu. Tu je. Dan jangan harapkan apa-apa daripada perkahwinan ni"

Nurina Amani kembali mengangkat wajah.

"Apa maksud Tengku?" Berkerut dahi Nurina Amani.

"Hubungan kita nanti hanya di atas kertas sahaja. Macam yang aku cakap sebelum ni, no feeling involved. Kau buat hal kau, dan aku buat hal aku. Kita tetap orang asing macam sekarang cuma bezanya ada ikatan perkahwinan yang mengikat kita berdua demi Amanda.Yang penting bagi aku sekarang hanyalah kegembiraan Amanda" Tengku Harraz memandang tepat ke dalam anak mata coklat pekat milik Nurina Amani. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu jatuh cinta hanya untuk dikecewakan lagi. Jadi lebih baik dia menutup rapat pintu hatinya dan ini adalah salah satu caranya. Dengan menolak wanita ini sejauh-jauhnya daripada memasuki pintu hati seorang Tengku Harraz Iskandar.

Nurina Amani yang mendengar hanya menarik nafas dalam. Terasa dengan permintaan Tengku Harraz? Tidak sama sekali. Sebenarnya bagi Nurina juga itu yang sebaiknya. Dan atas sebab itu juga dia bersetuju dengan tawaran gila daripada Tengku Harraz ini. Hubungan yang tidak melibatkan hati dan perasaan. Supaya akhirnya nanti tiada siapa yang akan terluka. Supaya nanti apabila dia sudah tidak diperlukan dan dibuang, sakitnya tidaklah seperit ketika dibuang papa dan mama dulu. Dia juga faham, mustahil dia dapat menggantikan tempat arwah isteri lelaki itu dihati Tengku Harraz.

"So, I hope you stick with your decision, Cik Nurina" sambung Tengku Harraz lagi apabila Nurina Amani tidak mengeluarkan sebarang suara.

"Tengku tahukan saya ni hidup sebatang kara je?" Perlahan sahaja Nurina Amani bertanya.

"Yup. I knew it" Jawab Tengku Harraz pendek. Tajam matanya memandang ke arah Nurina Amani. Menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut wanita itu.

"Tengku tak malu ke nak jadikan saya isteri Tengku?"

"Look, Cik Nurina. Macam yang aku cakap. Aku kahwin dengan kau sebab Amanda perlukan kau. So aku tak kisah sama ada kau ni sebatang kara or anak tan sri sekalipun. Sebab Amanda yang pilih kau, bukan aku. Faham?" Mendatar sahaja nada Tengku Harraz.

Nurina Amani yang mendengar hanya mengangguk perlahan.

"Baiklah. Kalau Tengku rasa ini yang terbaik untuk Amanda, saya setuju. Tapi saya ada satu permintaan"

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now