Bab 33

36.4K 1.5K 33
                                    

"Ya Allah, Che Puan!" Jeritan Linda itu serta-merta menyedarkan Nurina Amani. Buntang matanya melihatkan serpihan kaca yang berserakan di atas lantai.

"Nurina! Are you okay?" Tengku Harraz segera merapati Nurina Amani yang sudah terduduk di atas lantai itu.

"Ya Allah..Saya.. saya mintak maaf Tengku.. Saya.. Saya tak sengaja" mata Nurina Amani sudah kabur dengan air mata. Terketar-ketar tangannya ingin mengutip serpihan kaca di atas lantai itu.

"Careful, Nurina!" Serentak tangan yang hendak mencapai serpihan kaca itu disambar oleh Tengku Harraz. Kemas genggamannya pada pergelangan tangan wanita itu.

"Sorry, Tengku..Saya betul-betul tak sengaja. Ya Allah! Habis pecah semua" Nurina Amani cemas. Laju sahaja air matanya mengalir di pipi. Wajah Tengku Harraz dipandang dengan riak bersalah.

"It's okay. Aku tak kisah pun dengan cawan tu semua. Kau ada luka dekat mana-mana tak?"

Nurina Amani menggeleng perlahan.

"Jom, aku bawak kau rest dekat bilik" Tangan Nurina Amani yang berada dalam genggamannya ditarik perlahan. Ingin membantu wanita itu untuk bangun.

Nurina Amani cuba untuk bangun namun dia kembali terjelepuk ke lantai. Lututnya terasa lemah. Berita yang didengarinya tadi melemahkan segala urat saraf ditubuhnya.

"Harraz! Amani! Kenapa ni?" Tengku Khalida yang baru sampai ke dapur segera melajukan langkah mendapatkan anak dan menantunya yang sudah terduduk di atas lantai itu.

Tengku Harraz hanya mendiamkan diri. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang berlaku.

"Harraz pergi bawak Amani rest dekat atas" Arah Tengku Khalida apabila melihatkan Nurina Amani yang sudah teresak-esak menangis.

Tengku Harraz merenung wajah yang sudah basah dengan air mata itu. Perlahan-lahan tubuh Nurina Amani dicempung.

Kalut Nurina Amani memeluk leher Tengku Harraz apabila tiba-tiba merasa diri hilang imbangan.

"Saya boleh jalan sendiri, Tengku" Perlahan sahaja suara itu singgah di pendengaran Tengku Harraz.

"Pegang kemas-kemas. Nanti jatuh pulak" Tanpa riak sahaja Tengku Harraz menuturkan. Tangan mengemaskan pegangan di pinggang Nurina Amani saat kaki melangkah menaiki tangga.

Nurina Amani hanya mendiamkan diri. Pelukan di leher lelaki itu diperkemaskan. Mata ditalakan tepat ke wajah lelaki yang sedang mencempungnya. Lama.

Pelbagai persoalan bermain di fikirannya ketika ini.

'Kenapa Tengku rahsiakan tentang papa?'

'Bila Tengku nak berterus terang tentang papa?'

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Tengku Harraz mengerutkan dahi. Pelik dengan renungan daripada Nurina Amani.

Nurina Amani tersentak. Serta merta pandangannya dialihkan. Dia hanya menggelengkan kepala sebelum menundukkan wajah.

Dengan penuh hati-hati Tengku Harraz meletakkan Nurina Amani ke atas katil. Kedua-dua tangan wanita itu dibelek dengan teliti. Bimbang ada luka akibat terkena serpihan kaca yang pecah tadi. Setelah berpuas hati, dia menuju pula ke kaki Nurina Amani. Kedua-dua belah kaki itu juga dibelek penuh hati-hati. Takut wanita itu ada terpijak kaca.

Nurina Amani hanya diam. Air mata masih mengalir walaupun tidak selebat tadi. Tipulah kalau dia tidak terkesan dengan pemergian ayah kandungnya itu. Walaupun lelaki itu telah membuangnya, tetapi tanpa lelaki itu dia tidak akan wujud didunia ini. Lelaki itu juga pernah memberikan kasih sayang seorang bapa kepadanya walaupun sekejap.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now