Bab 41

38.5K 1.6K 73
                                    

Nurina Amani merenung wajah Tengku Harraz yang sedang lena itu. Wajah tampan lelaki itu masih nampak pucat.

Tangannya mencapai tangan Tengku Harraz sebelum digenggam kemas. Tangan lelaki yang sudah berada dalam genggamannya itu dibawa ke bibir. Bibir mengucup perlahan tangan itu.

"Saya akan tunggu sampai Tengku terima saya.." perlahan sahaja Nurina Amani menggumam.

Tangan naik mengusap wajah lelaki itu. Wajah yang dirindui sepanjang lebih dua minggu ini. Kerana itu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menambat kembali hati suaminya itu.

Nurina Amani mengukir senyum. Tadi pun sebelum tidur sempat lagi lelaki itu menghalaunya.

Flashback

"Kenapa Tengku pandang saya macam tu?" Nurina Amani turut mengerutkan wajah. Pelik dengan pandangan lelaki yang memandangnya daripada tadi.

Nurina Amani melabuhkan punggung di kerusi tepi katil Tengku Harraz. Matanya merenung tepat ke anak mata lelaki itu. Sejak-sejak dah dapat suntikan semangat daripada Tengku Syafa dan Tengku Syafiyya, Nurina Amani dah buang rasa malu tu jauh-jauh. Nak pikat suami sendiri mana boleh malu-malu.

Segera Tengku Harraz mengalihkan pandangan. Dia melepaskan keluhan berat. Dia sudah mati akal mahu membuat wanita itu pergi dari sini.

"Look, Nurina.."

Nurina Amani memanggung kepala. Kepala diletakkan di atas sebelah tangannya. Mata dikedipkan beberapa kali ke arah Tengku Harraz.

Tengku Harraz terkedu.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?"

"Laa.. Tengku suruh saya tengok.. Saya tengok la" Jawab Nurina Amani selamba.

"But you don't have to look at me like that.." tanpa nada sahaja Tengku Harraz menuturkan.

"Kenapa tak boleh pulak?" Polos sahaja Nurina Amani bertanya. Matanya dikedipkan lagi.

"Lagipun saya tengok suami saya, bukan tengok orang lain.." tambah Nurina Amani lagi. Dia sudah menahan senyum.

Tangan Tengku Harraz naik menyentuh tengkuk sendiri. Sakit kepala melayan wanita di hadapannya ini.

"Tengku nak cakap apa tadi?" Soal Nurina Amani apabila Tengku Harraz kembali mendiamkan diri.

"Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran kau sekarang.."

"Tengku" Laju Nurina Amani menjawab.

"What?"

"Tengku je yang ada dalam fikiran saya.." sambung Nurina Amani dengan muka tak bersalah. Bukannya dia tak tahu apa maksud lelaki itu.

Tengku Harraz menghambur nafas berat. Dia pun tak tahu apa yang berlaku kepada wanita di hadapannya sehingga dia berubah tiga ratus enam puluh darjah seperti ini.

"Kau tak perlu berpura-pura untuk jaga hati aku, Nurina.."

"Kenapa pulak saya nak kena jaga hati Tengku?" Nurina Amani memandang Tengku Harraz dengan kerutan di wajah.

Tengku Harraz menoleh. Mencari anak mata Nurina Amani.

"Daripada saya jaga hati Tengku, baik saya jaga hati saya sendiri.." Tambah Nurina Amani lagi.

Sekali lagi Tengku Harraz terdiam.

"Baliklah, Nurina.."

"Kenapa pulak saya kena balik? Suami saya kan dekat sini.." Nurina Amani mengukir senyum sambil jari telunjuk diarahkan kepada Tengku Harraz.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now