Bab 11

34K 2.1K 56
                                    

Nurina Amani yang sedang berteleku di tikar sejadah mengelap air mata yang mengalir. Begitulah keadaannya setiap kali kejadian pedih itu menjengah mimpinya. Sakit dibuang oleh ibubapa kandungnya sendiri kadang kala menyebabkan Nurina Amani sering mempersoalkan takdir yang telah tertulis.

"Amani.." Pintu bilik yang dibuka dari luar membuatkan Nurina Amani mengangkat wajah. Wajah ibunya ditatap dengan mata yang sudah bergenang.

"Amani mimpi lagi?" Soal wanita itu sambil duduk bersimpuh di sebelah Nurina Amani.

Nurina Amani menganggukkan kepala perlahan. Air mata kembali mengalir di pipi.

"Kenapa takdir hidup Amani macam ni, ibu?" Lirih sahaja suara anak gadis itu bertanya.

"Shh.. jangan cakap macam tu, sayang. Tak baik.." wanita itu menarik gadis itu ke dalam pelukan.

"Amani ingat apa yang ibu nak pesan ni baik-baik" belakang tubuh anak gadis itu diusap.

"Sebenarnya dalam hidup kita ni, tak pernah wujud takdir yang buruk, sayang. Sebab yang susun takdir kita ni Allah"

"Bila Allah yang susun takdir, Allah tak pernah susun dengan kebencian. Allah susun dengan kasih sayang. Sebab Allah tu Maha Pengasih dan Maha Penyayang" tambah wanita itu lagi.

"Mungkin kita tak suka takdir yang dah tertulis untuk kita tapi takdir itulah yang buat kita semakin dewasa"

"Amani kena ingat, Allah tak pernah silap bila bagi luka, sebab Allah tahu, luka inilah nanti yang akan jadi penebus kita untuk masuk syurga" sambung wanita itu lagi sambil meleraikan pelukan. Air mata anak gadisnya itu dikesat perlahan dengan jemarinya.

"Amani anak yang baik. Ibu sayang sangat dekat Amani. Amani lah penguat semangat ibu. Walaupun Amani bukan anak kandung ibu, tapi Amanilah harta ibu yang paling berharga dalam hidup ibu" Nurina Amani tersenyum mendengar kata-kata ibunya.

"Terima kasih, ibu. Ibulah ibu Amani dunia akhirat. Amani sayang sangat dekat, Ibu. Ibu janji jangan tinggal Amani macam Mama dengan Papa ye?" ujar anak gadis itu dengan wajah polos.

"Ibu janji, sayang.."

Nurina Amani tersenyum manis. Mendengarkan nasihat ibunya tadi, dia sudah nekad. Dia reda dengan takdir Allah untuknya. Dia tidak akan mempertikaikan apa sahaja yang Allah sudah tulis untuknya.

Dia merenung wajah ibunya yang masih tersenyum manis sebelum wajah itu semakin lama semakin kabur di pandangan mata Nurina.

Nurina Amani membuka mata perlahan-lahan. Air mata yang mengalir hanya dibiarkan. Dia mimpikan arwah ibunya. Dia mimpikan saat yang paling bermakna dalam hidupnya. Saat arwah ibu menasihati dia ketika dia masih remaja dahulu. Nasihat yang mengubah dia menjadi Nurina Amani yang lebih matang. Nurina Amani yang sentiasa reda dengan segala takdir yang Allah dah coretkan untuknya.

"Kau dah bangun?" Pertanyaan itu membuatkan Nurina Amani berpaling. Senyuman hambar dihadiahkan kepada Tengku Syafiyya yang setia menunggu di tepi katilnya. Perlahan-lahan dia bangun dari baringan.

"Sorry Fiyya.. Lama ke aku tidur?" Tanya Nurina Amani perlahan dengan suara yang serak. Wajahnya diraup. Jam di dinding bilik dikerling sekilas. Sudah pukul 2.00 petang. Pagi tadi arwah ibunya sudah selamat dikebumikan.

Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan dengan bantuan jiran-jiran dan rakan-rakan ibunya. Ahli keluarga? Mereka berdua memang tiada ahli keluarga lain. Ibunya itu sebatang kara. Kerana itu mereka berdua terlalu bergantung antara satu sama lain. Oleh sebab itu Nurina Amani terasa seperti hilang separuh nyawa selepas ibunya itu meninggalkan dia berseorangan di dunia ini.

"Takpelah Amani. Mama ada dekat bawah untuk handle. Mama suruh kau rest je" ujar Tengku Syafiyya sambil tersenyum tawar. Wajah pucat sahabatnya itu dipandang sayu. Dari malam tadi sahabatnya itu tidak tidur. Sehinggalah tengah hari tadi, Tengku Asiah menyuruh Nurina Amani berehat kerana wajah wanita itu terlalu pucat.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now