Bab 13

33.3K 1.4K 13
                                    

"Amani, kau betul ke boleh tinggal sorang-sorang ni? Kau ikut aku balik rumah la.." Tengku Syafiyya memandang ke arah Nurina Amani dengan riak risau.

"Betul, Fiyya. Kau tak payah la risau pasal aku. Aku ni dah besar panjang dah. Bukan budak kecik lagi" Nurina Amani tersenyum hambar.

"Aku mintak maaf Amani, aku tak dapat teman kau harini. Aku janji, aku balik je dari Penang, aku terus datang sini"

"Takpe Fiyya. Aku okay je. Jangan risau, okay?"

Tengku Syafiyya melepaskan keluhan berat. Kalau ikutkan perancangannya, dia mahu menemani Nurina Amani selama seminggu dan dia sudah memaklumkan perkara itu kepada papanya. Tapi projek yang dikendalikannya di Penang menghadapi masalah. Jadi, sebagai pengurus projek, nak tak nak terpaksalah Tengku Syafiyya turun padang.

"Kau dah okay ke ni?" Perlahan sahaja Tengku Syafiyya bertanya. Bukan apa, risau pula dia mahu meninggalkan sahabatnya itu bersendirian selepas melihat wanita itu menangis teruk petang tadi.

Nurina Amani hanya tersenyum tawar sambil menganggukkan kepala.

"Err.. ni aku ambik dekat atas meja tadi.."  dengan penuh hati-hati Tengku Syafiyya menghulurkan kotak kecil berwarna merah itu kepada Nurina Amani.

Nurina Amani hanya melepaskan keluhan perlahan sebelum tangan mencapai kotak kecil tersebut. Dia hanya merenung kotak di tangannya dengan pandangan kosong.

"Kau.. ada apa-apa nak kongsi dengan aku ke?"

Nurina Amani menggeleng kepala perlahan.

"Tak ada apa, Fiyya. Pergilah balik. Nanti lambat pulak kau sampai Penang" Nurina Amani masih tersenyum walaupun hambar.

"Okaylah kalau kau cakap tak ada apa-apa. Aku pergi dulu. Kau tak payah turun hantar aku. Kau rest je dalam bilik, okay. Anything, call aku. Kunci rumah kau aku bawak tau" ujar Tengku Syafiyya. Tangan sahabatnya itu digenggam perlahan. Dia tahu ada sesuatu disembunyikan oleh Nurina Amani tetapi Tengku Syafiyya tidak mahu terlalu memaksa.

"Okay, Fiyya"

"Aku sayang kau, tau. Kau jangan rasa macam kau sorang-sorang dekat dunia ni. Kau ada aku" Nurina Amani ditarik ke dalam pelukannya. Lama.

"Kau jangan skip makan minum.Jaga diri elok-elok" tambah Tengku Syafiyya lagi sambil meleraikan pelukan. Dia tahu Amani kuat, tetapi dia tetap risau.

"Ya, Fiyya. Pandailah aku jaga diri" Nurina Amani senyum nipis. Dia hanya menghantar langkah Tengku Syafiyya dengan pandangan sayu.

Perlahan-lahan Nurina Amani bangun dari katil menuju ke bilik air. Mahu mengambil wudhuk. Mahu berkongsi rasa hiba dengan Sang Pencipta. Mahu meluahkan kepada Yang Maha Mendengar. Mahu mengadu nasib kepada Yang Maha Pengasih.

***************************************

"Daddy..."

Tengku Harraz berpaling. Buku yang sedang dibaca diletakkan ke tepi.

"Yes, princess?" Tengku Amanda yang baru terjaga daripada tidur itu dipandang dengan penuh kasih sayang.

"Where's mommy?" Mata bulat itu memandang tepat ke arah Tengku Harraz.

"Aunty Amani is not here, sweetheart" ujar Tengku Harraz. Dahi anak kecil itu dicium.

"But I want mommy" Tengku Amanda sudah mencebik.

Tengku Harraz terus mengangkat Tengku Amanda bangun dari baringan sebelum diletakkan kanak-kanak itu di atas pehanya. Tubuh Tengku Amanda dihadapkan ke arahnya yang sedang bersandar di kepala katil itu.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now