Special Chapter 2 🦋

14.5K 795 101
                                    

Senyum lebar terus terukir di bibir apabila melihatkan kedua-dua mempelai yang sedang berarak masuk ke dalam dewan itu. Wajah pengantin perempuan yang cantik bergaun putih itu dipandang dengan mata yang berkaca. Terharu!

"Sayang.."

Nurina Amani menoleh. Wajah Tengku Harraz yang sedang memangku Tengku Aryan dipandang lembut.

"Sayang okay tak ni?" Lembut Tengku Harraz bertanya. Bukannya dia tidak nampak genangan air di tubir mata isterinya itu.

Soalan Tengku Harraz hanya dibalas dengan anggukan perlahan. Bibir melorek senyum nipis sebelum pandangan kembali dihalakan ke arah pelamin. Wajah Tengku Syafiyya dan Iqbal Farhan yang sedang tersenyum bahagia membuatkan hatinya turut rasa berbunga. Tak sangka, hubungan yang terjalin sejak zaman universiti itu bertahan sehingga ke jinjang pelamin.

"Abang tahu apa yang ada dalam fikiran sayang tu."

Nurina Amani menoleh lagi. Wajahnya berkerut namun senyuman masih tidak lekang daripada bibir.

"Yeke abang tahu?"

Tengku Harraz mengangguk laju.

"Baiklah suami saya si ahli nujum, apa yang ada dalam fikiran saya ni?"

"Sayang mesti rindu kan nak bersanding dengan abang?"

Spontan, tawa kecil terlepas daripada bibir Nurina Amani.

"Jom kita bersanding lagi nak tak? Abang teringin la nak tengok sayang pakai baju pengantin macam haritu."

Terus mata Nurina Amani terbuntang luas.

"Ish, abang tak payah nak merepek. Tak pernah dibuat oranglah tiap-tiap tahun nak bersanding!"

Tengku Harraz melepaskan tawa perlahan. Sengaja dia mengusik isterinya itu. Tangan kembali menyuapkan nasi ke mulut Tengku Aryan apabila anak kecilnya itu sudah merengek mintak disuap.

"Sebab orang tak pernah buatlah, kita kena buat sayang."

Nurina Amani menggelengkan kepala perlahan. Senyuman manis terukir di bibir saat pandangan matanya bertemu dengan anak mata Tengku Harraz.

"Ya Allah, ulat bulu mana pulak yang tersesat dekat kenduri Kak Fiyya ni.."

Suara dengan nada menyampah itu membuatkan Tengku Harraz dan Nurina Amani serentak menoleh.

Tawa kecil terlepas daripada bibir Nurina Amani. Berbeza pula Tengku Harraz yang hanya menjebik.

"Why, bondasu? Ada caterpillar ke? Kakak nak tengok! Nanti dia jadi butterfly cantik!" Tengku Amanda yang turut berada di meja makan itu tayang muka teruja.

"Tu.. Princess tak nampak ke?" Mulut dimuncungkan ke arah Tengku Harraz.

"Daddy?"

"Haah, daddy Amanda tu caterpillar sebenarnya."

"Tapi daddy ni tiger la bondasu, bukan caterpillar." Riak bingung terlakar di wajah Tengku Amanda. Haritu mommy cakap daddy tu tiger.

"Bondasu tu jealous, princess." Selamba sahaja Tengku Harraz menuturkan.

"Eh, sorry sikit. Abang ingat Syafa ada masa ke nak jealous dengan abang?" Tengku Syafa menjeling. Tak ada maknanya dia nak cemburu.

"Kenapa bondasu jealous, daddy?"

"Sebab bondasu tak ada ayahsu. Sebab tu bondasu jealous. Daddy kan dah ada mommy."

Tengku Syafa menjulingkan mata ke atas.

"Betul tu, kakak."

Kata-kata itu membuatkan Tengku Syafa menoleh laju ke arah Tengku Khalida. Hah? Bonda pun nak join?

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now