Bab 12

33.3K 1.3K 54
                                    

 Nurina Amani melepaskan keluhan perlahan. Tangan lincah memasukkan baju-baju Tengku Amanda ke dalam beg. Hari ini kanak-kanak itu akan pulang ke rumah setelah empat hari berada di rumah Nurina. Tengku Harraz sudah menyelesaikan segala urusan di Singapura dan lelaki itu akan mengambil Tengku Amanda pada hari ini. Begitu juga dengan Tengku Khalida dan Tengku Syafa. Mereka juga turut akan pulang pada hari ini.

Nurina Amani membawa baju kecil milik  Tengku Amanda dekat ke wajah. Menghidu bau yang bakal dia rindukan. Empat hari Tengku Amanda ada di rumah ini. Empat hari rumah ini dipenuhi dengan keletah comel dan gelak tawa kanak-kanak itu. Empat hari ini juga Tengku Amanda akan tidur bersamanya setiap malam. Dan setiap malam jugalah Tengku Harraz akan membuat panggilan video dengan anaknya itu.

Nurina Amani meletakkan tangan ke dada. Menahan sebak. Wajahnya ditutup dengan baju tidur yang dipakai Tengku Amanda semalam. Tangisan kecil dilepaskan perlahan. Terhinggut-hinggut bahunya mengiringi tangisan yang tidak berbunyi itu. Ya, dia tahu saat ini pasti akan tiba juga. Saat di mana dia akan ditinggalkan sendirian. Saat di mana tiada sesiapa lagi yang akan menemaninya.

Lama Nurina Amani melepaskan perasaan hiba sebelum ketukan di pintu bilik menyentakkan wanita itu. Tergesa-gesa Nurina mengelap air mata yang masih bersisa.

"Amani, tak siap lagi ke kemas beg Amanda tu?" Terjengul wajah Tengku Syafiyya di muka pintu.

"Dah nak siap dah" satu senyuman nipis dihadiahkan kepada Tengku Syaffiya. Cuba mengaburi pandangan sahabatnya itu. Kecoh pula nanti kalau wanita itu tahu tentang tangisannya sebentar tadi.

"Kalau dah siap, jomlah turun. Abang Harraz dah sampai tu"

Tergesa-gesa Nurina Amani memasukkan helaian baju yang terakhir ke dalam beg apabila mendengarkan sebaris nama itu. Cepat-cepat dia bangun sebelum beg baju Amanda dibimbit keluar dari bilik tidurnya itu.

Suara ketawa Tengku Amanda menyapa telinga Nurina Amani saat langkah semakin menghampiri ke ruang tamu. Dia hanya mampu menahan sebak. Takkan ada lagi bunyi gelak tawa itu menghiasi rumahnya lagi selepas ini.

"Mommy look! Daddy beli banyak toys untuk Amanda" bulat mata Tengku Amanda memandang ke arah Nurina Amani. Jari menunjuk ke arah timbunan mainan di atas meja ruang tamu itu.

"Wow banyaknya mainan Amanda. Mesti Daddy beli banyak toys sebab Amanda good girl, kan?" Nurina Amani memandang ke arah Tengku Amanda dengan seyuman nipis. Mata sempat mengerling sekilas ke arah wajah yang tidak berperasaan itu.

"Yes, mommy!" Sahut kanak-kanak itu ceria.

Tengku Harraz yang sedang meriba Tengku Amanda hanya mendiamkan diri.

"Daddy.."

"Yes, princess?" Kening diangkat ke arah anak kecil itu.

"Mana mommy punya toys?" Polos sahaja kanak-kanak itu bertanya.

Nurina Amani menggaru kening yang tidak gatal. Alahai.. Tak sangka Tengku Amanda masih ingat tentang janji daddynya tempoh hari.

Tengku Harraz hanya diam.

"Daddy, daddy lupa ke?" Tengku Amanda sudah memuncungkan mulut. Tangan naik memeluk tubuh.

"No, I 'm not. Nanti daddy bagi dekat mommy. Toys mommy ada dalam daddy's car"

"Okay, daddy" Tengku Amanda mengangguk beberapa kali.

Nurina Amani hanya mendiamkan diri. Tahu Tengku Iskandar sekadar memberi alasan kepada anaknya itu.

Tengku Khalida, Tengku Syafa dan Tengku Syafiyya yang turut berada di ruang tamu mengerutkan dahi. Tidak faham dengan apa yang berlaku.

"Mak Engku, saya dah siap masukkan barang semua dalam kereta" Daud yang datang dari luar rumah menganggukkan kepala hormat kepada Tengku Harraz saat pandangannya bertemu dengan anak mata lelaki itu.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now