Bab 32

37.1K 1.3K 19
                                    

'Seorang usahawan yang terlibat dalam kes penculikan disahkan meninggal dunia, Suspek utama masih dalam buruan polis'

Pakkk!

Remote tv dibaling ke dinding. Bersepai remote tersebut di atas lantai. Tangan mengepal penumbuk. Air mata sudah mengalir lebat. Berita yang disiarkan di televisyen itu benar-benar mencarik-carik perasaannya ketika ini.

"I'm sorry, papa" sayu sahaja suara itu menuturkan. Tangan naik menutup wajah.

"Kenapa papa tinggalkan Mia, papa?"

"Papa dah janji kan nak dapatkan Tengku untuk Mia"  sambung wanita itu teresak-esak.

Tiba-tiba wanita itu bangun. Dia sudah mundar mandir dalam bilik kecil itu.

"Macam mana papa boleh mati?"

"Mia tak bunuh papa, kan?" Tangan dibawa ke mulut. Kukunya digigit untuk menghilangkan kegelisahan di dalam hati.

"Tak! Tak! Tak! Aku tak bunuh papa!" Kepalanya digelengkan berkali-kali.

"Perempuan bodoh tu yang bunuh papa!" Langkahnya yang mundar mandir daripada tadi terhenti

"Serve you right, pa!" Satu senyuman sinis terukir di wajah wanita itu.

"Memang patut pun papa mati!" Ketawa kecil dihamburkan dari mulutnya.

"Siapa suruh papa lepaskan perempuan tak guna tu?"

"Sebab dia anak kandung papa?" Tiba-tiba Mia Izara menjerkah.

Tidak tahu pada siapa hendak dihamburkan segala kemarahan yang dipendam. Tidak tahu pada siapa dia hendak mengadu nasib. Sejak dari kejadian di hospital itu, dia telah memutuskan hubungan dengan semua orang termasuk mamanya. Dia tahu dia sedang diburu polis. Kerana itulah dia bersembunyi di hotel bajet ini. Dia yakin tiada siapa dapat menjejaki keberadaannya.

Mia Izara mencengkam rambut yang terlindung disebalik hoodie yang dipakai. Giginya diketap kuat.

"Tak guna punya perempuan!!" Sekali lagi dia menjerit.

"Semua ni sebab kau..papa mati sebab kau!"

Pisau rambo yang berada diatas meja dicapai sebelum satu senyuman terukir di wajah.

"Papa nak jumpa anak kandung papa, ya?" Hujung anak mata pisau itu dimainkan dengan jari.

"Nanti Mia hantar anak papa jumpa papa, okay? Tak lama dah. Papa tunggu sekejap je" ujar Mia Izara diiringi tawa yang kuat.

***************************************

Nurina Amani melangkah dengan perlahan-lahan menuruni tangga. Kali ini dia hanya berjalan bersendirian tanpa sebarang bantuan daripada Tengku Harraz. Sebenarnya dia boleh sahaja berjalan sendiri tapi lelaki itu yang tidak membenarkan. Memandangkan saat dia membuka mata tadi kelibat Tengku Harraz sudah tiada, Nurina Amani mengambil keputusan untuk turun ke tingkat bawah.

"Kau nak pergi mana ni?" Pertanyaan dari suara garau itu serta-merta membuat Nurina Amani berpaling. Wajah lelaki yang hanya memakai tshirt dan seluar track suit itu dipandang dengan wajah pelik. Lelaki itu tidak bersiap untuk ke pejabat lagi ke?

"Err.. saya nak turun bawah.."

"Tak boleh ke duduk diam-diam je dalam bilik?" Dingin sahaja suara Tengku Haraz. Risau sebenarnya apabila dia masuk ke bilik tadi, kelibat wanita itu tidak kelihatan.

Nurina Amani menggelengkan kepala. Wajahnya dah macam budak-budak kena paksa pergi sekolah.

"Kenapa pulak?" Tengku Harraz memandang wajah Nurina Amani yang manis mengenakan baju kurung pahang berwarna hitam dipadankan dengan tudung bawal berwarna kelabu itu. Bengkak diwajah cantik itu sudah surut. Cuma bibir wanita itu masih terdapat kesan luka.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now