Bab 15

37.6K 1.8K 73
                                    

Nurina Amani melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam bilik Tengku Harraz. Memang dia pernah menjejakkan kaki ke dalam bilik itu sebelum ini tapi situasi dulu berbeza dengan sekarang. Dia meliarkan pandangan ke seluruh bilik. Ingin mencari kelibat Tengku Harraz namun tidak dijumpai. Perlahan-lahan kaki menapak sebelum dia melabuhkan punggung di birai katil. Wajah Tengku Amanda yang sedang tidur nyenyak itu dipandang sayang. Tangan naik mengusap wajah kecil itu.

"Mommy buat semua ni untuk Amanda tau. Mommy sayang sangat dekat Amanda. Mommy taknak Amanda jadi macam mommy" bisik Nurina Amani perlahan sambil mengucup dahi Tengku Amanda. Perlahan-lahan dia berbaring sambil memeluk anak kecil itu. Matanya terasa berat. Penat yang dirasa daripada majlis petang tadi menyebabkan dia tidak dapat menahan kantuk yang hadir.

Tiba-tiba Nurina Amani kembali tersedar saat merasakan percikan air di wajahnya. Terpisat-pisat dia membuka mata.

Terus Nurina Amani tegak dari baringan saat wajah dingin Tengku Harraz terpampang di hadapan mata. Baju dan tudung di kepala segera dibetulkan. Dia menggigit bibir. Kenapalah chemistry dia dengan katil lelaki ini begitu kuat sehingga sudah dua kali dia tertidur tanpa segan silu atas katil lelaki ini.

"Kau tak nak mandi ke?" Soal lelaki itu dingin.

"Nak.." Nurina Amani memandang sekilas ke arah lelaki itu sebelum pandangannya dialihkan. Rasa malu begitu kuat apabila berada dalam satu bilik dengan lelaki ini.

"Dah tu, kau tunggu apa lagi?" Tengku Harraz mengerutkan dahi. Wanita yang sudah bergelar isterinya itu masih tidak berganjak dari katilnya.

Pantas Nurina Amani turun daripada katil. Langkah dihayun laju. Ingin menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Baru sahaja menapak beberapa langkah, Nurina Amani kembali berpaling.

"Err.. Tengku.."

"Hmm?" Tengku Harraz yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas katil memandang ke arah Nurina Amani yang sudah terkebil-kebil di tengah-tengah biliknya itu.

"Toilet dekat mana?" Nurina Amani sudah menggaru kening yang tidak gatal. Dia tidak nampak sebarang pintu dalam bilik luas ini kecuali pintu masuk. 'Takkan bilik besar macam ni toilet dekat luar?' detik hati Nurina.

"There" pendek sahaja jawapan Tengku Harraz sambil tangan menunjukkan sebuah pintu almari yang agak besar.

"Dalam almari?" Polos sahaja Nurina Amani bertanya.

Tengku Harraz sudah tayang muka batu.

"Masuk dulu, Nurina" mendatar sahaja nada Tengku Harraz.

"Oo..okay.." Nurina kembali mengatur langkah. Pintu yang disangka almari besar itu dibuka. Nurina Amani terpegun saat menapak ke dalam bilik yang disangka almari itu. Rupanya yang dia sangka almari tadi adalah sebuah bilik wardrobe yang menempatkan pakaian, kasut, beg tangan dan aksesori-aksesori. Dan bilik itu juga berdindingkan cermin dari lantai hingga ke siling. Sangat cantik!

Nurina Amani menutup mulut. Dia sangat kagum. Sangkanya bilik Tengku Harraz sudah cukup besar. Rupanya ruang untuk wardrobe ini pun boleh tahan besar. Lebih besar daripada bilik tidur dia sebelum ini.

Nurina Amani memerhati sekeliling bilik itu. Susun atur bilik itu nampak seperti kedai pakaian di pusat membeli belah. Terdapat tiga bahagian untuk menggantung pakaian. Yang pertama, baju Tengku Harraz. Daripada baju formal seperti kemeja,kot sehinggalah baju kasual lelaki itu tersusun cantik di rak pertama. Di rak tengah pula, baju-baju comel Tengku Amanda elok tergantung. Digantung dua baris. Atas dan bawah.

Nurina Amani mengerutkan dahi saat terpandangkan rak ketiga. Rak yang penuh dengan pakaian wanita daripada dress, baju kurung, blouse dan pakaian harian untuk wanita. Sebahagiannya adalah baju-bajunya yang dibawa dari rumah. Selebihnya pula baju-baju yang cantik dan nampak mahal dan semestinya tidak pernah dilihat oleh Nurina Amani sebelum ini.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now