Bab 19

35.5K 1.5K 80
                                    

"I'm sorry to have kept you waiting,Tan Sri" ujar Tengku Harraz sambil menghulurkan tangan ke arah lelaki yang sedang menunggunya. Dia sedar dia sudah terlambat. Kesesakan trafik sebentar tadi membuatkan dia lewat sedikit dari masa yang sudah ditetapkan.

"I'ts okay, Tengku. You're not that late. Lagipun I ada peneman. Kenalkan, my daughter, Mia Izara"

Tengku Harraz memandang sekilas ke arah wanita yang dari tadi merenung ke arahnya.

"Hi, I'm Mia Izara. You can call me Mia" Wanita yang mengenakan suit dan skirt pendek paras lutut itu tersenyum sambil menghulurkan tangan ke arah Tengku Harraz.

Tengku Harraz tidak menyambut huluran itu. Hanya anggukan kecil diberikan tanda hormat. Terus berubah wajah Mia Izara apabila huluran tangannya tadi tidak bersambut.

"So, Tan Sri, should we start our discussion?Any problem with the resort?" Tengku Harraz mengarahkan pandangan kepada lelaki yang masih nampak segak walaupun sudah berusia 50-an itu.

"Tak ada masalah pun Tengku. Everything went well. Jangan risau, staff I pandai buat kerja" Tan Sri Mustaffa melepaskan tawa perlahan.

"I just nak inform yang lepas ni I akan serahkan projek ni pada Mia untuk handle. So, after this, anything about this Redang Island's project, you can deal with her.." ujar Tan Sri Mustaffa dengan senyuman di bibir. Dia mengerling ke arah anaknya yang dari tadi tidak berhenti merenung wajah tampan milik Tengku Harraz itu.

Tengku Harraz mengerutkan dahi.

"So, if everything goes well like you said earlier, what's the point of our meeting today?

"I cuma nak kenalkan you dengan Mia je, Tengku. Mana tahu lepas ni both of you akan lebih kerap berurusan" Tan Sri Mustaffa mengukir senyuman sambil memandang ke arah Mia Izara.

Mia Izara membalas senyuman ayahnya itu. Hanya mereka berdua sahaja yang mengerti erti senyuman itu.

Tengku Harraz berdehem perlahan. Mukanya sudah tegang. Kalau tidak memikirkan Tan Sri Mustaffa lebih tua daripadanya, dah lama dia angkat kaki dari situ.

"So, Tengku, this is my business card. If you have any inquiries about this project, you can call me. Anytime.." kad perniagaan ditangan dihulurkan ke arah lelaki yang berwajah dingin di hadapannya itu dengan senyuman menggoda.

Tengku Harraz hanya tayang muka tanpa riak. Tapi tangan mencapai huluran kad tersebut.

"And.." suara Mia Izara yang meleret itu membuatkan Tengku Harraz mengangkat wajah. Memandang ke arah wanita yang berambut ikal mayang itu.

"If you have any inquiries about me, just let me know" tambah Mia Izara lagi. Bibir masih mengukir senyum menggoda.

Tengku Harraz menyembunyikan senyuman sinis. Melihat senyuman Tan Sri Mustaffa dan Mia Izara itu dia sudah dapat meneka apa yang ada dalam fikiran mereka berdua.

"So, I think our meeting should end here. There's nothing to discuss anyway. Anything, I'll contact you Cik Mia" Tengku Harraz bangun. Seboleh-bolehnya dia mengawal riak wajah. Bertindak profesional.

"Eh, takkan dah nak balik, Tengku?" Wajah Tan Sri Mustaffa sudah berubah riak. Dia punya rancangannya sendiri. Sengaja dia memperkenalkan anak perempuannya dengan Tengku Harraz. Dia tahu lelaki itu punya segalanya. Dan dia tahu dia bakal menumpang senang lelaki itu sekiranya Mia mampu memenangi hati Tengku Harraz.

"Betul tu, Tengku. I belum sempat kenal you dengan lebih dekat lagi" Mia Izara juga turut menahan lelaki itu daripada pergi.

"There's no need, Cik Mia. Lagipun resort tu pun almost 80 percent siap. So, I don't think we need to meet again" Tengku Harraz sudah bangun. Wajahnya begitu tegang ketika ini.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن