Bab 44

51.1K 1.7K 106
                                    

Perlahan - lahan Nurina Amani menghampiri Tengku Khalida yang sedang menunduk. Wanita yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri itu ditenung lama sebelum tangan wanita itu dicapai.

"Bonda.." Air mata semakin laju menitits apabila pandangan mata bertaut.

"Ampunkan salah silap Amani sepanjang jadi menantu bonda.." belum sempat Nurina Amani menghabiskan ayat, tubuhnya sudah ditarik ke dalam pelukan Tengku Khalida.

"Amani tak ada salah silap dengan bonda. Amani menantu yang baik.." Tengku Khalida sudah teresak-esak. Kesal. Itu yang dia rasakan ketika ini. Namun, dia tahu Tengku Harraz takkan mengubah keputusan yang telah dibuat.

Nurina Amani yang mendengar hanya tersenyum pahit.

"Terima kasih bonda sebab izinkan Amani menumpang kasih sayang bonda selama ni.." sambung Nurina Amani lagi sambil merungkaikan pelukan. Sejak arwah ibu pergi, bondalah tempat dia menumpang kasih sayang seorang ibu

Tengku Khalida hanya diam. Hanya esakan kecil sahaja yang kedengaran dari mulut wanita separuh usia itu. Dia tidak dapat berkata-kata ketika ini. Rasa sebak menguasai diri.

"Syafa.." perlahan-lahan Nurina Amani menghampiri Tengku Syafa yang sudah teresak-esak.

"Kak Amani.. Syafa mintak maaf.." ujar Tengku Syafa perlahan. Wajahnya masih tertunduk. Tidak sanggup memandang ke arah kakak iparnya itu.

"Eh.. kenapa Syafa nak mintak maaf pulak. Syafa tak ada salah pun dengan akak.."

"Syafa silap.. Syafa ingat selama ni abang betul-betul cintakan akak.. Rupanya Syafa silap..Abang tak.." Tengku Syafa tidak jadi menghabiskan ayat.

Nurina Amani hanya tersenyum pahit. Benar. Bukan Tengku Syafa sahaja yang silap. Semua orang silap. Rupanya Tengku Harraz sikit pun tidak mencintainya.

"No, Syafa tak silap.."

Serentak Tengku Syafa dan Nurina Amani menoleh ke arah Tengku Khalida.

"Harraz memang sayangkan Amani.." sambung Tengku Khalida lagi.

Nurina Amani menggeleng kepala perlahan sambil tersenyum pahit. Dia sudah tidak mahu meletakkan harapan.

"Kalau dia tak sayang Amani, dia takkan mintak Nancy belikan dua puluh tujuh kuntum bunga ros untuk Amani.." sambung Tengku Khalida. Memang Nancy ada bercerita dengannya semasa Tengku Harraz kemalangan tempoh hari.

Nurina Amani tersentak. Sejambak bunga ros yang dilihat di dalam bilik lelaki itu tempoh hari terus terbayang di mata. Kata-kata Julia Raihana juga kembali terngiang-ngiang di telinga.

"I yakin the roses and the present I saw in his office was meant for you. He loves you!"

"I love you, my dearest wife.." Perlahan suara Tengku Syafa menampar pendengaran Nurina Amani. Dia menoleh ke arah adik iparnya yang sedang membaca sesuatu di telefon bimbit.

"That's the meaning for twenty seven of red roses.." tambah Tengku Syafa lagi.

Perlahan-lahan Tengku Khalida mengangguk.

"Dan kalau Harraz tak sayang Amani, dia takkan pertaruhkan nyawa untuk selamatkan Amani.."

Nurina Amani menyeka air mata yang mengalir. Sekali lagi dia menggeleng. Sekali lagi dia cuba menafikan. Dia sudah tidak mahu berharap.

"Mungkin Tengku cuma.."

""Aizat dah cerita semuanya dekat bonda.." Laju Tengku Khalida memotong percakapan Nurina Amani.

"Lepas Harraz sedar je haritu, dia terus call Aizat untuk tahu keadaan Amani. Dan sepanjang Amani dekat sana, Harraz mintak Aizat awasi keselamatan Amani.." sambung Tengku Khalida lagi. Puas dia memaksa Aizat berterus terang pagi tadi. Nasib baiklah pekerja anaknya itu memberi kerjasama.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now