Bab 8

35.4K 1.4K 31
                                    

Nurina Amani melangkah perlahan menuju ke kereta Perodua Myvinya. Beg bajunya sedang dibawa oleh pemandu Tengku Khalida. Puas dia menolak tadi. Beg bajunya bukannya berat mana pun. Tapi awal-awal lagi Tengku Khalida sudah meminta pemandunya yang bawakan beg Nurina Amani.

"Eh, Amani nak pergi mana?" Pertanyaan Tengku Khalida membuatkan langkah Nurina Amani terhenti. Segera dia berpaling. Satu senyuman dihadiahkan kepada wanita itu.

"Err.. pergi rumah Tengku Harraz la, bonda" Sopan sahaja Nurina Amani menjawab.

"Habis tu, Amani nak pergi mana ni?"

"Pergi dekat kereta saya la, bonda. Dekat situ je kereta saya" ujar Amani sambil menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning yang terparkir elok di bawah pokok.

"Laa.. tak payah lah bawak kereta. Kereta Amani tu nanti Harraz suruhlah Dani yang bawak"

"Eh, takpelah, bonda. Amani follow slow-slow dari belakang" balas Nurina Amani. Mata sempat mengerling Tengku Harraz yang sedang berjalan ke arah mereka. Tengku Amanda yang berada didukungan lelaki itu nampak seperti sedang membisik sesuatu ke telinga daddynya itu.

"Kak Amani bukannya tahu rumah abang kat mana. Nanti Kak Amani sesat pulak. Lepastu nanti Kak Amani terus balik Sepang" Tengku Syafa sudah tersengih. Saja dia mengusik wanita di hadapannya itu. Wanita itu sangat lemah lembut. Sopan sahaja orangnya. Jauh beza dengan bekas kakak iparnya dulu. Dah lah sombong, berlagak pulak tu. Adab? Memang ke laut lah.

Nurina Amani terus membulatkan mata mendengar kata-kata Tengku Syafa itu. Wanita itu  dari tadi suka mengusiknya.

"Amboi, pandai la Syafa tu. Waze kan ada. Pandailah Kak Amani tengok waze nanti" Ujar Amani sambil tertawa kecil.

"Risaulah bonda nak biarkan Amani drive sorang-sorang" Tengku Khalida sudah mengerutkan dahi.

"Takpelah, bonda. Saya okay je. Takpun, Syafa boleh teman saya bawak kereta. Boleh Syafa tunjuk jalan sekali. Kan Syafa kan?"  Nurina Amani pula senyum mengusik ke arah Tengku Syafa.

"Err.. Syafa.." Tengku Syafa sudah garu kepala. Lain yang dia plan, lain pulak yang jadi.

"Kenapa, Syafa tak yakin ke nak naik Bumblebee akak tu?" Nurina Amani senyum lagi sambil menunjukkan kereta myvi kuningnya itu. Tengku Syafa hanya tertawa kecil sambil menggeleng.

"Bukanlah, Kak Amani! Syafa pun tak ingat jalan rumah Abang sebenarnya. Selama ni Pak Daud je yang bawak. Jaranglah Syafa drive sendiri" Tengku Syafa sudah tersengih. Tangannya sudah memeluk lengan Nurina Amani. Nurina Amani hanya tersenyum. Pandangannya sudah dialihkan ke arah Tengku Amanda yang sedang menyuakan tangan ke arahnya. Meminta untuk didukung. Nurina Amani sudah serba salah.

"Haa Harraz, nanti suruh Dani drive kereta Amani je la. Kesian pula Amani nak drive. Dah la dia tak tahu jalan" ujar Tengku Khalida sambil memandang ke arah wajah tampan anaknya itu.

Tengku Harraz hanya mengangguk. Dia menghulurkan Tengku Amanda yang berada dalam dukungannya kepada Nurina Amani apabila melihat wajah serba salah wanita itu.

"Err.. takpe, bonda. Saya boleh je drive sendiri" ujar Nurina Amani perlahan.

"Macam mana Kak Amani nak drive? Ni handbag besar dah bergayut ni. Susah nak cabut handbag ni" soal Tengku Syafa sambil mencubit perlahan pipi Tengku Amanda.

"Takp.."

"Dani, nanti kau bawak kereta Cik Nurina. Kereta aku, aku drive sendiri"

"Baik, Tengku" Lelaki yang berdiri di belakang Tengku Harraz itu menganggukkan kepala.

Terkulat-kulat wajah Nurina Amani apabila Tengku Harraz memotong percakapannya. Tengku Syafa yang melihat wajah terkulat-kulat itu sudah tertawa kecil. Dia tahu wanita itu tidak berani melawan kata abangnya.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now