Special Chapter ♥️

66.5K 2.3K 280
                                    

Setahun kemudian..

"Mommy!"

Tengku Amanda melangkah ke arah Nurina Amani dengan wajah cemberut. Panjang muncung kanak-kanak itu.

"Kenapa Kakak Amanda muncung-muncung ni? Tak comellah mommy tengok.."

Nurina Amani mengukir senyum manis. Rambut anaknya itu diusap perlahan.

"Asyik adik Ayyan je dapat peluk mommy, turn kakak bila pulak?"

Nurina Amani melepaskan tawa kecil.

"Kakak tak payah tunggu turn pun sayang, bila-bila je kakak boleh peluk mommy.."

Nurina Amani mengalihkan Tengku Rizqy Aaryan yang berusia lima bulan itu di atas peha kirinya. Tangan kanan menggamit Tengku Amanda untuk duduk di atas peha kanannya.

"Come.. Kakak duduk dekat sini. Kakak pun boleh peluk mommy.."

"Yeayy.." Laju Tengku Amanda memanjat sofa sebelum punggung dilabuhkan di atas peha Nurina Amani. Tangan kecil itu naik memeluk batang tubuh Nurina Amani.

"I love you, mommy!" Satu kucupan dihadiahkan di pipi wanita itu.

"Mommy love you too, sayang.." Nurina Amani membalas kucupan Tengku Amanda.

"Kalau Ayyan belah kiri, Amanda belah kanan, daddy nak peluk mommy dekat mana?" Suara garau dari arah pintu itu membuatkan ketiga-tiga mereka menoleh.

"Daddy!" Riang sahaja suara Tengku Amanda. Terus dia turun dari pangkuan Nurina Amani dan berlari ke arah Tengku Harraz.

Tengku Harraz tersenyum manis saat mata bertembung dengan pandangan Nurina Amani. Langkah kaki diatur menghampiri isteri dan anak-anaknya itu.

"Awal abang balik harini?" Soal Nurina Amani sambil menghulurkan tangan. Belakang tangan suaminya itu dikucup lembut. Dia mengukir senyum nipis apabila lelaki itu mengucup dahinya.

"Habis je meeting tadi abang terus balik. Sayang okay ke harini? Anak-anak ada meragam tak?"

Tengku Harraz melabuhkan punggung di sofa. Kepala Tengku Amanda yang berada di atas pangkuannya diusap.

"Diorang tak meragam pun abang. Lagipun Kak Jun ada tolong tengok-tengokkan diorang masa sayang tengah masak" Ya, sejak Nurina Amani sudah sarat tempoh hari, Tengku Harraz mengambil seorang lagi pembantu rumah untuk membantu Nurina Amani menguruskan anak-anak.

"Aaaiieee ahhh!" Tengku Aaryan yang berada di atas pangkuan Nurina Amani tiba-tiba menjerit sambil tangan dihulurkan ke arah Tengku Harraz.

"Aaiiee ahh" Terlompat-lompat anak kecil itu. Mata bulat itu memandang penuh berharap ke arah Tengku Harraz.

Tengku Harraz melepaskan tawa kecil.

"Hero daddy nak daddy hug ke?" Pipi Tengku Aaryan dicubit manja. Mengekek anak kecil itu tertawa namun tangan masih setia dihulurkan ke arah Tengku Harraz.

"Kakak, can you share daddy with adik Ayyan?" Soal Tengku Harraz. Wajahnya ditundukkan mencari anak mata Tengku Amanda. Perasaan Amanda juga perlu dijaga. Dia tidak mahu anak sulungnya itu merasakan mereka melebihkan Tengku Aaryan sedangkan Tengku Amanda adalah permata hati mereka yang pertama.

"Hmm okay daddy! Kakak pun sayang adik jugak. So adik boleh share daddy and mommy dengan kakak!"

Mendengarkan kata-kata Tengku Amanda itu, serentak Tengku Harraz dan Nurina Amani tersenyum.

"Good girl, nanti daddy belikan toys okay?" Ubun-ubun Tengku Amanda dikucup sebelum dia mengambil Tengku Aaryan dari pangkuan Nurina Amani.

"Yeayyy.." Tengku Amanda menepuk tangan.

TERNYATA HANYA KAMU (COMPLETED)Where stories live. Discover now