Prolog

64.1K 1.2K 25
                                    

“PAPA, nanti Raisya nak kerja di syarikat Maju Holdings. Dengar kata, diaorang tengah cari CEO baru." Lama dia menunggu jawapan balas daripada lelaki yang telah membesarkannya sehingga berjaya merangkul ijazah dalam bidang pengurusan dan perniagaan. 

Dato' Faizal agak tersentak. Permintaan puteri sulungnya itu sedikit menimbulkan kerutan di dahi.

"Kenapa nak kerja di syarikat orang pulak? Raisya kan memang pegang jawatan sebagai CEO sekarang ni."

"Memang lah... Tapi Raisya nak rasa pengalaman kerja dekat syarikat orang lain pulak. Please, papa." Rayunya bersungguh-sungguh. Entah kenapa dia seakan tertarik ingin menabur jasa di empayar syarikat yang gah terbina itu. Sedangkan syarikat milik Dato' Faizal tiada siapa yang akan menggantikan jawatan CEO.

"Kalau Raisya kerja di syarikat Maju Holdings tu, siapa yang nak tolong papa handle syarikat Faizal Holdings?" Dato' Faizal menyoal lebih kepada membatalkan hasrat anak gadis itu.

Raisya tersenyum senget. Pandangannya dihalakan pada Fasya yang sedang ralit dengan gajet di tangan. "Fasya kan ada. Dia mesti boleh tolong papa uruskan syarikat. Daripada menganggur aje dekat rumah, lebih baik dia rasa pengalaman bekerja. Tak begitu, papa?" Cadang Raisya. Semerta terhenti perbuatan Fasya yang sedang ralit berchatting di media sosial. Wajahnya didongakkan memandang Raisya dan Dato' Faizal.

"Kerja di syarikat papa? Hmm... not bad. Tapi Fasya pegang jawatan sebagai apa nanti?" Gajetnya diletakkan di sebelah. Fokusnya lebih ditumpukan kepada Datuk Faizal dan kakaknya. Lagipula dia sudah lama menaruh impian untuk menyandang sesuatu jawatan di Faizal Holdings.

"Amboi, laju aje dia. Tapi kau mula dari bawah dululah ya. Sebab kau belum ada pengalaman jadi CEO. Lainlah kalau aku." Raisya menepuk dada. Manakala Fasya mencebik bibir. Menyampah pula dengan sikap bangga diri kakaknya yang seorang itu.

"Berlagak! Mentang-mentanglah dah tiga tahun jadi CEO."

"Biarlah..." Raisya menayang wajah bangga campur riak. Dan rasa macam nak penyepak.

"Dah, sudah. Tak payah nak bergaduh kat sini. Raisya, papa benarkan kamu kerja di syarikat Maju Holdings. Fasya, esok ikut papa pergi pejabat." Mereka berdua hanya mengangguk. Dato' Faizal tidak sedar bahawa bos kepada syarikat Maju Holdings itu adalah musuh perniagaannya dalam selimut selama ini. Bahkan, lebih daripda seorang musuh.

**********

MATANYA galak meneroka isi bangunan syarikat tersebut. Kagum dia melihat dekorasi bilik yang berlatarkan warna dark brown yang menyerlahkan ciri-ciri korporat. Kakinya melangkah masuk ke dalam lantas kerusi berhadapan seorang lelaki yang berusia pertengahan abad itu ditarik perlahan. Tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi yang kurang senang didengar.

"So, kau ni lah anak Dato' Faizal?" Sinis soalan yang diutarakan oleh bos dihadapannya itu. Juga terselit senyuman di tebing bibirnya yang sedikit merekah.

Tak padan dengan kerepot, ada hati nak senyum macho macam tu!' Bebel Raisya dalam hati. Dalam hati sajalah berani. Hendak menempah maut di usia mudalah sekiranya bersuara secara berdepan. Tidak pasal saja ada yang dicampak terjun dari bangunan 20 tingkat ini.

"Yes, kenapa? Ada masalah ke kalau saya anak Dato' Faizal?" Tan Sri Mikhael merenung tajam anak kepada musuh perniagaannya dalam selimut itu.

Jangan harap kau akan diterima bekerja kat sini.' Getusnya berserta senyuman sinis yang kembali terukir di bibir.

"Memang bermasalah. Jadi kau datang sini sebab nak pegang jawatan sebagai CEO Maju Holdings lah?" Memandangkan kedua-dua puteri Tan Sri Mikhael hilang entah ke mana, maka dia terpaksa mencari orang baru bagi menggantikan tempatnya. Tetapi bukan anak kepada musuh dalam seilimutnya! Dia tidak akan sama sekali membiarkan perkara itu berlaku.

"Ya. Lagipun saya dah ada pengalaman pegang jawatan sebagai CEO di syarikat papa saya." Yakin Raisya menjawab.

"Hei! Kau dengar sini budak! Kau jangan ingat kau tu anak Dato', kau boleh senang-senang aje pegang title CEO di Maju Holdings! Tak semudah tu! Kau faham?! Perempuan langsung tak layak jadi CEO lah! Kecuali anak-anak aku!" Terhinjut bahu Raisya dek tengkingan Tan Sri Mikhael terhadapnya. Dia sendiri tidak mengerti apa salah yang dilakukan sehingga dia ditempelak sedemikian rupa. Dia ada tersilap cakapkah?

Macamlah syarikat dia ni maju sangat. Mundur aje aku tengok.' Sempat kutukan diberi walau cuma melepaskan di dalam hati.

Geram melihat Raisya yang masih belum berganjak dari ruangannya, Tan Sri Mikhael mengheret tubuh Raisya keluar dari bangunan Maju Holding. Raisya tidak berdaya untuk menghalang. Kudratnya tidak sekuat lelaki berusia itu. Dirinya diperlakukan seperti anjing kurap! Tebal mukanya menahan malu apabila staf-staf di situ berbisik-bisik memandang ke arahnya.

Namun kekuatannya tiba-tiba datang apabila dia berjaya merentap tangannya dari pegangan Tan Sri Mikhael.

"Orang tua! Kau dengar sini! Aku akan buktikan yang perempuan macam aku ni pun layak jadi CEO dan memiliki syarikat sendiri! Kau tunggu aje nanti! Kau jangan ingat semua kaum perempuan ni lemah dan sewenang-wenangnya boleh dikasari lelaki yang macam kau ni! Aku akan buktikan semua tanggapan kau tu salah belaka! And satu lagi, kalau kau rasa anak-anak kau aje yang layak pegang title CEO tu, kau pergilah cari diaorang sampai ke hujung dunia. Orang nak menawarkan bakti pun dah cukup bagus tahu tak!" Tempelak Raisya setelah bajunya diperbetulkan.
Tan Sri Mikhael memandang Raisya jengkel.

"Okay... We will see. Aku nak tengok sama ada kau dapat buktikan apa yang kau cakap tu ataupun tidak." Raisya menahan dadanya yang berombak marah. Rasa seperti hendak ditumbuk sahaja orang tua tak sedar diri di hadapannya itu.

"Fine! Kau akan menyesal nanti, Tan Sri Mikhael." Raisya bertekad bahawa dia akan membenci lelaki terutamanya lelaki dari golongan berada. Semua lelaki sama sahaja kecuali ayahnya. Ya, disebabkan orang tua gila itulah dia berubah jadi seperti ini! Dan... Mulai hari ini, tiada lagi Raisya yang manja dan manis di luar, tetapi yang ada hanyalah Raisya yang cekal dan tegas pendirian.

Ya, dia sudah tekad!

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now