Bab 2

28.7K 879 22
                                    

SOFI mencebik dengan kata-kata Tengku Zafran. Lantas jemari kasarnya menekan punat interkom untuk memaklumkan kehadiran Tengku Zafran. Sebelum itu, dia memperbetulkan suaranya terlebih dahulu. “Bos, pekerja baru tu dah datang." Riak menyampah jelas terlakar di wajahnya yang dipenuhi dengan solekan itu.

“Suruh dia masuk sekarang." Raisya memberi arahan dengan mata yang masih setia melekap pada dokumen di tangan. Bukan main banyak lagi dokumen yang perlu ditandatanganinya. Boleh naik juling mata yang masih membundar cantik itu.

“Dia on the way ke bilik bos." Balas Sofi dengan bibir didekatkan sedikit dengan gagang telefon. Sebelah tangannya bertindak menyelit rambut palsu yang panjang menutup dahi ke belakang telinga. Rimas kerana mengganggu pandangannya.

Dokumen terakhir, ditandangani cermat.

“Okey, thanks Sofi." Sejurus itu, butang interkomnya ditekan. Belakang tubuh disandarkan ke kerusi bagi menghilangkan lenguh yang semakin terasa. Pandangannya tertumpu pada pintu kaca jernih yang menampakkan susuk tubuh sasa seseorang. Dia mengandaikan mungkin empunya susuk tubuh itu adalah milik anak kepada sahabat papanya.

Pintu bilik pejabatnya dikuak dari luar. Terjengul seorang jejaka tampan sambil menjinjit fail di tangan. Terpegun Raisya melihat jejaka di hadapannya sehingga ketukan di pintu langsung tidak didengar. Sungguh, tidak pernah terlintas di fikirannya anak teruna sahabat papanya punya wajah setampan itu. Err... Masih teruna ke? Entah-entah sudah beristeri.

“Err... Cik Raisya?" Tengku Zafran melambaikan tangannya di hadapan wajah Raisya. Tersentak Raisya daripada lamunannya. Pandangannya segera dilarikan daripada terus memandang ke dalam anak mata Tengku Zafran. Hesy, ingat prinsip kau Raisya! Jangan terpedaya dengan rupa paras diaorang!

Raisya menyilang tangan. Kerusi yang tadi berjarak jauh sedikit dari meja dirapatkan semula. “Tak reti nak ketuk dulu ke sebelum masuk? Kau tak belajar adab?"

Tengku Zafran menahan marah. Kalau bukan disebabkan ayahandanya yang beria-ia menginginkan dia bekerja di sini, pasti fail di tangannya ini sudah melayang tepat ke wajah cantik bosnya itu.

“Ehem! Untuk pengetahuan Cik Raisya a.k.a. my future bos, saya dah ketuk pintu tu macam nak pecah, tapi langsung tak ada respon. So, bukan salah saya kalau saya masuk ikut suka hati aje." Hah, rasakan! Sindiran berpadu daripada Tengku Zafran. Terdiam Raisya mendengar penjelasan jejaka di hadapannya. Tak malu betul panggil aku ni future wife, eh, future bos dia. Macam yakin sangat saja yang dia diterima bekerja dekat sini.

Fine! My mistake. Kau dah berpengalaman ke dalam bidang bussiness and management ni?" Raisya meleraikan silangan tangan pada tubuh. Pandangan serius dihala tepat kepada Tengku Zafran. Kalau masih belum ada pengalaman, tidak tahulah apa hendak kata.

“Tak ada." Selamba sahaja jawapan yang diberikan.

Raisya menjengkil luas bebola matanya. Terketap-ketap giginya menahan geram dengan sikap selamba Tengku Zafran. Begini punya perangai mahunya kena tendang awal.

'Ewah bulan betullah mamat ni. Kalau aku sepak, sah melayang dari tingkat 19 ni.' Hati Raisya mendongkol.

What?! Kau tahu tak staf-staf yang bekerja dekat syarikat ni semua berpengalaman! Kau..." Belum sempat Raisya menghabiskan percakapannya, tiba-tiba Iphone 7 plusnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Panahan mata laser sempat diberikan sebelum matanya berkalih pada skrin telefon bimbit.

Papa?

Beberapa lapisan kerutan di dahi datang menimbul.

“Raisya jangan berani reject dia mentah-mentah. Tu pun kalau Raisya sayang papa." Raisya memandang sekeliling bilik pejabatnya dengan mata membulat luas. Seram pula memikirkan bagaimana cara Dato' Faizal mendapat tahu bahawa tahap kesabarannya sudah mencapai maksimum.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now