Bab 57

13.3K 510 9
                                    

Thanks for the 100K read guys. Sis tak pernah expect cerita ni akan sampai 100K bilangan pembaca, even bilangan votersnya tak ramai :p

~~~~~~~~~~~

"Awak dah okey dengan Raisya?" Tiba-tiba Tengku Zarul menyoal semasa mereka menikmati sarapan pada pagi itu.

"Okey." Sepatah sahaja Tengku Amalina menjawab. Malas nak jawab panjang lebar. Masa makan tak elok cakap.

"Ya ke okey? Macam tak aje." Tengku Amalina merenung tajam ke arah Tengku Zarul. Sudu dan garfu diletakkan ke dalam pinggan yang sudah licin itu.

"Betullah saya dah okey dengan dia. Kenapa awak nak soal macam-macam?" Geram dengan sikap Tengku Zarul yang nak bertanya tak kena masa.

"Saya tanya aje. Ya lah, saya tak nak awak bermasam muka dengan menantu kita tu."

"Saya tahu lah. Lagipun, perkara sebenar dah terbongkar kan. Cuma satu aje saya tak puas
hati." Kali ini, Tengku Zarul pula meletakkan sudu dan garfu ke dalam pinggan. Pandangannya ditumpukan ke arah Tengku Amalina.

"Apa yang awak tak puas hati?"

"Kenapa diaorang tak nak buat laporan polis fasal perempuan yang dah tuduh Zaf? Sedangkan, perempuan tu sepatutnya masuk penjara sekarang ni." Tengku Zarul jungkit bahu. Dia pun tak tahu kenapa Raisya dengan Tengku Zafran tak nak buat laporan polis.

"Biarlah diaorang. Masing-masing dah besar. Dah boleh fikir." Tengku Amalina merenung Tengku Zarul dengan pandangan tidak puas hati sebelum dia mengangguk setuju.

**************

Raisya dan Tengku Zafran berehat sebentar bersama kitkat. Eh, berehat di tepi pantai sambil menikmati pemandangan indah yang tersaji di hadapan mata. Kalau dulu, dia pernah idamkan nak tengok matahari terbenam bersama insan tercinta, kini impiannya sudah tercapai. Mereka sedang menyaksikan matahari yang sudah hendak terbenam.

"Abang, cantikkan pemandangan ni? Kalau abang nak tahu, masa sayang merajuk dengan abang dulu, sayang pergi tengok matahari terbenam dekat sini lah." Ujar Raisya sambil melukis sesuatu pada permukaan pasir menggunakan ranting yang terdapat pada gigi pantai.

"Seronok ke tengok matahari terbenam sorang-sorang?" Tengku Zafran senyum senget lalu turut ikut serta Raisya melukis pada permukaan pasir. Sesekali ombak datang memukul. Angin pada pantai sememangnya menyamankan.

"Sayang tak tengok sorang-soranglah. Ada orang lain yang temankan sayang." Ranting itu dipacakkan pada lukisan hati yang dilakar olehnya.

"Siapa?"

"Ada sorang mamat ni, dia muda dari sayang. Handsome pula tu." Raisya senyum dalam hati melihat wajah cemberut Tengku Zafran. Cakap macam tu pun nak cemburu. Apa lah...

"Siapa mamat tu?" Soal Tengku Zafran dingin.

"Entahlah. Tapi yang sayang tahu, kalau dia tak ingatkan sayang dah masuk waktu senja, mungkin sayang dah tidur dekat situ." Raisya tertawa kecil apabila teringat semula tentang perkara itu.

"Hmm... nasib baik mood abang baik hari ni. Tak ada lah abang nak merajuk." Raisya mencebik. Kena ada mood rupanya bila nak merajuk. Cebikannya dibalas dengan jelingan manja Tengku Zafran.

*************

Setelah pulang dari kerja, Tania memerhatikan dengan teliti figura seseorang yang sedang berbincang di tempat tersembunyi itu. Dan, tekaanya tepat. Figura itu adalah milik Maya. Dia bukan sengaja hendak mengekori Maya dari belakang, namun setelah melihat Maya menerima senjata daripada dua orang lelaki yang berkemeja hitam itu, membuatkannnya dia curiga akan tindak-tanduk mereka.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now