Bab 73

11.5K 410 27
                                    

Sejak kebelakangan ini, Maya sering mengalami sakit kepala. Dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia sering sakit kepala sebegitu rupa. Seperti ada sesuatu objek berat yang menghempap kepalanya.

Ukaisya juga turut perasan akan perubahan Maya. Kasihan dia melihat Maya menanggung sakit seorang diri. Bila nak dibawa ke hospital, Maya berkeras menolak. Katanya, mungkin sakit kepala ringan sahaja.

“Sakit lagi ke kepala tu? Jomlah kita pergi hospital. Kita pergi check. Jangan dibiarkan melarat. Takut lain pula jadinya nanti." Ukaisya tidak jemu memujuk Maya supaya ke hospital.

“Dah banyak kali kan Maya cakap. Maya taknak pergi hospital. Kenapa Sya susah sangat nak faham?" Maya menggigit bibirnya cuba menahan sakit di kepala. Dia tidak mahu tunjukkan bahawa dia sakit ketika ini.

“Kalau Maya taknak pergi hospital, nanti Sya bagitahu umi." Ukaisya mengugut Maya. Ini untuk kebaikan Maya juga. Apa-apa pun dia perlu mendapat pemeriksaan juga.

“Okey. Maya pergi." Nafasnya dihela kasar. Lalu langkahnya diatur menghampiri meja solek. Sikat dicapai. Rambut lurusnya yang paras pinggang itu disisir.

Maya kaget setelah melihat helaian rambutnya banyak yang gugur. Ukaisya juga turut terkesan melihat.

“Macam mana rambut Maya boleh gugur banyak sangat ni? Dah, jom kita pergi hospital. Sya tak sedap hati lah tengok Maya macam ni. Dah la lagi dua hari nak kahwin." Maya tersentak. Baru dia teringat lagi dua hari dia dan Adam bakal diijabkabulkan. Macam mana boleh lupa ni?

“Mesti Maya lupa kan? Cepat bersiap. Sya tunggu Maya dekat kereta." Setelah itu, Ukaisya keluar dari bilik mereka untuk memberi ruang kepada Maya bersiap.

Maya terduduk lemah ke atas katil. Air matanya mengalir dengan deras. Sungguh, dia sudah tidak dapat menahan lagi sakit yang menyerang di kepalanya. Ya Allah... kuatkanlah aku.

Maya terpempan, terkedu, tergamam, dan segala jenis ter lagi yang dia rasakan sekarang ini. Antara percaya atau tidak, dia harus menerima kenyataan yang telah diberitahu oleh doktor di hadapannya ini.

Hampir sahaja dia ingin menangis di hadapan doktor itu. Patutlah selama ini dia sering mengalami  sakit kepala. Fikirnya, dia hanya sekadar mengalami sakit kepala biasa. Namun tekaannya salah. Dia bukan sakit kepala ringan, bukan juga migrain. Tetapi dia menghidap barah otak tahap tiga. Ya Allah... dugaan apakah ini?

“Terima kasih doktor. Saya balik dulu." Dengan langkah yang berat, Maya beredar dari ruangan doktor itu. Sayu hati doktor itu melihat wajah sugul Maya. Faham benar dia akan keadaan Maya. Siapa sahaja yang dapat menerima sekiranya mereka menghidap barah. Tetapi Maya lain. Dia tidak cepat melatah. Malah dia redha.

Sejurus Maya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di bahagian menunggu itu, dia terus tersedu-sedan menangis. Sebaik sahaja Ukaisya ternampak kelibat Maya, pantas dia berjalan menghampiri kembarnya itu.

“Kenapa ni Maya? Apa doktor cakap? Maya sihat aje kan?" Maya cuma geleng sebagai jawapan kepada soalan yang diutarakan.

“Maya... Maya..." Tidak sanggup rasanya untuk dia menyambung kata-kata seterusnya. Sampul bersaiz kertas A4 yang berwarna coklat itu diserahkan kepada Ukaisya.

Sampul itu dibuka secara perlahan-lahan. Sebaik sahaja isi di dalam sampul itu dikeluarkan, Ukaisya segera memandang Maya dengan pandangan yang sukar dipercayai.

“Ni semua tak betul kan? Apa yang tertulis dekat kertas ni semuanya palsu kan?" Ukaisya sedaya-upaya menahan air matanya yang bertakung itu dari mengalir.

“Sya jangan bagitahu siapa-siapa pun fasal ni. Tolong ya Sya? Terutamanya umi dengan Aiman." Maya memandang Ukaisya dengan penuh mengharap. “Kalau boleh, tolong gantikan tempat Maya masa hari pernikahan Maya nanti. Maya takut kalau Maya tak sempat kahwin dengan Adam. Tolong jagakan Aiman untuk Maya?" Ukaisya langsung tidak membalas. Tubuh Maya dipeluk erat.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now