Bab 35

14.5K 449 19
                                    

Maya bermundar-mandir sambil memikirkan sesuatu. Telefon bimbitnya dirapatkan ke dagu.

"Aku nak minta tolong siapa ni? Daddy? Memang tak lah aku nak minta tolong orang tua tu! Kalau minta tolong ayah, nanti dia paksa aku kahwin dengan anak Dato' yang tak semenggah tu lagi. Hish, semua tak boleh pakai!" Punggungnya dihenyak kasar ke atas katil bujang itu.

"Mungkin dia boleh tolong aku." Dalam kepalanya sudah terlintas wajah seseorang yang sememangnya dapat menjayakan rancangannya.
Jemarinya laju menari di atas skrin telefon bimbit itu.

"Hello? Kau boleh tolong aku tak?"

"Err... Siapa ni?" Soal penerima panggilan di hujung talian. Dah la salam tak bagi.

"Ni Maya lah. Ingat aku lagi tak?"  Penerima panggilan di sana, cuma angguk walaupun dia tahu yang Maya tak akan nampak pun anggukan dia tu.

"Maya? Maya Karin ke?
Wah... Boleh minta autograf tak?" Maya pantas menepuk dahinya. Apa ke bangang sangat lah dia ni.

"Abah kau Maya Karin! Maya Kayla lah sengal." Terkekek-kekek penerima panggilan di sana mentertawakan Maya. Kalau aku tampo memang berterabur semua gigi dia tu. Eleh, bajet aje lebih.

"Alah, aku melawak aje. Ada apa tiba-tiba call ni? Eh, by the way, asal kau lari dari rumah ayah? Kitaorang satu family risaukan kau tahu."

"Kau pun tahu kan kenapa aku lari dari rumah tu."

"Ni mesti kau tak nak kena kahwin paksa kan?"

"Tahu pun kau. Aku nak minta tolong sikit boleh tak?"

"Minta tolong apa?"

"Aku nak kau tolong aku gugurkan kandungan seseorang."

"What?!"

***********

Pagi itu, Tengku Zafran mengajak Raisya pergi ke pusat bersenam khas buat ibu-ibu mengandung. Pergi pada hari minggu memang menyusahkan. Ramai sangat orang.

"Abang, malas lah nak bersenam dekat sini. Tengok
diaorang tu. Perut semua dah besar-besar. Sayang aje perut kempis lagi." Raisya cuba ikut cara bersenam ringan di hadapan. Walaupun dia tak nak pun bersenam macam ni sebenarnya.

"Tak apa lah, sayang buat aje senaman ni awal-awal. Nanti senang sikit nak lahirkan baby ni." Sempat lagi perut Raisya diusap.

"Hmm... Ye lah tu."

"Ye lah. Tak percaya ke?" Raisya sengaja menggeleng.

"Kalau tak percaya, boleh tanya bonda." Raisya menayang sengih.

"Sayang percayalah. Ingat sayang tak tahu ke tentang semua ni? Perempuan lebih arif okey?" Ujar Raisya. Bangga lah tu. Tengku Zafran mencebik. Sejurus itu, mereka menyambung bersenam kembali.

"Kau dah jumpa Maya?"

"Dah. Tapi, kenapa dia macam tak kenal aku aje."

"Tak mungkin dia tak kenal kau."

"Aku rasa dia dah tak anggap aku macam ayah dia kut." Keluhan berat dilepaskan.

"Kau pasti? Kau tak nak selidik dulu? Aku rasa dia sengaja pura-pura tak kenal kau. Mungkin ada sebab lain kenapa dia buat macam tu."

"Entahlah. Tapi aku akan kembalikan memori dia yang dulu balik."

"Aku harap kau tak bertindak kejam. Aku bukan apa, dia tu anak kau, tak mungkin lah kau sanggup nak apa-apa kan dia kan?"

Tan Sri Mikhael berdiam sejenak. Dia baru sahaja rancang nak culik Maya.

"Tengok lah macam mana nanti." Setelah itu, Tan Sri Mikhael segera memutuskan talian. Tentang Raisya ataupun Fasya, dia dah tak kisah tentang semua tu. Lebih baik dia fokus tentang Maya dan berharap akan berjumpa semula dengan Amira Ukaisya, puteri sulungnya yang telah hilang semenjak usia tiga tahun.

Raisya tersentak mendengar perbualan di antara Datuk Faizal dan Tan Sri Mikhael. Papanya itu dah berbaik dengan Tan Sri Mikhael ke? Atau, ada agenda lain yang disembunyikan Tan Sri Mikhael untuk mengaburi mata Datuk Faizal?

"Akak, best tak mengandung?" Fasya mengambil tempat di sisi Raisya yang sedang menyisip secawan teh yang dibancuh oleh Tengku Zafran khas buatnya seorang sahaja. Ada pulak macam tu ye?

"Best lah. Nanti mesti Rif melompat tak ingat dunia bila dapat tahu yang kau pregnant." Raisya menyeringai memandang Fasya yang tidak berkelip memandang ke arah perut Raisya.

"Jangan lah dia melompat akak. Bergegar rumah nanti." Mereka berdua ketawa mengejek. Sedap betul mengutuk orang.

"Ehem! Amboi... Rancak kauorang berbual. Papa nak join sekali boleh?" Laju Fasya dan Raisya menggeleng.

"Ni hal perempuan lah. Papa mana boleh tahu." Fasya menjongketkan sebelah keningnya.

"Berahsia aje tahu. Cuba gossip dengan papa sekali." Fasya dan Raisya hanya tersenyum memandang Datuk Faizal.

"Err... Fasya, aku nak cakap dengan papa kejap." Fasya memandang Raisya hairan. Dia mengorak langkah ke tingkat atas untuk memberi ruang agar Raisya dapat berbual dengan Datuk Faizal.

"Raisya nak cakap apa dengan papa?" Raisya membetulkan posisinya menghadap Datuk Faizal.

"Papa dengan Tan Sri Mikhael dah berbaik ke?"

"Tak ada lah baik sangat. Dia cuma bagitahu tentang Maya aje. Raisya ingat Maya lagi?"

"Mestilah ingat. Sekarang ni dia bekerja dekat syarikat Raisya."

"Biar betul?"

"Betul lah papa. Kenapa?"

"Eh, tak ada apa lah." Datuk Faizal akan bagitahu tentang berita ini kepada Tan Sri Mikhael. Dia pun tak tahu kenapa dia rasa macam nak tolong rapatkan Tan Sri Mikhael dengan Maya semula.

************

"Sayang kenapa naik atas lambat sangat? Penat abang tunggu." Raisya menutup rapat pintu bilik itu.

"Sayang berborak dengan papa kejap tadi. Kenapa nak tunggu sayang pulak? Tidur aje lah dulu kalau abang dah mengantuk." Raisya merapati Tengku Zafran yang baring menghadap siling. Tubuhnya turut dibaring menghadap siling. Wajahnya ditoleh memandang raut wajah Tengku Zafran.

"Abang?"

"Hmm?"

"Kalau ada sesuatu terjadi dekat anak kita masa sayang lahirkan dia nanti, abang akan tetap di sisi sayang tak?" Soal Raisya. Wajahnya bertukar sayu.

"Apa sayang cakap ni? Sayang, pandang mata abang. Dengar apa yang abang nak cakap ni." Kedua tangannya memegang pipi Raisya. Mereka saling bertentangan mata.

"Tak kira apa yang berlaku dekat sayang atau anak kita, abang akan setia di sisi sayang. Insha Allah, selagi abang hidup, abang akan jaga sayang dengan bakal anak-anak kita dengan sebaik mungkin. Sayang jangan risau okey." Tengku Zafran mengucup kedua mata Raisya sebelum tubuh kecil itu didakap dengan penuh rasa cinta. Raisya terharu mendengar apa yang diperkatakan Tengku Zafran. Dia bersyukur sangat. Dalam hatinya berharap agar apa yang dikatakan oleh Tengku Zafran bukan hanya sekadar janji kosong belaka.

-Bersambung-

P/S Sis rasa cerita ni macam dah berbelit semacam je. Korang tak pening lagi kan setakat ni?

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now