Bab 24

17.7K 595 10
                                    

"RIF macam mana nak bagi perempuan cair dengan kita?" Tengku Zafran mengetuk-ngetuk meja makan itu. Terpaksa lah dia mengeluarkan wang untuk belanja budak seorang ni makan. Kalau tak ada ganjaran, jangan harap Tengku Zarif ingin membantu.

"Dah kenapa tiba-tiba aje ni, bang? Kak Raisya tak cair dengan abang ke?" Tengku Zafran menjeling tajam ke arah Tengku Zarif. Erk! Salah cakap lah pulak...

"Aku ni tak reti sangat nak bagi perempuan cair. Lagi lah nak beromantik. Bagi lah tips macam mana aku nak tackle akak Raisya kau tu."

"Alah, apa susah. Minumlah Arjuna Kaseh. Bukan setakat akak Raisya, playgirl, GRO, semua nak melekat dengan abang." Saran Tengku Zarif yang langsung tak masuk dek akal.
Sah terputus fius wayar budak ni.

Dan beberapa ketulan ais mendarat tepat pada wajahnya. Hah, amek ko!

"Kau ni boleh tak jangan nak buat lawak hambar kat sini. Aku tengah serious ni tahu tak?" Huh, mujur aku fikir dia ni adik aje. Kalau tak, bukan setakat ais. Sekali dengan cawan-cawan ni aku telangkup dekat muka dia tu. Biar Fasya lari. Muehehe...

"Okey, okey sorry... Abang buatlah something suprise  untuk dia. Itu pun tak boleh fikir ke? Apa daa..." Tengku Zafran cuba mencerna cadangan yang diutarakan Tengku Zarif.

"Hmm... Kali ni idea kau boleh pakai. Thanks."

"Welcome bro."

Tengku Zafran tak habis menaip cara-cara memikat isteri pada kotak Google. Sampai nak terpatah pun ada jemari sendiri. Berkorban demi isteri tercinta lah kononnya.

"Nak buat suprise apa untuk dia, eh? Tapi aku kena tahu apa yang dia suka dulu. Mungkin Fasya boleh tolong." Tengku Zafran mencapai telefon bimbitnya namun nombor telefon Fasya langsung tak dijumpai.

"Alahai... Nombor adik ipar sendiri pun aku tak ada. Macam mana ni? Tanya Rif aje lah." Tanpa ragu-ragu dia membuat panggilan kepada Tengku Zarif.

"Helo?" Tengku Zarif menggosok perlahan kelopak mata. Jam yang tergantung pada dinding, dikerling sekilas. 1:00 pagi?! Tak reti nak tidur ke orang yang call ni?!

"Oi, awal kau tidur." Tengku Zafran menyapa. Dengar suara serak semacam pun dah tahu yang budak ni tengah sedap tidur.

"Hmm... Nak apa call malam-malam ni? Orang nak tidur pun tak senang."

"Aku nak nombor Fasya." Segar bugar anak mata Tengku Zarif. Kantukmya hilang sekelip mata.

"Hah? Abang nak buat apa dengan nombor Fasya? Abang jangan berani nak mengurat isteri Rif." Tengku Zafran tepuk dahi. Apahal pulak aku nak mengurat bini kau? Isteri aku nak letak mana wey.

"Bagi aje lah. Aku tak nak lah Fasya tu. Dah jadi adik ipar kut. Agak-agaklah kau ni pun." Kedengaran Tengku Zarif menghembus nafas lega di hujung talian.

"Okey. 01********."

"Thanks budak senget."

"Welcome pakcik sewel." Tengku Zarif menamatkan panggilan lalu menyambung kembali tidurnya.

"Kuajor betul budak ni. Aku yang macho lagi hensem ni dia boleh panggil pakcik."

"Euww... Perasan. Tak sedar umur dah masuk 30." Perli Raisya yang sedari tadi asyik merenung telefon bimbitnya sambil bersandar pada sofa. Dengar macam diaorang duduk jarak berhampiran, walhal jarak mereka boleh dikatakan 5 meter jauh. Kalau duduk dekat-dekat, kantoi lah plan Tengku Zafran nanti.

"Biarlah. Asalkan still hensem lagi." Tengku Zafran tersenyum bangga. Raisya buat gaya nak muntah. Haih, macam-macam.

Bunyi ketukan di muka pintu menyentakkan kedua-dua mereka. Masing-masing menghantar isyarat mata supaya membuka pintu. Tapi semua berat punggung tidak mahu bangun.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now