Bab 20

18.4K 613 16
                                    

GELAP. Ya, suasana rumah yang terang-benderang tadi tiba-tiba bertukar menjadi gelap sebaik sahaja keretanya masuk ke pekarangan vila dua tingkat itu. Terselit juga rasa sentap di hati, namun dia cuba memahami situasi mereka saat ini. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi hubungan suami isteri. Dia perlu tabah dengan apa pun reaksi yang akan Tengku Zafran berikan.

Raisya menguak pintu utama vila. Teraba-raba tangannya mencari suis lampu. Nasib tidak menyebelahi apabila tangannya tidak sengaja bersentuhan dengan 'sesuatu'.

Raisya sudah mula fikir yang bukan-bukan. Dalam mindanya terbayangkan jemarinya bersentuhan dengan sesuatu yang aneh dan tidak sepatutnya.

Semerta suasana rumah yang gelap tadi bertukar menjadi terang semula. Lega walaupun hati masih diserang perasaan takut.

"Kenapa lewat sangat balik? Dah tak nak duduk rumah ni ke?" Soal Tengku Zafran sinis sambil merapati tubuh Raisya. Sempat Raisya mengeluh lega kerana 'sesuatu' yang disangkakan tadi adalah tangan Tengku Zafran.

"Tepi lah sikit. Saya belum solat maghrib lagi ni." Raisya menolak tubuh Tengku Zafran menjauhinya. Tidak mahu dia berbalah di depan pintu. Lagipula dia sedang mengejar waktu maghrib yang kian beranjak ke waktu isyak.

"Susah sangat ke nak jawab soalan saya?" Raisya menggigit bibir. Geram dengan sikap Tengku Zafran yang tidak jemu mendesak.

Dia ni memang menguji kesabaran betul!

"Saya pergi jumpa adik saya. Salah ke?" Setelah itu, Raisya terus masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan Tengku Zafran. Biarlah! Dia langsung tidak mahu ambil peduli andai Tengku Zafran memikir yang tidak-tidak tentangnya sekalipun. Dia penat. Penat ingin memujuk dan menjaga sekeping hati.

Tengku Zafran melepaskan keluhan. Salah diakah cuba menunjukkan rasa prihatin? Bimbangnya semasa Raisya masih belum tiba di rumah tadi, hanya Tuhan saja yang tahu.  

Raisya... Raisya...

Keluhnya untuk kesekian kali sebelum pintu utama itu ditutup.

**********

JAUH dia merenung tingkap lut sinar di depannya. Memikirkan sesuatu yang kadangnya mustahil akan berlaku. Bertahun-tahun usahanya dalam menemukan seorang anak yang ditinggalkan sang isteri. Namun sehingga ke saat ini dia masih gagal menemui seorang anak yang telah bertahun-tahun tidak merasai kasih sayang daripada keluarga kandung itu.

Sofian mendekati Pak Ali yang merupakan pengawal keselamatan syarikat Global International Holdings. Almaklumlah, dia dan Tania memang sengaja pulang lewat dari kerja pada hari ni. Kasihan pula dia melihat kegusaran wajah Pak Ali.

"Assalamualaikum Pak Ali." Selama dia bekerja di syarikat ini, itu lah pertama kali dia cuba untuk berbual dengan Pak Ali. Lagipun apa salahnya dia mengeratkan silaturrahim antara pekerja dengan pak guard. Pun bolehlah, Sofian.

"Waalaikumussalam." Lamunan Pak Ali termati. Matanya memandang hairan ke arah Sofian. Bila dilihat secara dekat begini, dia seperti dapat mengecam seseorang melalui raut wajah Sofian. Seseorang yang dia rindui selama ini.

"Ada apa cari pakcik ni?" Sofian cuma senyum memandang Pak Ali. Dia memanjatkan lafaz syukur di dalam hati kerana masih dapat melihat wajah tua di depannya itu. Wajahnya pada hari tua kelak.

“Pak Ali kenal saya?" Berkerut seribu wajah tua Pak Ali. Selama tempoh dia bekerja di sini, baru beberapa kali dia melihat wajah Sofian. Mungkin kerana selama ini dia menjadi Sofi membuatkan Pak Ali sukar untuk meneka.

Ya, memang macam kenal. Tapi tak mungkinlah dia. Pak Ali pantas menggeleng. Sofian kelihatan hampa.

"Betul ni pakcik tak kenal saya?" Sekali lagi Pak Ali menggeleng.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now