Bab 44

13.1K 445 21
                                    

Pagi itu, Raisya dan Tengku Zafran melangkah masuk ke dalam Global International Holdings dengan beriringan tangan. Ramai perekerja di situ tersenyum-senyum memandang mereka.

"Abang, boleh tak lepaskan tangan sayang ni? Malu lah orang tengok." Raisya cuba menarik tangannya dari genggaman Tengku Zafran.

"Biar lah diaorang nak tengok pun. Diaorang pun tahu kita ni suami isteri. So tak salahkan? Hmm sayang?" Raisya cuma mengetap bibir. Hai la... Susah bebenor cakap dengan Encik Suami sorang ni. Eh, memang sorang aje suami aku. Hoho...

"Apa-apa aje lah abang." Sebaik sahaja mereka lalu di hadapan meja kerja Maya, Maya segera bangun dari duduknya lalu menyapa mesra Tengku Zafran. Riak wajah Raisya dah bertukar masam. Meluat betul dengan perempuan tu. Time orang nak bersweet dengan suami terchenta lah dia nak datang menyibuk.

"Hai awak. Amboi... sweetnya kauorang. Jealous saya tengok." Sapa Maya lebih kepada memerli.

Raisya membuat muka menyampah. Manakala Tengku Zafran menghadiahkan senyuman paling sinis kepada Maya.

"Tak puas lagi ke kau kacau hidup kami hah perempuan? Kau nak aku report polis ke?" Raisya agak terkejut tatkala Tengku Zafran menggunakan bahasa agak kasar pada Maya. Dan yang paling dia tak faham dekat sini, apa kaitan dengan report polis pula?

Wajah Maya mula bertukar gelisah. Dia fikir, Tengku Zafran akan berdiam diri sahaja, namun sangkaannya meleset sama sekali.

"Wait! Apa kaitan dengan nak report polis pula ni? Ada perompak masuk syarikat ni ke masa saya tak sedarkan diri hari tu?" Raisya menyoal hairan.

"Bukan perompak. Tapi perempuan licik." Maya sudah duduk tak diam. Nak lari mana? Eh, buat apa aku nak takut? Kalau aku masuk penjara sekalipun, daddy boleh tolong ikat jamin. Maya senyum dalam hati.

"Kejap. Kita bincang dalam bilik saya". Ujar Raisya kepada Maya dan Tengku Zafran. Mereka berdua cuma menurut.

"Apa sebenarnya yang dah berlaku sampai nak libatkan polis ni?" Raisya menyoal dengan nada tegas. Alamaklumlah, bos kan.

"Kalau sayang nak tahu, perempuan ni ada niat nak gugurkan kandungan sayang. Kalau nak diikutkan hati abang ni, memang abang nak report polis aje. Biar dia kena humban masuk penjara." Maya di sebelah cuma menayang wajah selamba. Seolah-seolah dia langsung tak bersalah.

"What?! Betul ke ni?" Raisya mengalihkan pandangannya ke arah Maya.

"Kalau betul pun kenapa? Nak report polis? Hah, report lah! Ada aku kisah?!" Tempelak Maya sebeluk mengangkat kaki beredar dari bilik pejabat Raisya. Raisya terduduk lemah sambil mengurut pelipisnya. Tengku Zafran segera menghampiri Raisya. Kedua belah bahu Raisya diusap supaya bertenang.

"Abang, better jangan libatkan pihak polis tentang hal ni."

"Mana boleh! Dia hampir bunuh anak kita, sayang masih nak berdiam diri lagi?!" Suara Tengku Zafran naik seoktaf tanpa sengaja.

"Tak perlu lah... sayang kenal sangat dengan Tan Sri Mikhael, daddy kepada Maya tu. Dia boleh ikat jamin Maya bila-bila masa aje." Raisya cuba menahan sebak. Sedih sebab Tengku Zafran tiba-tiba tengking dia macam tu.

"Okey... sorry sebab abang termarah sayang. Tapi kalau sayang pecat dia tak boleh? Abang takut dia berani buat lebih teruk dari ni."

"Tengok lah macam mana dulu nanti. Sayang dah tak larat dengan sikap dia. Dia dah tak macam Maya yang pernah sayang kenal dulu."

"Cuaca boleh berubah, apatah lagi sifat manusia sayang." Tengku Zafran menggenggam erat jemari Raisya. Raisya menunduk sambil membalas genggaman Tengku Zafran.

****************

"Macam mana dia boleh lari hari tu? Kauorang ni kenapa tak boleh diharap? Pergi cari dia sampai jumpa sekarang!" Tan Sri Mikhael menghentak kasar meja yang terdapat dalam biliknya.

"Ba..baik Tan Sri." Mereka berdua terkocoh-kocoh keluar dari bilik Tan Sri Mikhael.

"Salah kau lah ni! Aku suruh kau tengokkan permpuan tu, tapi kau tahu nak membuta aje!" Lan menghamburkan kemarahnnya pada Bobby.

"Apa pula salah aku?! Dah aku nampak dia masuk bilik Tan Sri masa tu, aku tidur lah kejap. Mana aku tahu dia nak lari." Bidas Bobby. Geram kerana asyik dirinya sahaja sering disalahkan.

Tan Sri Mikhael keluar dari biliknya kerana telinganya bingit mendengar kedua orang upahannya sedang bertelingkah.

"Tak reti nak pergi cari dia ke?! Aku suruh kauorang cari sekarang kan?!" Hah, amek kuorang. Buat bising lagi. Kan dah kena. (sis gelak jahat)

Tidak menunggu lama, mereka beruda berlari sepantas kilat meninggalkan perkarangan vila Tan Sri Mikhael dengan menaiki BMW 6 Series milik Tan Sri Mikhael.

Maya keluar dari Global International Holdings, memandangkan sekarang adalah lunch hour.

Maya masuk ke dalam restoran yang sentiasa menjadi pilihan ramai itu. Tapi selalunya tengah hari macam ni, tak ada lah ramai sangat. Hari ni aje kut ramai waktu tengah hari.

Semasa ingin membuat pembayaran di kaunter, tiba-tiba bahunya telah dirempuh oleh seseorang dari belakang. Maya segera menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang telah merempuh bahunya. Niatnya untuk memaki-hamun gerangan itu terbantut tatkala sepasang mata mereka bertaut. Maya terkejut melihat wajah insan yang berdiri di hadapannya sangat mirip dengan wajahnya. Cuma yang membezakan adalah, insan di hadapannya manis berpakaian seperti seorang muslimah yang sebenar. Manakala, dia memakai baju yang agak terdedah sana-sini sehingga menampakkan susuk tubuhnya. Aku pernah ada kembar ke sebelum ni? Tapi, kenapa aku tak pernah tahu pun? Betul ke aku pernah ada kembar? Atau kebetulan aje wajah dia mirip dengan aku? Tiba-tiba sahaja serantai soalan itu merajai fikirannya.

"Ya Allah... maaf cik. Saya betul-betul tak sengaja. Orang ramai sangat bertolak-tolak tadi. Sebab tu lah saya terlanggar cik." Ucap gadis itu sopan.

"Tak apa lah. Tapi, lain-kali cuba berhati-hati sikit. Jangan nak main langgar aje. Kalau aku jatuh tadi tak fasal kau kena maki." Gadis di hadapannya cuma berdiam. Tahu akan kesilapannya.

"Maafkan saya."

"Ya lah. Aku maafkan." Entah kenapa, dia rasa ada aura lain yang terselit dalam hatinya setelah melihat gadis itu.

Gadis itu melemparkan senyuman manis kepada Maya, sebelum berlalu dari restoran itu.

Maya masih tertanya-tanya. Siapakah gadis yang semirip dengannya itu?

*******************

Raisya mengambil tempat di sisi Tengku Zafran. Lengan Tengku Zafran dirangkul. Sempat dia menayang iklan colgate kepada Tengku Zafran.

"Ada apa ni sayang? Tiba-tiba aje jadi manja semacam." Raisya diam tidak membalas. Matanya turut ditumpu kepada siaran yang memaparkan drama melayu pada skrin televisyen itu. Best juga tengok drama melayu yang romantik dengan Encik Husband.

"Saja nak manja. Tak boleh ke?" Rangkulan pada lengan Tengku Zafran dilepaskan. Sengaja Raisya nak pura-pura merajuk lagi.

"Bukan tak boleh. Cuma hairan. Selalu sayang asyik garang aje memanjang. Sampai mak singa pun boleh lari dengar sayang marah." Jari runcing Raisya
pantas mengetam lengan sasa Tengku Zafran. Sesedap mulut aje cakap.

"Aduh... berbisa betul cubitan sayang ni." Tengku Zafran menggosok-gosok lengannya.

"Well... nak lagi? Anytime aje boleh bagi." Tengku Zafran dah fikir ke laut.

"Emm... bagi apa tu? Bagi..." Raisya laju memotong tanpa sempat Tengku Zafran menghabiskan percakapannya.

"Gatal! Asyik fikir benda tu aje. Cuba fikir benda lain. Tak boleh ke?"

"Tak boleh. Dengan sayang, tiba-tiba aje jadi miang semacam." Seram Raisya melihat Tengku Zafran buat muka nakal macam tu. Lebih baik dia lari sebelum ada perkara yang tak sepatutnya berlaku. Erk, tak sepatutnya ke?

-Bersambung-

P/S Watak Amira Ukaisya akan muncul tak lama lagi~ Lepas je muncul lagi satu watak, cerita ni akan dekat dengan penghujungnya. Huhu, bye-bye~

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now