Bab 78

16.3K 500 32
                                    

Ukaisya terpempan mendengar khabar dari Umi Rahimah bahawa dia telah dipinang oleh seseorang. Dan yang paling mengejutkannya itu, Umi Rahimah dengan sukacita menerima pinangan itu dengan hati yang terbuka.

Tambah Umi Rahimah lagi, petang ini bakal suaminya itu datang ingin berbincang sesuatu dengannya. Maya juga sudah dimaklumkan tentang khabar itu. Ukaisya semakin berdebar-debar kerana tinggal beberapa minit sahaja lagi bakal suami tak relanya itu akan tiba.

"Sya. Bakal suami kamu dah sampai. Tak nak turun ke?" Ukaisya sedikit tersentak apabila Umi Rahimah menyapanya. Dia cuma pandang sekilas ke arah Umi Rahimah sebelum mencapai tudung sarungnya yang digantungkan pada almari baju itu.

"Dia datang dengan family ke?" Umi Rahimah tidak jawab, malah dia senyum. Ukaisya dibiarkan tertanya-tanya sendiri. Walaupun hatinya berat untuk melangkah, namun dia terpaksa juga menggagahkan juga dirinya.

Langkahnya terhenti di kaki tangga sebaik matanya menangkap seseorang sedang duduk di atas sofa, sambil meneguk segelas air yang dihidangkan oleh uminya.

Ukaisya berkira-kira sama ada hendak naik semula ke bilik atau duduk berhadapan dengan bakal suaminya itu.

"Sya? Kenapa tercegat lagi dekat situ? Mari duduk sini." Bagai nak terkeluar jantungnya. Tapi bukan disebabkan Umi Rahimah yang tiba-tiba memanggilnya. Tetapi apabila pandangannya bersatu dengan pandangan bakal suaminya.

"Doktor?" Wajah Umi Rahimah dan doktor itu dipandang silih berganti. Percaturan apakah ini?

"Awak duduk dulu. Saya nak bincang dengan awak." Ukaisya cuma menurut walaupun matanya tidak lepas dari memandang anak mata doktor itu. Pandangan terkejut dan perlukan penjelasan.

"Sya masih ingat saya?" Ukaisya mengangguk dengan teragak-agak. Masakan dia tidak kenal. Doktor ini telah sedaya upaya melakukan pembedahan kepada Maya, adik kembarnya.

"Macam mana doktor tahu rumah kami?" Soalan pertama yang diajukan telah menimbulkan ketawa halus dari doktor itu.

"Rahsia." Ukaisya berdecit geram. Sengaja dia bertanya. Walhal dia sudah tahu, pasti doktor itu mengetahui alamat rumah mereka melalui fail maklumat pesakit. Iaitu Maya. Pesakitnya seminggu yang lepas.

"Okey. Soalan kedua." Dah macam sesi soal jawab pula di ruang tamu itu. Soal jawab bersama bakal suami. Doktor itu diam menanti soalan kedua dari Ukaisya.

"Betul ke keputusan doktor ni?"

"Betul. Saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Saya mula terpikat dengan keprihatinan awak. Cara awak berbudi bahasa. Semuanya membuatkan saya bertekad untuk jadikan awak sebagai permaisuri hidup saya. Juga bakal ibu kepada anak-anak saya." Ukaisya terkelu sendiri. Sepatah ditanya, sepuluh patah yang dijawab. Namun ada satu soalan yang sedang berlegar di mindanya. Bakal ibu kepada anak-anaknya? Duda ke doktor ni?

"Saya still single mingle. Belum ada anak. Saya maksudkan ibu kepada anak-anak kita." Merona merah wajah Ukaisya. Macam tahu-tahu saja apa yang ingin dia tanyakan. Berdasaekan maklumat yang disampaikan uminya, doktor iti tua tiga tahun darinya. Bermakna, doktor itu berumur 35 tahun. Sebaya dengan Tengku Zafran dan juga Adam.

"Baiklah. Saya setuju."

"Alhamdulillah... Terima kasih awak." Ukaisya melorek senyum. Dalam hatinya berharap agar lelaki yang ingin memperisterikannya ini berjaya buatkannya lupa kepada Adam. Dia tekad untuk melupakan cinta monyet itu. Dan mulakan hidup baru bersama doktor itu. Walaupun lamaran doktor itu agak terkejut.

**********

Pada pagi itu, mereka satu keluarga telah berkumpul di rumah Raisya. Kecuali Fasya, Tengku Zarif dan Datuk Faizal. Kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now