Bab 69

11.8K 457 18
                                    

Empat tahun kemudian.

Kata-kata yang keluar dari mulut keluarga angkatnya empat tahun yang lalu masih terngiang-ngiang di pendengarannya. Terasa diri terlalu jijik di mata mereka. Sedangkan mereka lebih jijik dari dirinya. Sekurang-kurangnya dia tergerak hati untuk berubah dan terus berada pada jalan-Nya yang lurus.

Imbas Semula.

Langkahnya digagahkan juga untuk masuk ke dalam rumah itu memandangkan tiada sesiapa yang menyahut salamnya. Pintu pagar juga tidak berkunci. Mudah untuk dia masuk ke dalam rumah agam tiga tingkat itu.

“Assalamualaikum. Ibu, ayah." Semua mata yang sedang bersantai di ruang tamu itu menoleh ke arahnya. Pandangan yang dilemparkan tidak seperti semasa dia dibesarkan di rumah itu dahulu. Pandangan yang tajam sehingga boleh menimbus dinding. Mungkin terkejut melihat perubahan pada penampilannya yang kini sudah menutup aurat sepenuhnya.

Maya beranikan diri menapak masuk ke dalam rumah itu apabila semua yang berada di ruang tamu itu langsung tidak beriak memandangnya.

Huluran tangannya langsung tidak disambut oleh kedua orang tua angkatnya itu. Dengan perasaan hampa, Maya menarik semula hulurannya. Kali ini, dia mula menghampiri kakak angkatnya, Doktor Zara. Namun Doktor Zara segera menjauhinya.

“Buat apa kau balik sini?!" Tiba-tiba Dato' Farid, bapa angkatnya menolak kasar tubuh Maya sehingga jatuh tersembam ke atas lantai. Langsung tiada rasa simpati semua yang melihat.

“Aduh..." Maya cuba menahan rasa sakit yang dialami. Sudahla ada nyawa yang hidup dalam rahimnya. Kandungan yang baru mencecah lima bulan itu masih belum kuat.

“Darah?" Datin Sofea dan Doktor Zara mula hairan melihat cecair likat yang berwarna merah mula mengalir. Dato' Farid juga turut tergamam melihat keadaan Maya. Tak mungkinlah tolak macam tu pun dah berdarah? Tak logik. Lainlah kalau tolak sehingga terkena bucu tangga atau sebagainya.

“Kau mengandung ke Maya?" Maya kelu untuk menjawab. Dia tunduk menekur lantai. Perlahan-lahan dia mengangguk. Membuntang mata mereka semua mendengar pengakuan Maya.

“Patutlah kau datang rumah ni balik! Rupanya kau dah bunting! Mesti pakaian yang kau pakai ni nak tutup perangai busuk kau tu kan?! Huh, memalukan ibu dan ayah aje! Kau ni memang perempuan tak gunalah Maya! Sepatutnya ayah biar kau mati aje masa kebakaran tu dulu!" Kali ini, dia sudah tidak kuat untuk menahan rasa. Kata-kata yang keluar dari bibir Dato' Farid betul-betul membunuh kekuatan yang dia tanamkan sebelum dia jejak ke rumah agam ini.

Datin Sofia dan Doktor Zara mengukir senyuman sinis melihat keadaan Maya.

“Tu lah kau. Ibu suruh kau kahwin dengan Adam kau taknak. Sekarang kau pergilah merempat dengan anak kau yang bakal lahir tu. Kalau nak gugurkan lagi bagus. Tak payah kau nak tanggung malu. Sekarang dengan segala hormatnya kau pergi berambus dari rumah ni!" Giliran Datin Sofia pula menolak tubuh Maya. Langsung tiada daya untuk melawan. Maya hanya mampu menerima apa yang mereka lakukan terhadapnya. Menyesal pun ada kerana menjejakkan kaki ke rumah ini semula.

“Tapi... Maya sa..kit." Terketar-ketar Maya cuba bersuara.

“Alah, jangan nak menipu lagi lah! Kau tu lebih teruk dari perangai jin kau tahu tak? Tak sedar diri diuntung. Eh, berambuslah perempuan! Kitaorang dah muak tengok kau! Tunggu apa lagi?! Berambuslah cepat!" Tubuh Maya diterajang bertalu-talu. Walaupun tenaganya tidak sekuat lelaki.

Digagahkan dirinya cuba untuk bangun walaupun dalam keadaan seperti itu.
Terngengsot-ngengsot Maya berjalan keluar dari rumah agam itu. Sempat dia menoleh dengan seribu penyesalan di dada kerana hadir kembali ke rumah itu.

Baru sahaja dia berjalan dalam tiga puluh meter, cecair merah likat itu kembali mengalir dengan banyak. Maya benar-benar sudah pasrah dengan keadaannya sekarang ini.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now