Bab 41

13.3K 512 25
                                    

"Maya, kau tolong belikan barang dapur boleh tak?" Maya laju menggeleng.

"Tak nak lah. Aku nak berehat. Esok dah kerja." Tania mencebik geram.

"Ingat kau sorang aje yang kerja? Habis aku ni penganggur dekat rumah? Kalau kau tak nak beli barang dapur, kau kena kemas rumah. Yang mana satu kau nak? Pilih cepat." Tania cuba mengugut. Batang mop di tangan, digenggam kemas. Kalau boleh, nak layangkan dekat kepala si Maya ni aje.

"Hish, ye lah-ye lah. Aku pergi beli barang dapur." Maya akhirnya terpaksa mengalah.

Sebaik sahaja Maya menuju ke pasar raya, Tania meletakkan semula batang mop itu. Langkahnya pantas diatur ke bilik Maya. Ada sesuatu yang perlu dia lakukan!

             ************

Raisya mengeluh perlahan sambil menongkat dagunya.
Tengku Zafran dan Sofian baru sahaja bertolak ke Sabah. Tetapi, dia dah rindu dekat Encik Suami macam tak jumpa sebulan. Itu lah kau, bila dia ada, kau merajuk lama-lama. Kutuk otaknya. Tubuhnya disandarkan pada kerusi empuk itu. Kakinya disilangkan.

Maya yang memerhatikan Raisya dari pintu cermin lut sinar itu, mula mengeluarkan sebotol ubat dari begnya lalu menuju ke pantry syarikat itu.

Sedang asyik teringatkan Tengku Zafran, telefon bimbitnya bergetar menandakan ada pesanan ringkas masuk.

Raisya segera mencapai telefon bimbitnya. Mesej dari Tengku Zafran. Bibirnya menguntum senyuman lebar. Peti mesej itu dibuka.

Sayang jangan makan atau minum benda yang masam tahu. Nanti takut perut sayang tak tahan.-Zaf-

Raisya senyum sambil menggeleng perlahan sebelum mesej itu dibalas.

Kalau nak juga?-Cik Wife-

(emoji muka marah)-Zaf-

"Eleh... Marah konon. Fikir aku takut lah tu."

Huh, doesn't care. Bye.- Cik Wife-

Bye sayang. Ingat pesanan abang tahu?-Zaf-

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak. Maya yang sedang membawa secawan teh di tangan, melemparkan senyuman kepadanya. Raisya jadi hairan melihat Maya.

Secawan teh itu dihulur kepada Raisya. Raisya menyambut dengan teragak-agak. Wait, mengigau ke apa si Maya ni? Tak pernah pun dia nak bancuh air dekat aku selama ni.

"Jemput minum Cik Myra." Pelawa Maya. Raisya menghidu aroma teh lemon itu. Umph, favourite ni!

"Thanks."

"Your welcome. Saya keluar dulu ya Cik Myra?" Raisya sekadar mengangguk sebelum dia menyisip perlahan teh lemon itu sehingga licin.

              ************

"Aduh..." Fasya jatuh terduduk pada lantai jubin itu. Terkejut Tengku Zarif melihatnya. Segera dia membantu Fasya bangun dengan perlahan.

"Macam mana boleh jatuh ni? Itu lah, tadi saya dah cakap jangan pakai heels yang tinggi melangit sangat. Tengok apa dah jadi sekarang?" Sempat lagi Tengku Zarif membebel dalam membantu Fasya berjalan perlahan-lahan.

"Alah, selama ni saya pakai heels tak pernah jadi macam ni pun." Fasya rasa tak logik apa yang dikatakan Tengku Zarif. Hatinya tiba-tiba rasa lain macam.

"Awak... Kenapa ni?" Tengku Zarif menyoal sebaik sahaja terpandangkan wajah Fasya seperti gelabah semacam.

"Saya rasa tak sedap hati lah awak."

"Perasaan awak aje tu. Dah, jangan fikirkan sangat." Fasya cuba menerima nasihat Tengku Zarif.

            *************

Raisya menekan bawah perutnya sekuat hati. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bibirnya digigit menahan sakit.

Maya segera masuk ke dalam bilik pejabat Raisya. Wajahnya sengaja dibuat cemas.

"Kenapa ni Cik Myra? Sakit ke? Ya Allah... Mari saya tolong." Maya menghulurkan tangannya. Namun Raisya tidak berjaya sambut kerana dia terus tak sedarkan diri selepas itu.

Maya tersenyum puas. Akhirnya berjaya juga rancangan jahatnya itu.

Raisya dikejarkan ke hospital. Tania menelefon Tengku Zafran bagi mengkhabarkan tentang keadaan Raisya.

"Zaf... Ra.. Raisya." Tergagap-gagap Tania cuba memberitahu.

"Kenapa dengan Raisya?!" Soal Tengku Zafran cemas. Baru sehari dia tak ada di sisi Raisya, ada sahaja yang berlaku kepada Raisya.

"Dia pengsan. Sekarang dia ada dekat hospital." Jawab Tania lancar. Tanpa tergagap-gagap.

"Astaghfirullahalazim. Macam mana boleh jadi macam ni? Kau tak tolong tengokkan dia ke? Kau tahu tak dia tengah pregnant!" Membulat terus mata Tania. Cik Raisya mengandung? Kenapa aku tak tahu pun?

"Ya Allah, betul ke? Aduh, aku risau lah Zaf. Macam mana ni?"

"Aku balik dengan Sofian sekarang juga. Kau tolong tengokkan keadaan Raisya. Kalau ada apa-apa perkembangan, bagitahu aku cepat-cepat."

"Okey."

Malam itu, Sofian dan Tengku Zafran tiba di Kuala Lumpur. Mereka segera menuju ke hospital seperti yang diberitahu oleh Tania.

"Kau bawak cepat sikit boleh tak Zaf?!" Gesa Sofian. Risau betul dia bila dapat tahu bos kesayangan dia masuk hospital. Dan yang paling mengejutkan dia, bos dia itu sedang berbadan dua.

"Kau senyap boleh tak?! Aku tak bokeh fokus memandu lah kalau macam ni!" Geram betul Tengku Zafran dengan sikap terlebih risau Sofian terhadap Raisya. Aku yang suami dia ni pun cuba untuk bertenang, walaupun tak boleh nak bertenang sebenarnya.

"Okey, aku senyap." Ha, bagus. Getus Tengku Zafran dalam hati.

Setibanya mereka di hospital, mereka segera menuju ke wad yang menempatkan Raisya setelah bertanyakan kepada jururawat di kaunter itu.

"Awak... Kesian Cik Myra." Maya menghamburkan tangisan palsunya pada dada bidang Tengku Zafran. Tangannya melingkari pinggang Tengku Zafran. Tak malu betul. Tengku Zafran membiarkan dalam sesaat, setelah itu, tubuh Maya ditolak agak kasar menjauhinya. Terdorong Maya ke belakang. Nasib tak jatuh.

"Kau siapa nak peluk aku? Isteri aku aje boleh buat semua tu. Kau tu tak ada kena-mengena dengan aku." Terkedu Maya mendengar. Tebal wajahnya dimarah depan ramai orang macam tu. Tania dan Sofian membuat thumbs up di belakang Maya.

Akibat terlalu malu, Maya menuju ke tandas. Apa kaitan pulak dengan tandas ni?

"Merajuk lah tu. Gedik!" Ejek Sofian setelah kelibat Maya hilang dari tempat menunggu berhadapan wad yang menempatkan Raisya.

Sofian terpandangkan ke arah botol ubat yang terdapat dalam beg kertas milik Maya.

"Eh awak, ubat apa ni?" Sofian menghulurkan botol ubat itu kepada Tania. Tengku Zafran juga turut menoleh ke arah botol ubat itu.

Tania tergamam memandang botol ubat itu. Ubat sebenar dalam botol tu telah ditukarkan oleh Tania kepada ubat tidur.

"Awak, ubat tu sebenarnya boleh menggugurkan kandungan. Tapi, saya dah tukarkan kepada ubat tidur tanpa pengetahuan Maya." Dan, Tania dan Sofian dapat menangkap sesuatu.

"Saya rasa Cik Raisya tidur lama sebab kesan ubat ni ke atas dia kut. Sebab ubat tidur ni terlalu kuat." Tengku Zafran segera merampas botol ubat itu dari genggaman Sofian.

"Tak guna punya perempuan! Mesti dia ada niat nak gugurkan kandungan Raisya." Sofian dan Tania cuba menenangkan Tengku Zafran yang sedang menahan amarah.

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now