Bab 66

13.1K 482 29
                                    

Langkahnya diatur menghampiri Raisya yang sedang terlantar di atas katil hospital itu. Terbit senyuman yang mekar pada wajah isterinya. Bahagia kerana dia telah bejaya melahirkan zuriat buat suami tercinta. Kerusi di sisi katil itu ditarik sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi itu.

"Sayang... maafkan abang sebab tak dapat teman sayang sampai baby kita lahir. Sebab sayang terpaksa menjalani pembedahan. Yang paling abang geram, suka hati aje doktor tu main halau abang. Ingat hospital ni bapa dia punya ke?" Raisya senyum kecil mendengar luahan Tengku Zafran. Kalau dengar dekat doktor tu kejap lagi, mahunya dipelangkung kepala Tengku Zafran.

"Abang tak temankan sayang pun tak apa. Asalkan abang akan sentiasa di sisi sayang dengan baby kita pun dah lebih dari cukup bagi sayang." Jemari Tengku Zafran yang menggenggam erat jemarinya dielus.

"Eh cakap fasal baby, abang lupa nak iqamatkan baby kita." Tangannya bertindak menepuk dahi.

Raisya menggeleng perlahan melihat Tengku Zafran menghampiri katil bayi mereka. Boleh pula dia lupa. Haiya...

Raisya terharu melihat Tengku Zafran mengiqamatkan bayi mereka dengan penuh syahdu. Macam tak sangka pula kini kehidupannya sudah lengkap.

"Abang, nama apa yang sesuai untuk baby girl kita?" Baru dia terfikir untuk memberikan nama kepada bayi mereka. Tengku Zafran cuba berfikir sejenak. Sebenarnya dia tak adalah tahu-menahu sangat dalam memilih nama yang sesuai untuk bayi.

"Abang tak tahulah. Sayang ada idea?" Raisya juga seperti memikirkan sesuatu. Nama apa yang sesuai eh?

"Ala... sayang pun tak tahulah. Bonda ada datang tak? Kita cuba try tanya bonda. Mana tahu bonda ada nama yang sesuai untuk baby kita."

"Bonda dengan ayahanda on the way datang ke sini. Kejap lagi diaorang sampailah tu. Sayang, abang nak pergi panggil diaorang masuk kejap." Raisya mengangguk. Bayi mereka diserahkan kepada Raisya sebelum dia melangkah keluar dari wad itu.

"Jom masuk tengok baby." Mereka semua segera masuk ke dalam wad itu setelah diajak oleh Tengku Zafran . Tak sabar nak tengok baby.Raisya sudah dipindahkan ke wad biasa.

"Raisya okey?" Datuk Faizal menyoal setelah mereka semua menghampiri Raisya.

"Raisya okey papa. Tapi Raisya masih rasa takut masa nak melahirkan tu. Nasib baik pembedahan ni berjalan dengan lancar. Kalau tak, entah apalah yang berlaku kepada Raisya dengan baby." Nada suaranya sudah bertukar sayu.

"Sayang janganlah cakap macam tu. Abang tak sanggup untuk kehilangan sayang. Kalau boleh, biarlah abang yang pergi dulu." Raisya mula menahan sebak. Menyesal pun ada sebab membangkitkan soal ini. Kan dah terfeeling lebih.

"Abang janganlah cakap macam tu. Okey lah, sayang dah tak nak cakap fasal ni." Tengku Zafran merangkul erat isteri dan bayinya yang berada dalam dakapan Raisya.

"Ehem! Kitaorang still kat sini tahu. Agak-agaklah nak bersweet pun." Tania mempamerkan senyuman mengusik kepada pasangan itu.

"Hish kau ni. Biarlah diaorang nak buat drama dekat sini." Fasya menampar perlahan lengan Tania. Pembela setia Raisya dikala kesusahan. Okey, merapu.

"Entah kau ni. Jealouslah tu. Nanti kau dengan Sofian bersweet macam ni lepas kahwin, memang aku bahankan kauorang cukup-cukup." Tengku Zafran menyindir Tania.

Belum sempat Tania ingin membidas, kedengaran pintu wad dikuak dari luar. Semua mata memadang ke arah gerangan yang datang menghampiri mereka semua.

Isteriku Cik Bos [Republish]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن