Bab 38

12.5K 440 9
                                    

Tengku Zafran dan Raisya saling berbalas jelingan. Diaorang tengah melancarkan peperangan dingin lah katakan.

Tiba-tiba telefon bimbit Tengku Zafran berdering. Tengku Zafran keluar sebentar dari vila mereka untuk menjawab panggilan. Raisya cuma menghantar Tengku Zafran keluar dari ekor mata.

"Ada apa call aku?" Soal Tengku Zafran kasar.

"Ala awak ni... Tak boleh ke saya nak call awak?"

'Memang tak boleh pun.' Gumam Tengku Zafran dalam hati.

Raisya turut melangkah keluar dari vila itu. Nak ambil udara segar. Pagi-pagi macam ni udara memang segar dan bersih.

Raisya mengerling sekilas ke arah Tengku Zafran yang sedang berbual melalui telefon. Tengku Zafran yang perasan akan kerlingan Raisya, segera berpura-pura mesra membalas panggilan Maya.

"Eh, tak salah lah. Saya suka sangat kalau awak call." Wajah Raisya mula bertukar muram. Dah boleh agak dengan siapa suaminya berbual.

"Awak... Jom kita keluar jalan-jalan. Saya bosan lah duduk kat rumah." Rengek Maya. Nak muntah purple Tengku Zafran dengar. Tapi disebabkan nak bagi Raisya cemburu, dia terpaksa melayan kerenah perempuan ni.

Raisya malas lagi nak dengar perbualan mereka, dia mengatur langkah untuk masuk semula ke dalam vila itu.

"Awak nak pergi mana?" Soal Tengku Zafran. Terhenti langkah Raisya. Dia segera menoleh ke belakang.
Dan, betapa kecewanya soalan itu bukan dituju buatnya. Kurang asam boi, keping segala mak nenek asam lah Tengku Zafran ni! Err... Sorry, author teremo.

Raisya mengetap giginya kuat sebelum dia masuk ke dalam vila mereka. Benci abang!

************

"Honeydew..." Fasya buat tak endah sahaja. My name is Fasya okey, not honeydew.

"Awak!" Terpaksa Tengku Zarif meninggikan sedikit suaranya. Sikit aje lah.

"Apa? Kacau lah awak ni." Fasya kembali fokus kepada televisyen. Time cuti macam ni memang Fasya suka layan drama Korea. Sama lah macam akak Raisya dia tu.

"Awak ni asyik tengok drama Korea je. Apa yang istimewa sangat diaorang tu?" Fasya mencebik geram.

"Ish biar lah. Awak nak apa sebenarnya ni? Cuba bagitahu." Geram Fasya bila orang kutuk fasal drama Korea dia.

"Jom keluar. Sepatutnya cuti-cuti macam ni kita pergi jalan-jalan. Bukannya terperap dalam rumah."

"Hesh, ye lah. Jom bersiap." Mereka berpimpin tangan menuju ke tingkat atas.

Audi R8 miliknya diparking kemas pada tempat letak kereta itu sebelum melangkah masuk ke dalam mall.

Maya melambaikan tangannya agar Tengku Zafran perasan akan kehadirannya dalam restoran itu.

"Lama ke tunggu?" Acuh tak acuh sahaja Tengku Zafran menyoal.

"Tak ada lah. Baru je." Tengku Zafran cuma angguk sebelum dia memanggil waiter restoran itu.

Usai mereka menjamu selera, Maya bertindak berani menggenggam erat jemari Tengku Zafran. Terkejut Tengku Zafran dengan tindakan berani Maya itu.

Fasya dan Tengku Zarif yang duduk tidak jauh dari mereka, memerhatikan setiap kelakuan Maya terhadap Tengku Zafran.

"Awak, abang Zaf curang dengan akak Raisya. Tak boleh jadi ni..." Fasya mengorak langkah menghampiri meja makan mereka. Namun langkahnya dihalang oleh pegangan Tengku Zarif.

"Awak kata abang Zaf curang? Awak nampak tak siapa yang pegang tangan abang Zaf dulu?" Fasya menoleh semula ke arah meja makan yang diduduki oleh abang iparnya itu.

"Tapi abang Zaf tak marah pun perempuan tu. Dia suka lah tu." Fasya melepaskan tangannya dari genggaman Tengku Zarif.

"Awak, nanti kita bincang baik-baik dengan abang Zaf. Tak nak lah buat kecoh dekat tempat awam macam ni. Nanti kita juga yang dapat malu." Tengku Zarif cuba memujuk.

"Okey lah. Saya nak balik. Tak ada mood nak jalan-jalan hari ni." Tengku Zarif cuma menyetujui sahaja. Nanti dia pergi serang abang Zaf dengan Maya haru dibuatnya.

************

"Papa..." Raisya teresak kecil di bahu Datuk Faizal. Kalau mama masih ada, mama lah tempat aku luahkan perasaan sekarang ni.

"Kenapa ni Raisya?" Datuk Faizal menyeka air mata yang merembes di pipi Raisya.

"Raisya nak bermalam dekat rumah papa hari ni boleh?" Perasaannya sudah sedikit reda setelah dapat menangis di bahu Datuk Faizal.

"Eh, mesti lah boleh. Ni pun rumah Raisya juga. Zaf dah tahu Raisya nak bermalam dekat rumah papa?" Raisya diam sejenak. Nak jawab apa ni?

"Err... Kejap lagi lah Raisya bagitahu."

"Hmm ye lah. Tapi make sure Raisya bagitahu dekat dia. Tak baik buat suami risau." Pesan Datuk Faizal. Raisya mencebik dalam hati. Dia buat aku sakit hati boleh.

"Okey papa. Raisya nak naik atas kejap. Nak berehat." Datuk Faizal mengangguk.

**********

Tengku Zafran meliarkan pandangannya mencari kelibat Raisya.

"Sayang." Di dapur juga tak ada kelibat Raisya.

"Mana dia ni." Anak tangga pula didaki. Cuba mencari isterinya di dalam bilik.

Pintu bilik itu ditolak. Dekat bilik pun tak ada? Tengku Zafran melangkah ke arah balkoni pula. Namun Raisya tetap tak ada di situ. Nombor telefon Raisya cuba didail. Tetapi panggilannya tidak bersahut. Seingatnya, Raisya selalu pergi ke rumah Datuk Faizal. Mungkin dia ada di sana.

Tengku Zafran melangkah masuk ke dalam banglo Datuk Faizal. Lega dia melihat Lamborghini milik Raisya tersadai elok pada garaj kereta Datuk Faizal. Dia menyalami Datuk Faizal sebelum matanya diliarkan mencari seseorang.

"Err... Papa, Raisya mana?" Datuk Faizal sengaja menjungkit bahu

"Alah, papa ni... Bagitahu lah. Zaf nak pergi naik atas lah." Langkahnya serta-merta terhenti apabila Datuk Faizal melaung memanggil namanya.

"Jangan buat dia sakit hati lagi. Kamu kena ingat, Raisya tu sedang mengandungkan anak kamu juga. Jangan bagi dia tertekan dengan semua benda remeh macam ni." Tengku Zafran mengangguk lemah sebelum langkahnya diteruskan. Suami apa aku ni? Isteri sendiri pun aku tak reti nak jaga dengan baik. Padahal, hari tu bukan main lagi taburkan janji manis kepada Raisya. Memang ibarat menanam tebu di bibir sahaja apa yang diungkapkan oleh Tengku Zafran tempoh hari.

Pintu bilik dikuak. Kelihatan Raisya sedang enak diulit mimpi sambil memeluk bantal. Bantal busuk lah tu. Tak padan dengan umur. Alahai...

Tengku Zafran melangkah perlahan ke arah katil. Perahan-lahan dia memanjat ke atas katil. Bantal yang dipeluk Raisya, ditarik perlahan. Dia menarik tangan Raisya supaya melingkari pinggangnya. Manakala, tangannya menyentuh lembut hidung mancung kemudian jatuh pula pada bibir mongel milik Raisya.

Raisya menggoyangkan sedikit kepalanya. Geli ada yang mengganggu wajahnya ketika sedang tidur. Tengku Zafran menahan tawa melihat Raisya. Serius lawak bagi dia.

Sempat bibir itu dipagut perlahan. Raisya yang agak terkejut, mengemaskan pelukannya di pinggang Tengku Zafran tanpa sedar. Kepalanya disandarkan pada dada bidang Tengku Zafran. Tengku Zafran juga membalas pelukan erat Raisya.

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now