Bab 65

12K 502 104
                                    

“Assalamualaikum, umi!" Ukaisya memberi salam sebaik sahaja dia dan Maya melangkah masuk ke dalam rumah Umi Rahimah. Maya pula cuma berdiri kaku di belakang Ukaisya.

“Waalaikumussalam, kamu pergi mana Sya? Kan umi dah pesan jangan keluar rumah. Sya tu belum sihat lagi. Nanti kalau jadi apa-apa pada Sya macam mana? Hesy budak ni... suka betul buat umi risau." Ukaisya mencebik apabila Umi Rahimah sudah mula berleter. Buat seketika dia terlupa keberadaan Maya yang sedang berdiri di belakangnya.

“Eh, siapa ni Sya?" Umi Rahimah mula menghampiri Maya yang sedang menunduk itu.

“Sebelum Sya bagitahu siapa dia, Sya nak umi bawa bersabar dulu." Umi Rahimah semakin hairan. Dah kenapa pula nak bawa bersabar bagai ni?

“Bagitahu aje lah siapa dia." Ukaisya teragak-agak ingin membuka cerita. Namun setelah diberi isyarat mata oleh Maya, dia terpaksa juga menceritakan siapa sebenarnya diri Maya.

“Sebenarnya dia orang yang dah tikam Sya hari tu. Tapi umi janganlah terus hukum dia. People can change right?" Maya menelan liurnya yang terasa kesat.

Umi Rahimah mencerlung memandang Maya. Rasa mahu ditampar sahaja pipi mulus Maya itu. Namun Ukaisya terlebih dahulu menenangkannya. Wajah Maya dan Ukaisya dipandang silih-berganti. Kedua-duanya mempunyai wajah yang serupa.

“Kenapa Sya bawa dia datang sini? Sya sedar tak Sya bawa pembunuh masuk ke dalam rumah kita?!" Suara Umi Rahimah sudah naik seoktaf. Setelah itu, dia beredar ke biliknya. Timbul rasa menyampah bercampur marah melihat wajah Maya. Ukaisya mengetap bibir memandang ke arah Maya. Bahu Maya diusap lembut.

“Sabar ya... Umi saya memang macam tu. Nanti lama-lama dia mesti boleh terima awak." Maya mengangguk lemah lalu tubuh Ukaisya didakap erat. Ukaisya membalas pelukan Maya tanpa ragu-ragu. Mereka rasa bahagia saling berpelukan sebegitu. Seperti ada ikatan persaudaraan yang mengalir dalam diri mereka.

                    **************

Tan Sri Mikhael berasa tidak sedap hati setelah menaiki pesawat MH 023 itu. Tiba-tiba dia teringatkan keadaan Maya. Apalah nasib anak bongsnya itu? Sudah la kehilangan ibu kandung sejak kecil, sekarang pula mengandung tanpa kerelaan. Tetapi itu semua takdir yang perlu dilalui oleh Maya.

Dia cuba berlagak tenang dengan bersandar lemah pada tempat duduk pesawat itu sambil menarif nafas dalam-dalam. Tan Sri Mikhael mula menyeluk poketnya kerana ingin mengeluarkan dompet.

Dompet itu dibuka lalu kepingan gambar yang disimpan kemas selama bertahun-tahun itu dikeluarkan. Sudah lama dia tidak tatap kepingan gambar itu.

Terdapat dua orang gadis yang berada di sampingnya dalam kepingan gambar itu. Seorang gadis sambil memeluk lengannya sedang hamil. Manakala gadis yang seorang lagi tidak hamil sambil meletakkan sebelah tangannya pada dada bidang Tan Sri Mikhael.

Terbit perasaan rindu pada kedua-dua orang gadis itu. Kerana kedua-dua orang gadis itu adalah isterinya. Tetapi malangnya, isteri pertamanya sudah lama meninggal dunia. Tetapi dia tidak mempunyai anak dengan isteri pertamanya itu. Isteri keduanya pula menghilang entah kemana setelah melahirkan sepasang bayi kembar mereka. Namun seorang ditinggalkan kepada Tan Sri Mikhael dan seorang lagi dibawa oleh isteri keduanya itu.

Baru sahaja Tan Sri Mikhael ingin menyimpan semula dompetnya ke dalam poket seluar, tiba-tiba pesawat yang dinaikinya hilang kawalan. Tan Sri Mikhael mula cemas. Apa akan berlaku kepadanya? Hanya tuhan sahaja yang tahu ketika ini. Dan akhirnya pesawat itu terhempas semasa hendak mendarat.

                    **************

Tengku Zafran mula cemas. Berkali-kali dia menepuk pipi Raisya untuk menyedarkan isterinya itu. Hampir saja dia jatuh terduduk di situ. Kedua belah kakinya langsung tidak dapat berdiri dengan tegak ketika ini.

“Maafkan kami Encik, kami perlu lakukan pembedahan kepada isteri Encik. Jadi kami minta Encik tolong keluar dulu untuk memudahkan kami menjalankan pembedahan ke atas isteri Encik." Tengku Zafran mengangguk lemah sebelum perlahan-perlahan dia berjalan menghampiri pintu keluar wad itu. Sempat dia menoleh ke arah Raisya sebelum dia keluar dari wad yang menempatkan isterinya itu.

Tabahlah sayang. Abang akan sentiasa doakan sayang.

Sebaik sahaja pintu wad itu dikuak, Tania pantas bangun dari duduk.

“Macam mana keadaan Raisya? Dia okey tak? Dia dah selamat bersalin belum? Kenapa aku tak dengar suara baby menangis pun?" Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan oleh Tania. Tengku Zafran cuma mampu menggeleng. Air mata jantannya akhirnya mengalir juga setelah dia cuba tahan sejak tadi.

“Jawablah Zaf!" Tania mendesak apabila Tengku Zafran langsung tidak menjawab pertanyaannya.

“Raisya pengsan. Keadaan dia lemah sangat tadi. Doktor terpaksa buat pembendahan ke atas Raisya. Aku tak sanggup tengok keadaan dia Nia. Aku tak kuat." Tania terduduk lemah setelah mendengar penjelasan Tengku Zafran.

“Datuk Faizal dah sampai belum?" Tengku Zafran menyoal setelah lama mereka menyepi. Masing-masing melayan perasaan sedih.

“Dah. Diaorang ada dekat surau. Aku nak pergi toilet kejap. Kau tunggulah dekat sini dulu. Kejap lagi aku datang balik." Tania segera beredar ke tandas wanita yang telah disediakan di hospital itu. Sebenarnya dia ingin menangis semahu-mahunya dalam tandas. Macam manalah kalau Fasya dengan Datuk Faizal tahu kejap lagi? Mesti diaorang lagi sedih dari aku. Moga-moga pembedahan itu berjalan dengan lancar. Sempat Tania panjatkan doa dalam hati.

Mereka semua masih menunggu khabar Raisya. Sudah hampir dua jam lebih mereka semua resah di hadapan wad itu. Manalah doktor ni? Tak reti-reti nak keluar lagi ke?

Sesekali Tengku Zafran bangun, lepas itu duduk semula. Dah macam cacing kepanasan. Datuk Faizal dan Tengku Zarif pula cuba menenangkan Fasya dari terus-terusan menangis. Kalau menangis keluar air mata darah sekalipun, perasaan resah bercampur bimbang itu tetap tak akan hilang.

“Kauorang nak kopi tak? Kalau nak, Sofian boleh tolong ambilkan." Tiba-tiba Sofian menawarkan perkhidmatannya. Manalah tahu, dapat mengurangkan sikit perasaan resah mereka itu.

Namun mereka semua menggeleng. Masing-masing tidak mahu berganjak dari menunggu di hadpaan wad bersalin itu. Apa-apa pun, mereka nak tahu keadaan Raisya terlebih dahulu. Baru mereka rasa lega nak minum kopi and apa-apa lagi lah.

Sure tak nak?" Sofian menyoal memohon kepastian. Soalannya itu membuatkan mereka semua merenung tajam ke arahnya. Tajam bak pisau belati. Ceh, over je sis ni.

“Awak ni boleh tak tengok situasi sekarang macam mana? Semua
ora..."

Kata-kata Tania terhenti tatkala suara tangisan bayi kedengaran dalam wad bersalin itu. Mereka semua saling berpandangan sebelum masing-masing mengukir senyuman bahagia.

Hampir sahaja doktor itu melompat setelah pintu wad bersalin itu dikuak olehnya. Terkejut weh. Tengku Zafran berdiri tegak mengalahkan latihan kem tentera di hadapan pintu wad bersalin itu.

“Macam mana keadaan isteri dengan anak saya? Isteri saya dah selamat lahirkan baby kitaorang kan?" Tengku Zafran berharap agar jawapan yang diberikan oleh doktor di hadapannya ini tidak membuatkannya pitam.

“Ehem. Alhamdulillah, isteri Encik selamat melahirkan bayi
perempuan setelah pembedahan dilakukan." Ujar doktor pakar sakit puan itu dengan tenang.

“Alhamdulillah..." Lafaz syukur terluah dari bibir mereka semua. Lega rasa hati. Baru sahaja masing-masing ingin melorek senyuman, tiba-tiba doktor itu kembali bersuara.

“Tapi isteri Encik..." Doktor itu berjeda seketika. Pandangannya dihalakan pada satu-persatu wajah yang berdiri di hadapannya.

“Kenapa dengan isteri saya?" Soal Tengku Zafran dengan nada cemas. Janganlah sesuatu yang buruk berlaku kepada Raisya.

“Isteri Encik..." Tengku Zafran rasa macam nak cekik saja doktor di hadapannya ini. Orang tengah serius ni dia main-main pula.

“Doktor boleh bagitahu betul-betul tak?! Jangan nak main-main!" Sekali kena sembur dengan Tengku Zafran baru tahu kecut.

“Isteri Encik selamat. Encik boleh masuk untuk iqamatkan bayi Encik." Mereka semua menghembus nafas lega termasuk Tengku Zafran. Tanpa bertangguh, laju sahaja dia masuk ke dalam wad bersalin itu untuk mengiqamatkan bayi perempuan mereka.

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now