Bab 5

21.3K 756 2
                                    

BURUNG-BURUNG berkicau merdu menjadi suara latar di waktu pagi. Di waktu pagi seperti ini, ramai yang sibuk mengejar kerjaya masing-masing. Tetapi masih ada makhluk Tuhan yang sedang lena diulit mimpi tidak sedar diri.

Kringgg!!!

"Huargh... Mengantuknya!" Jam loceng yang berdering di sebelah dimatikan. Memekak saja di waktu pagi yang hening macam ni. Terpisat-pisat matanya memandang jam loceng itu.

"What?! Dah pukul 9 pagi! OMG! Aku dah lambat!" Habis bersepah katil itu dibuatnya. Selimut dan bantal dilempar entah ke mana. Macam kena tiupan badai.

Kalau dilihat mak mertua ni, mahu kena reject awal-awal jadi menantu. Tapi kalau dah namanya Raisya, apa yang dia kisah. Lihat sajalah betapa sibuknya dia sebagai wanita bekerjaya. Celah mana datangnya masa nak cari calon suami.

Wait... Did I say something just now? Bakal suami?! No! Please, no!

Tapi okey apa kalau dapat calom suami yang handsome lagi prince charming.

Eh, taknak lah. Nak cari bakal suami yang pandai memasak, mengemas, basuh baju. Ha, yang paling penting mestilah penyayang.

Okay, Raisya. Stop.

Tualanya dicapai laju sebelum dia berfikiran lebih jauh lagi. Bilik air diserbunya untuk membersihkan diri sebelum bertolak ke pejabat.

**********

TERJENGUK-JENGUK dia memerhati ke arah bilik pejabat Raisya. Nampak kosong saja. Mana si penghuni bilik pergi? Selalu awal-awal pagi dah nampak batang hidung.

"Tania, bos dah ada dalam bilik pejabat dia ke?" Tania menggeleng. Tengku Zafran menghembus nafas lega. Bolehlah dia menikmati rasa bahagia seketika. Kalau tidak, telinga ni boleh bernanah dengar dia membebel.

"Asal awak datang lewat sangat? Kalau tahu dek bos singa kita tu, mahu bergegar syarikat ni dibuatnya." Tengku Zafran menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ingatkan boleh jugak bersenang-senang sikit, last-last kena bebel jugak.

Tiba-tiba sesusuk tubuh yang sedang mereka bualkan muncul tepat di hadapan mata. Masing-masing membuntang biji mata.

"Tania, Sofi huargh... datang tak lagi?" Mulutnya dikatup setelah berkali-kali menguap serupa naga. Terkebil-kebil Tengku Zafran dan Tania memandang ke arahnya. Punyalah takut sekiranya dimarahi kerana tertangkap ketika menganyam ketupat sambil bermesyuarat tingkap.

"Err... Belum bos. Rasanya dia masuk lewat sikit kut."

"Oh, iya ke. Tak apalah. Sambung kerja kauorang balik." Bayangannya terus hilang dari mata mereka berdua setelah itu. Mengantuk, Ya Rabbi!

"Apa kena dengan bos kita tu? Dah macam orang sewel tak tidur setahun aje gayanya." Tania menjegilkan matanya kepada Tengku Zafran. Cakap main lepas!

"Hesh, mulut! Kalau dia dengar kang, tak ke naya?"

"Biarlah dia dengar pun. Bukannya rugi apa-apa." Lantas dia beredar ke meja kerjanya. Ceh, cakap serupa jauh sangat saja meja kerja yang dimaksudkan. Padahal, cuma bersebelahan dengan meja Tania saja.

"Suka hati awaklah." Malas Tania hendak melayan Tengku Zafran di sebelahnya itu. Buat kerja lagi bagus.

Sofi tersenyum lebar sambil meletakkan beberapa buah fail dan dokumen penting ke atas meja Raisya.

'Tunggulah nasib kau kejap lagi Zafran!'

Baru sahaja dia ingin keluar dari bilik pejabat bosnya itu, tiba-tiba pintu bilik pejabat terkunci dari luar. Cuak Sofi dibuatnya. Ditariknya kuat-kuat pemegang pada pintu itu, namun tidak berjaya. Pintu bilik pejabat bos dekat syarikat ni boleh kunci dari luar dan dalam. Tapi hanya si pemilik kuncinya yang boleh kunci dari luar. Yang tak ada tu,  tak ada maknanya boleh kunci dari luar.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now