Bab 7

20.5K 703 10
                                    

SEPERTI yang dijanjikan, tengah hari itu mereka keluar makan lunch bersama. Tanpa Sofi mahupun sesiapa yang turut serta. Cuma mereka berdua.

Ada juga pandangan staf-staf di situ memandang mereka semacam. Dalam fikiran masing-masing timbul tanda tanya tentang keakraban Tengku Zafran dengan bos.

Akrablah sangat. Hari-hari bergaduh juga mereka. Ada saja perkara yang tidak kena tentang dirinya. Kalau boleh semuanya Cik Raisya ingin hasil kerja yang perfect. Langsung tidak mahu ada sebarang kesilapan.

Sopan pelayan restoran itu menghidangkan menu yang telah dipesan. Setiap hidangan sudah mampu membuatkan liur mereka kecur.

"Apa yang kau nak cakap dengan aku?" Makanan di hadapannya dibiarkan tidak berusik. Bukan apa, tadi sibuk benar Tengku Zafran memaklumkan ada perkara penting yang ingin diberitahu.

Sengih sahaja Tengku Zafran memandang Raisya.

"Kalau saya nak jadi BFF bos, boleh?" Raisya memandang hairan ke arah Tengku Zafran. BFF apa pulak ni?

"Apa hal tetiba aje kau ni?" Apa dia ingat senang-senang aje boleh jadi BFF bos.

"Boleh tak?" Soalan dibalas soalan. Sengaja dibiarkan soalan Raisya tanpa jawapan.

"For what?" Hesh, soalan lagi. Masing-masing tidak mahu beralah.

"Saja. Just wanted to be your friend." Bersahaja Tengku Zafran menjawab.

"Yes, I know. But for what?" Kali ini Tengku Zafran yang mengalah. Kalau asyik main balas soalan, sampai ke esok pun tak sudah.

"Sebab saya sayang bos sebagai kawan," ujar Tengku Zafran. Entah dari mana jawapan itu muncul, dia main rembat saja.

"Perlu ke?" Tengku Zafran mengangguk pantas.

"Perlu sangat-sangat. Takkan Sofi aje yang boleh kawan dengan bos. Tak salah rasanya kalau saya pun nak berkawan dengan bos." Raisya membuat muka menyampah.

"Bukan Tania ke kawan kau? Yang kau sibuk nak kawan dengan aku apa hal. Kau tu pekerja aku aje, tak lebih dari tu. So, tak payah nak sayang aku sebagai kawan sangat." Fuh, pedas. Lagi pedas daripada kari kepala ikan ni.

"Saya nak berkawan aje, bukannya saya ajak bos kahwin pun."

"Itu lagi tak boleh!" Bidas Raisya.

"Dah tu, boleh tak saya jadi kawan bos?" Raisya merenung tajam wajah Tengku Zafran. Memamg tak reti mengalah langsung!

Raisya terpaksa mengangguk. Malas dia ingin berdebat di tempat awam sebegini.

"Hmm... Alang-alang kita dah jadi kawan, boleh tak kita tukar panggilan saya-awak bila dekat luar?" Rasiya mengetap bibirnya. Nak marah kang, tak pasal orang ingat aku ni singa jadian. Nak taknak, terpaksa untuk setuju jugak lah.

"Fine! Tapi jangan nak lebih dari tu."

"Okey." Tengku Zafran senyum panjang dalam hati.

We will go to the next step, Cik Raisya.

"Bos pergi mana tadi? Saya cari bos merata tempat tahu. Tapi tak jumpa pun."

"Saya pergi lunch dengan Zafran tadi. Sorry tau sebab tak dapat lunch dengan Sofi." Sofi cuba menahan marahnya.

"Tak apa lah. Saya tak kisah pun. Lagipun saya dah makan." Sofi berusaha menyembunyikan rasa. Tidak mahu amarah cemburunya dapat dihidu oleh Raisya.

"Oh iya ke. Kalau macam tu, saya masuk dulu. Nanti ada apa-apa hal, beritahu."

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now