Bab 10

20.5K 704 10
                                    

BUNYI bising datang dari arah bilik Raisya, mematikan niatnya untuk melelapkan mata setelah mengambil angin di pesisiran pantai. Boleh tahan juga hotel yang mereka diami itu. Bukan sekadar swimming pool yang disediakan, tetapi pantai juga turut terbentang luas buat para pengunjung yang hadir.

Apa lah yang perempuan tu buat malam-malam buta macam ni."

Bimbang juga dia dengan Raisya. Sudahla gadis itu tidur berseorang diri. Eh, kejap. Kenapa pulak aku nak kena risau pasal dia ni?

Tengku Zafran mengambil langkah keluar dari bilik. Ingin memantau keadaan di bilik Raisya yang cuma terletak bersebelahan dengannya.

Tak ada apa-apa pulak yang berlaku. Tapi bisingnya bukan main lagi tadi." Namun tatkala dia ingin kembali ke bilik, telinganya menangkap bunyi bising itu lagi.

Perlahan-lahan dia merapatkan telinganya ke muka pintu bilik Raisya, untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Apa yang kau tak puas hati lagi dengan aku hah, orang tua?! Dasar orang tua tak sedar diri!" Tempelak Raisya tepat pada muka Tan Sri Mikhael. Kaget Bobby dengan Lan akan tindakan Raisya yang berani menengking Tan Sri Mikhael. Gila berani minah ni.

Pang!

Mulut kau jangan nak kurang ajar sangat! Tak padan dengan kena ikat, ada hati lagi nak melawan aku. Malam ni kau kena turut apa yang aku nak." Tan Sri Mikhael mendekati tubuh Raisya yang bersandar lemah pada katil dengan keadaan tangan dan kakinya telah diikat.

Tatkala tubuhnya ditindih oleh Tan Sri Mikhael, kakinya bertindak pantas dengan menendang tepat ke bahagian bawah lelaki tua tak sedari diri itu. Mengerang dia kesakitan sehingga jatuh terduduk.

Aduh... Tak guna punya perempuan! Kau melawan sangat kan." Tangannya dihulurkan kepada Lan. Pisau rambo miliknya diserahkan kepada Tan Sri Mikhael. Membulat mata Raisya apabila pisau rambo itu mula menyentuh kulit lehernya yang putih jinjang. Raisya menggigit bibir kerana takut yang amat.

Sakit?" Pisau rambo itu ditoreh sedikit pada leher Raisya yang terdedah itu. Shawl milik Raisya habis dicampaknya buang tadi.

Sakit!! Tolong lah jangan buat aku macam ni! Apa salah aku dekat kau?!" Meronta-ronta Raisya dalam usaha untuk melepaskan diri.

Tengku Zafran yang berada di luar muka pintu mula menahan geram. Pintu bilik itu ditendang sekuat tenanganya. Raisya harus diselamatkan walau apa pun caranya!

Woi!" Tersentak Tan Sri Mikhael serta dua orang upahannya apabila Tengku Zafran menghampiri mereka. Tegang seluruh wajah Tengku Zafran menampakkan urat hijaunya yang mula menimbul.

Oh, jadi ni lah hero kau?" Sinis soalan yang diutarakan oleh Tan Sri Mikhael. Semakin galak pula dia bermain-main dengan pisau di tangan.

Kau keluar sekarang!" Kasar Tengku Zafran menghambur. Sakit hatinya melihat Raisya dalam keadaan sedemikian.

Tak perlu suruh pun aku akan keluar lah. Tapi jangan harap nyawa kekasih hati kau ni akan selamat." Amaran Tan Sri Mikhael itu membuatkan Raisya bertambah takut. Seraya itu, Tan Sri Mikhael dan orang upahannya beredar dari bilik hotel yang didiami Raisya. Mungkin kali ini rancangan mereka tidak membuahkan hasil, tetapi lain kali... Raisya tidak akan diberi peluang!

Ikatan tali yang membataskan pergerakan Raisya itu dirungkainya. Redup mata itu memandang tepat sepasang mata milik Raisya.

Semenjak kejadian semalam, Raisya seharian tidak mahu keluar bilik. Kerja yang sepatutnya diselesaikan dengan cepat, sudah menjadi tergendala. Dia sendiri tidak tahu bagaimana lagi untuk memujuk Raisya dengan cara baik.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now