Special Part Raya II

11.4K 419 45
                                    

Raisya sudah boleh pulang dari hospital pada hari raya keempat. Memandangkan Raisya masih dalam keadaan berpantang, mereka satu keluarga mengambil keputusan untuk berkumpul beramai-ramai di  vila milik Raisya dan Tengku Zafran.

Tengku Zafran menolak Raisya menggunakan kerusi roda menuju ke luar halaman rumah. Semua saudara mereka yang terdekat berkumpul di halaman rumah pada malam itu. Tengku Zafran dan Raisya mengambil tempat di gazebo sambil memerhatikan keletah mereka semua bermain bunga api.

“Imani! Tu ada lipas!" Aiman menudingkan jari telunjuknya ke arah seekor lipas yang sedang merayap pada kaki Imani. Sudahla mereka sedang bermain bunga api ketika itu.

“Lipas?! Mana?!" Terlompat-lompat dah Imani masa tu. Bunga api pun telah dilempar entah kemana.

“Tu, dekat kaki awak!" Membuntang mata Imani tatkala mendapati ada seekor lipas merayap pada kakinya. Tidak membuang masa, terus sahaja dia lompat ke atas Aiman. Mereka berdua berpelukan tanpa sengaja.

“I.. Imani." Sedar keadaan mereka agak awkward pada masa itu, Imani segera berlari masuk ke dalam rumah. Malu!

“Eh awak. Tunggulah saya!" Aiman turut berlari masuk ke dalam rumah. Tak jadi dah nak main bunga api. Raisya dan Tengku Zafran hanya mampu menggeleng melihat mereka dari jauh.

“Imani, kenapa awak tinggal saya?" Termengah-mengah Aiman mengejar langkah Imani.

“Eeeii awak jangan kacau saya. Pergilah main bunga api sorang-sorang." Imani bersandar pada pintu biliknya sambil berpeluk tubuh. Aiman dibiarkan di luar biliknya.

“Alah awak ni... tak bestlah saya main sorang-sorang. Saya nak main dengan awak. Awak bukalah pintu ni. Saya ada something nak bagi dekat awak." Aiman menekapkan telinganya pada pintu bilik Imani. Sejurus itu juga Imani membuka pintu biliknya.

“Aduh..." Masing-masing mengusap dahi akibat terhantuk.

“Awak ni... kalau nak buka pintu tu cuba bagitahu dulu. Ni tak... main buka aje." Imani menarik muka masam mengalahkan asam keping apabila Aiman cakap macam tu.

“Tak nak masuk tak apa. Saya tutup pintu balik. Okey bye." Baru sahaja Imani acah-acah merajuk nak tutup pintu, Aiman segera menghalang.

“Eh awak. Janganlah tutup lagi. Kita main tulis kad raya jom? Saya ada dua kad raya. Awak tulis untuk saya, saya tulis untuk awak."

“Mana kad raya tu?" Imani sudah berhenti menggosok dahinya. Tangannya dihulur pada Aiman.

Tanpa sebarang bicara, Aiman melangkah masuk ke dalam bilik Imani. Dua keping kad raya itu diletakkan ke atas meja belajar Imani.

“Pinjam pensel." Imani menghulurkan sebatang penselnya kepada Aiman tanpa banyak soal.

“Awak pun tulislah dekat kad tu. Takkan saya aje yang tulis kad untuk awak." Imani melirikkan pandangannya pada kad raya yang masih kosong itu.

“Saya pun kena tulis juga ke?" Aiman menepuk dahinya.

“Mestilah. Kalau tak, apa guna saya bawa dua kad raya." Imani dengan wajah blurnya sekarang ini memang tak boleh dipisahkan.

“Okey." Setelah itu, mereka berdua mula mencoretkan sesuatu pada kad raya itu. Masing-masing tersenyum sendiri.

                     ********

“Sodaqallahulazim." Buku yasin di tangan itu ditutup sebelum dibawa ke bibir. Kubur yang masih merah tanahnya itu ditatap dengan perasaan sayu. Rumput-rumput halus yang bertumbuh subur pada permukaan tanah itu turut dibersihkan.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now