Bab 75

12.3K 390 17
                                    

Adam bersandar lemah pada dinding manakala mereka semua masing-masing cemas menunggu doktor keluar dari bilik wad yang menempatkan Maya itu. Sudah hampir tiga jam mereka menunggu, namun kelibat doktor langsung tidak keluar dari wad itu.

"Papa... kenapa dengan mama?" Suara Aiman bertukar serak sedikit kerana dia sedang cuba menahan tangis.

Adam geleng. "Papa tak tahu sayang. Cuba Aiman tanya nenek ataupun ibu." Ukaisya diam membisu. Dia tahu Adam ingin mengorek rahsia tentang kesihatan Maya darinya. Sama seperti Umi Rahimah dan yang lain. Mungkin kerana Ukaisya merupakan kembar seiras Maya, jadi mereka fikir Ukaisya juga merasakan yang sama sepertimana yang dirasakan Maya.

"Ibu, kenapa dengan mama?" Kali ini Ukaisya sudah tidak senang duduk. Dia tidak akan bagitahu perkara sebenar selagi belum mendapat keizinan dari Maya. Itu amanah yang diberikan Maya kepadanya.

Raisya juga kelihatan seperti menanti jawapan yang sama dari Ukaisya.

Ukaisya mengeluh perlahan. Kalau dah keadaan seperti terlalu mendesak dia supaya buka mulut, terpaksalah juga dia menceritakan kepada mereka semua.

"Okeylah. Sya akan bagitahu kauorang. Tapi kauorang jangan pula terkejut. Sebenarnya..."

Klak!

Seorang doktor lelaki menghampiri mereka semua. Pandangannya diarahkan pada Ukaisya yang sedang berdiri menghadapnya.

"Saya perlu berbincang dengan keluarga pesakit untuk melakukan pembedahan dengan secepat mungkin." Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Tidak faham apa yang dikatakan oleh doktor itu. Pembedahan untuk apa?

"Kami berdua keluarga pesakit." Ukaisya menggenggam erat tangan Umi Rahimah.

"Saya suami pesakit." Doktor itu memandang Ukaisya dan Adam silih berganti.

"Biar aku dengan umi pergi berbincang dengan doktor dulu. Nanti kau akan tahu juga apa yang dah berlaku dekat Maya. Aku harap kau boleh terima." Adam akur. Dia melabuhkan semula punggung ke atas kerusi di ruangan menunggu itu, sambil matanya menghantar pergi susuk tubuh Umi Rahimah dan Ukaisya ke bilik doktor.

Raisya mengetap bibir. Dalam hatinya, tertanya-tanya tentang pembedahan yang perlu dilakukan kepada Maya. Sakitkah Maya?

Tengku Zafran simpati melihat Raisya. Tangan mulus Raisya digenggam. Kepala Raisya diletakkan pada bahunya. Bahunya yang sentiasa menjadi tempat Raisya melepaskan esakan.

Imani pandang sayu melihat Aiman. Dia tahu sahabatnya itu sedang bersedih. Dia mengambil tempat bersebelahan Aiman. Bahu Aiman ditepuk perlahan.

"Kenapa?" Sedikit tersentak kerana bahunya tiba-tiba ditepuk seseorang.

"Menangis aje lah. Budak lelaki pun boleh menangislah." Imani menarik senyum segaris. Tidak semena-mena tubuh Imani dirangkul. Walaupun tidak kedengaran suara tangisan dari Aiman, namun dia tahu sahabatnya itu sedang menangis dalam diam. Kerana dia dapat merasakan bahunya agak basah. Belakang Aiman ditepuk-tepuk perlahan. Persis sedang memujuk anak kecil.

*********

"Puan Maya perlu menjalani pembedahan dengan segera.Jika tidak, peluang dia nak hidup sangat tipis. Jadi, kami harap Cik dan Puan dapat beri kerjasama." Umi Rahimah cuma menunduk sahaja setelah dia diberitahu tentang penyakit yang dihidapi Maya. Sedih mengenangkan nasib yang menimpa Maya. Namun apakan daya, itu semua dugaan dari-Nya.

"Baiklah. Kami setuju doktor lakukan pembedahan kepada kembar saya." Akhirnya Ukaisya membuat keputusan. Mereka perlu cepat beri kata putus kerana nyawa Maya sudah berada di hujung tanduk.

"Dok... Doktor tolong selamatkan nyawa anak saya." Akhirnya Umi Rahimah mendongakkan kepala setelah lama dia menunduk. Dia sudah meletakkan kepercayaan ke atas doktor di hadapannya.

Isteriku Cik Bos [Republish]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz