Bab 72

12.2K 426 19
                                    

Genap sudah usia Imani menjangkau lima tahun. Hari yang paling ditakuti oleh Imani adalah apabila dia sudah berusia lima tahun. Mana taknya, dia perlu berpisah dengan mama dan papanya. Berpisah sebab apa? Sebab dia dah mula masuk tadika.

“Mama... papa. Tak boleh ke kita balik aje. Imani takutlah. Macam mana kalau cikgu marah tak pun dia pukul Imani? Mama dengan papa tak risau ke anak kesayangan mama dengan papa yang comel ni jadi mangsa penderaan?" Tengku Imani bersuara sayu. Kononnya sedih la tu.

No Imani. Hari tu Imani cakap nak jadi pandai sebab nak jadi doktor kan? Kalau nak pandai, Imani kenalah belajar. Kalau tak, macam mana nak pandai. Lagipun cikgu takkanlah nak buat macam tu dekat sayang mama ni. Tapi, kalau ada orang buli Imani, bagitahu aje mama. Tahulah mama nak tarbiah budak tu. Okey sayang. Dah, tak mahu takut."

Tengku Imani menarik muncung sedepa di tempat duduk penumpang belakang. Suara sedih tak jadi! Dah tak laku agaknya suara comel aku ni. Huhu...

“Mama ni... Emm, papa..." Tengku Imani memanggil papanya meleret . Ni tak lain tak bukan, mesti nak minta tolong papa dia lah tu.

“Betullah apa mama cakap tu. Imani kan nak jadi pandai. Mestilah kena belajar. Baru boleh jadi pandai. Papa jamin Imani akan suka dengan tadika baru Imani. Nanti bila dah ramai kawan mesti Imani dah tak takut nak pergi tadika. Rasa takut tu akan bertukar jadi seronok."

Tengku Imani mengembungkan pipinya lalu tangannya disilang ke dada. Usaha pujuk mama dengan papa gagal!

Tengku Zafran menahan tawa melihat telatah Tengku Imani yang duduk di tempat duduk penumpang belakang. Nasib baiklah dia tengah memandu. Kalau tak, dah lama pipi Tengku Imani kena cium-cium.

“Ya lah-ya lah. Ni semua sebab Imani nak jadi doktor tau." Raisya dan Tengku Zafran saling berpandangan sebelum mereka tertawa sesama sendiri.

Kuat merajuk macam mama dia.

“Aiman belajar rajin-rajin tahu. Taknak nakal-nakal." Maya mengucup kedua belah pipi Aiman.

“Okey mama. Mama, papa. Nak salam." Aiman tunduk mengucup tangan kedua orang tuanya sebelum dia melambaikan tangannya kepada mereka.

Bye Aiman. Balik nanti papa ambil Aiman." Adam dan Maya turut membalas lambaian Aiman.

“Kenapa pula awak nak ambilkan? Biarlah saya yang ambil dia." Maya menayang riak tidak puas hati. Adam simpan senyum sebelum dia membalas.

“Lupa lah tu. Tengah hari nanti kan awak nak pergi melawat rumah anak-anak yatim. Biarlah saya yang ambilkan Aiman. Alang-alang tu boleh kita pergi ambil baju nikah kita. Tak begitu sayang?" Maya mencebik bibir. Mereka baru sahaja bertunang dua minggu yang lalu. Kini, mereka bakal mendirikan rumah tangga walaupun pada mulanya, mereka mendapat tentangan habis-habisan daripada Umi Rahimah. Namun, setelah mendapat bantuan dari Ukaisya dengan memujuk Umi Rahmah, akhirnya hubungan mereka direstui juga.

“Apa sayang-sayang? Kita belum jadi suami-isteri lagi nak bersayang-sayang." Maya menjeling ke arah Adam. Jeling manja gitu. Ya Allah... gediknya kau.

“Mama! Papa! Tak nak balik lagi ke?" Aiman menjengulkan kepalanya di tingkap. Boleh pula mama dengan papa dia buat drama tak berbayar dekat tadika.

Maya menjegilkan matanya kepada Aiman. Terkekek-kekek Aiman mentertawakan Maya.

“Nak pergi balik lah ni." Maya segera masuk ke dalam perut kereta mewahnya. Kereta peninggalan arwah Tan Sri Mikhael kepadanya. Semua harta yang dimiliki oleh arwah Tan Sri Mikhael telah diwasiatkan ke atasnya. Sungguhpun begitu, dia lebih memilih untuk mengeluarkan wang itu ke jalan yang benar. Dia cuma menganbil sebahagian sahaja harta peninggalan arwah untuk menyara keluarga kecilnya.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now