Bab 45

13.4K 416 14
                                    

Fasya menongkat dagu sambil memerhatikan kepingan gambar Maya dan Raisya sewaktu kecil.

"Kalau betul akak Raisya rapat dengan perempuan tu dari kecil, kenapa perempuan tu sanggup nak rampas abang Zaf dari akak Raisya? Mesti ada apa-apa yang aku tak tahu ni." Tengku Zarif hairan melihat Fasya bercakap sendirian. Dah la cakap sorang-sorang sambil tengok gambar pula tu. Kalau orang lain nampak, kan tak fasal-fasal aje kena cop gila.

"Ha! Buat apa tu my honeydew?" Sergah Tengku Zarif dari belakang.

'Kus semangat! Rasa nak luruh aje jantung aje jantung ni.' Omel Fasya dalam hati.

"Awak nak saya mati sakit jantung ke apa?" Faysa menyoal geram.

"Amboi.... marah ke?" Bahu Fasya dicuit sedikit.

"Tak lah, tengah seronok ni. Rasa macam nak buat party aje." Pedasnya sindiran.

"Nak buat party? Jom kita buat party dalam bilik." Fasya membuat muka toya. Adik dengan abang sama saja miang. Memang sekepala betul.

"Boleh tak jangan kacau. Saya tengah nak fikir sesuatu ni." Fasya kembali merenung kepingan gambar yang terletak elok atas meja itu.

"Awak nak fikir fasal apa? Tu kan gambar akak Raisya, tanya aje lah akak Raisya esok. Tak perlu nak serabut fikir macam-macam." Tengku Zarif memberi cadangan. Dan, Fasya mengangguk kerana cadangan yang diutarakan agak bernas.

"Betul juga kan? Apa lah saya ni." Fasya senyum nipis memandang Tengku Zarif.

*****************

Raisya asyik menelek buku resipi yang bersepah pada meja makan itu. Nak masak hidangan apa pun tak tahu untuk makan malam.

Sehelai demi sehelai helaian itu diselak. Semuanya dia kurang mahir. Macam mana nak masak kalau macam ni? Lepas ni kena minta mak mertua lah tolong ajarkan.

"Sayang." Raisya tercekik air liur apabila namanya diseru oleh Tengku Zafran. Ingatkan tengah sibuk layan handphone dekat atas, sebab tu lah Raisya berani masuk dapur untuk masak.

"Kenapa sayang nak masak? Sayang tu tengah mengandung. Jangan lah buat kerja lebih sangat." Tengku Zafran mengambil buku resipi yang digenggam oleh Raisya.

"Alah, sayang nak masak biasa-biasa aje. Lagipun, sekarang baru pukul 8 malam, tak salah kan kalau sayang nak memasak?" Raisya menyilangkan kedua belah tangannya.

"Sayang ni degil betul lah. Okey, abang izinkan sayang memasak malam ni. Tapi dengan satu syarat." Raisya mencemik. Main syarat-syarat pula. Ni yang tak suka.

"Syarat apa?"

"Kita masak sama-sama. Okey sayang?" Raisya menahan tawanya. Simple punya syarat lah cek abang.

"Tu aje syaratnya? Ingat syarat apa lah tadi. Tapi bagus juga abang tak letak syarat yang merapu." Raisya tersenyum lega.

"Apa? Sayang nak abang letak syarat yang merapu? Abang okey aje." Hah, sudah... menyesal pula cakap macam tu tadi.

"Tak nak lah. Jom lah masak cepat. Kalau makan lewat malam sangat nanti tak elok. Boleh jadi gemuk. Sayang tak nak lah gemuk sebelum beranak." Tengku Zafran mengetip hidung mancung Raisya.

"Bagus lah sayang gemuk. Boleh abang buat bantal busuk.
Hehe..."

"Eeii... jahatlah!" Bahu Tengku Zafran ditampar manja sebelum mereka memulakan sesi memasak pada malam itu. Masak biasa-biasa aje.

Ting Tong!

Tengku Amalina menjengulkan wajahnya dari tingkap di bilik tingkat atas. Bibirnya serta-merta menguntum senyum tatkala sepasang matanya terpandang susuk Tengku Zafran dan Raisya. Segera dia menapak ke tingkat bawah.

"Bagus lah kauorang datang hari ni. Tak ada lah bonda sunyi duduk rumah sorang-sorang." Tengku Amalina sempat berbual kecil sebelum mengajak berdua masuk ke dalam vilanya.

"Ayahanda tak ada dekat rumah ke bonda?" Tengku Zafran menyoal sebaik sahaja mereka bertiga mendaratkan punggung ke atas sofa.

"Ayahanda outstation. Dia tak bagitahu Zaf ke?" Tengku Zafran cuma geleng.

"Oh... Tak apa lah, dia lupa lah tu. Malam ni kauorang tidur sini boleh?" Raisya memandang Tengku Zafran seperti bersetuju.

"Okey aje bonda. Malam ni nak tidur dengan bonda lah." Raisya mendakap lengan Tengku Amalina seraya melentokkan kepalanya pada bahu Tengku Amalina.

"Mana boleh. Sayang kena tidur dengan abang."

" Tak nak. Abang nakal sangat." Erk... tersilap cakap depan mak mertua kesayangan lah pula.

"Hish kauorang ni. Nak bersweet depan bonda pula. Pergi masuk bilik lah kalau nak bersweet. Shuh, shuh." Amboi, menghalau. Raisya mencebik bibir.

"Alah sayang ni. Jom lah naik atas dulu. Mandi. Apa lah, busuk-busuk balik dari pejabat pergi peluk bonda." Raisya menayang sengih apabila Tengku Amalina buat muka garang.

Dia dan Tengku Zafran beredar ke bilik. Nak berehat dulu. Penat woo~

*******************

Setelah pulang dari kerja, Maya menuju ke sebuah pangsapuri yang terletak agak jauh dari syarikat Raisya. Keretanya diletakkan pada tempat letak kereta yang disediakan. Sekali pandang, langsung tak nampak macam tempat letak kereta. Macam hutan ada lah.

Maya bersandar lemah pada kereta mewahnya. Keluhan berat dilepaskan. Pandangannya diliarkan pada sekitar kawasan tempat letak kereta yang berada pada pangsapuri lama itu. Walaupun pangsapuri itu kelihatan agak menyeramkan, namun dia tidak kisah. Asalkan dia dapat melepaskan bebannya.

"Betul ke dia nak report polis? Memanglah daddy boleh ikat jamin aku. Tapi, mesti aku akan dicop banduan juga nanti. Eeii... serabut lah!"

Tiba-tiba sebuah kereta hon dari belakang. Mungkin Maya menghalang laluannya untuk meletak kereta. Maya buat tak dengar sahaja hon yang dibunyikan. Dasar selfish betul. Lelaki itu keluar dari kereta kerana Maya langsung tidak beralih dari menghalang laluannya.

"Hoi perempuan! Kau pekak ke?! Dah la ceroboh masuk tapak projek aku!" Lelaki itu menjerkah Maya yang berdiri membelakanginya. Sopan gila bahasa mamat ni.

Maya dengan wajah kusut, pantas menoleh ke arah lelaki itu. Serta-merta matanya terbuntang luas. Macam mana dia boleh jumpa aku?! Maya meraba-raba kunci kereta yang terlepas dari genggamanya kerena terlalu terkejut. Lelaki di hadapannya segera menghentikan perbuatan Maya dari terus mengambil kunci keretanya yang jatuh ke atas lantai. Tubuh Maya ditarik masuk ke dalam keretanya.

"Tolong!" Maya menjerit meminta pertolongan. Namun tiada sesiapa yang mendengar. Kerana kawasan tempat letak kereta yang berada di pangsapuri lama itu terlalu sunyi.

Bobby dan Lan sampai terelelap menunggu kelibat Maya keluar dari apartment yang didiami dengan Tania.

"Weh Bobby, aku rasa dia dah tak tinggal dekat apartment ni lah. Selalunya dia balik dengan perempuan tu. Hari ni perempuan tu balik sorang aje aku tengok. Kita balik aje lah." Lan menjuihkan bibirnya ke arah Maya yang sedang berjalan masuk ke dalam bangunan apartment itu.

"Mana lah aku tahu. Kita tunggu aje lah sampai dia balik. Mungkin dia dah tak balik dengan perempuan tu." Bobby merenung tajam ke arah Lan. Selalunya Lan ni tak mudah berputus asa.

"Kau nak kita tunggu sampai malam ke dekat sini?" Suara Lan sudah bertukar keras.

"Mungkin. Selagi kita belun jumpa dia."

"Kan dah jadi masalah nak kena cari dia. Kau punya fasal lah ni." Lan tidak sudah-sudah mengungkit semula kecuaian Bobby tempoh hari.

"Boleh tak kau stop dari terus salahkan aku. Kau tu bagus sangat ke?" Terdiam Lan tatkala Bobby berani melawannya. Selama ini, Bobby hanya diam sahaja apa yang dia cakap.

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now