Bab 64

11.6K 425 46
                                    

Ukaisya tetap keluar juga pergi menghirup udara segar di luar, walaupun telah berkali-kali dilarang oleh Umi Rahimah.

"Haih... boring betul duduk dekat rumah. Apa lah umi ni, orang nak keluar pun tak bagi." Ukaisya mengomel sendiri. Tahulah dia tak berapa nak sembuh lagi, tapi janganlah sampai tak benarkan dia keluar.

Ukaisya memberhentikan keretanya di tepi jalan tatkala terpandangkan sesusuk tubuh sedang berdiri di tepi gaung. Memang sengaja dia memandu di sekitar kawasan yang agak sempit itu. Sudah lama rasanya dia tidak datang ke sini.

"Cik? Kenapa cik berdiri dekat sini? Cik tak takut jatuh ke?" Ukaisya cuba menyapa gadis itu setelah dia keluar dari perut kereta.

Gadis itu cuma membiarkan soalan Ukaisya berlalu sepi. Semakin lama semakin dekat dia berjalan ke arah gaung itu. Hanya dua langkah sahaja, mungkin nyawanya akan melayang.

"Astaghfirullahalazim! Cik! Berhenti!" Ukaisya pantas menarik lengan gadis itu dari terus melangkah. Sudah tentu gadis itu berniat ingin membunuh diri.

"Cik sedar tak apa yang cik buat ni?! Ingat Allah cik! Takkan cik nak sia-siakan hidup dengan bunuh diri! Banyak lagi cara untuk hilangkan tekanan. Tapi bukan dengan cara membunuh diri!" Ukaisya cuba menyedarkan gadis itu.

Gadis itu cuma mengeluh tanpa menoleh ke arah Ukaisya. Dia merasakan hidupnya seperti sia-sia sahaja.

Gadis itu menoleh apabila merasakan belakangn badanya diusap. Buat seketika dia terpempan. Dia lagi! Ya, dia yang semirip dengan wajahnya.

"Awak?!" Soal mereka berdua serentak. Ada chemistry di situ.

"Siapa awak ni sebenarnya? Kenapa wajah awak semirip dengan saya?" Gadis itu atau sebenarnya Maya menyoal.

"Saya Ukaisya. Amira Ukaisya. Awak ni yang hampir-hampir bunuh perempuan yang mengandung tu kan? Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Maya tertunduk apabila teringat semula kejadian di mana dia hampir membunuh Raisya dan gadis yang semirip dengannya ini.

"Ya. Memang saya. Saya rasa hidup saya dah tak berguna. Dah la saya mengandung anak luar nikah. Saya sendiri rasa jijik dengan diri saya sekarang ni. Lebih baik saya mati dengan anak saya." Ukaisya menggeleng mendengar penjelasan Maya. Cetek sungguh pemikiran.

"Jom pergi rumah saya." Kasihan pula dia melihat Maya. Lama wajah Ukaisya ditatap. Senyuman nipis mula terukir di bibirnya.

"Awak tak kisah?" Ukaisya menggeleng. Bahu Maya dipaut sebelum mereka menuju ke rumah Ukaisya dengan menaiki kereta masing-masing.

*****************

Adam menghela nafas dengan kasar. Maya sudah tinggalkan dia! Apa lagi yang dia boleh buat sekarang? Menyesal? Dah tak berguna semua tu. Sepatutnya dia halang Maya tadi. Tapi kenapa dia seolah-olah rela membiarkan Maya meninggalkannya tadi?

Tetapi dia berasa lega setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Maya tempoh hari. Dia dapat merasakan perubahan yang positif dalam diri gadis pujaanya itu.

Kau percaya pada jodoh dan takdir kan?

Kalau macam tu, maybe takdir akan menyatukan kita jika kita berjodoh. Don't worry about that.

Adam tersenyum sendirian tatkala terkenangkan semula apa yang Maya katakan padanya. Maya sudah matang. Maya yang dahulu, mana pernah bahaskan soal jodoh dan takdir. Tetapi Maya yang dia kenal kini sudah bijak membahas soal jodoh dan takdir. Timbul rasa bangga dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Maya.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now