Bab 43

13.5K 444 9
                                    

"Daddy boleh tolong Maya?" Maya mencuba nasib. Plan nak gugurkan kandungan tak jadi, mana nak tahu, Tan Sri Mikhael dapat membantu menjayakan rancangannya. Rancangan untuk membuat hubungan Raisya dan Tengku Zafran renggang. Kalau nak lebih ekstrem lagi, meruntuhkan masjid yang diaorang bina. Senang kerja. Maya gelak jahat dalam hati.

"Mesti lah daddy boleh tolong. Cakap aje apa yang Maya nak daddy tolong." Tan Sri Mikhael sudah melepaskan ikatan pada tangan dan kaki Maya. Dia bertekad ingin hidup bersama anaknya. Walaupun Amira Ukaisya masih belum diketemui, namun dia bersyukur kerana sudah berjumpa dengan Maya Kayla, puteri bongsunya.

"Daddy still remember Raisya Amyra, my ex bestie and the CEO of Global International Holdings?" Tan Sri Mikhael tersentak tatkala nama Raisya meniti di bibir Maya.
Mana mungkin dia tidak kenal Raisya.

"Of course I still remember about her. And for your information, daddy selalu mengucar-kacirkan hidup dia."

"Seriously daddy? So, daddy mesti boleh tolong Maya pisahkan dia dengan suami dia." Sekali lagi Tan Sri Mikhael tersentak.

"Boleh. Tapi..." Tan Sri Mikhael seperti serba salah. Dia sudah berjanji dengan Datuk Faizal untuk tidak mengganggu hidup Raisya lagi setelah dia berjumpa semula dengan Maya.

"Alah, boleh la daddy. Kalau daddy sayangkan Maya, daddy mesti tolong Maya pisahkan diaorang." Tan Sri Mikhael tidak menjawab sebaliknya dia menoleh ke arah Bobby dan Lan yang sedang memerhatikan mereka dua beranak sejak tadi.

"Boleh kan daddy?"

Perlahan-lahan Tan Sri Mikhael mengangguk. Dan, Maya senyum riang kerana dia berjaya memujuk Tan Sri Mikhael untuk membantunya.

Tan Sri Mikhael bermundar-mandir memikirkan permintaan Maya. Tak ada lah susah sangat permintaan tu. Cuma, dia tak nak jadi orang munafik yang mungkir janji. Masakan dia nak lupa perjanjian dengan Datuk Faizal macam tu aje. Heh, dalam jahat-jahat dia pun, ada baik juga ya?

"Maya nak daddy tolong Maya hancurkan rumah tangga diaorang." Lama Tan Sri Mikhael diam sebelum bersuara.

"Boleh tak daddy?" Geram kerana tiada respons yang diharapkan.

"Emm... tengok lah macam mana nanti." Maya menarik muka empat belas. Susah sangat ke permintaan aku ni?!

"Daddy memang tak sayang Maya. Daddy dah lupa ke, disebabkan Myra, Maya hampir-hampir terbakar dulu?" Maya cuba membangkitkan semula kisah lama. Tak habis-habis dengan dendam kesumat dia tu.

"Ya, daddy masih ingat lagi semua tu. Tapi daddy tak janji nak tunaikan permintaan Maya." Maya memandang Tan Sri Mikhael dengan pandangan mencerlung.

"I hate you daddy!" Maya mengelak-hentak kakinya seraya beredar dari bilik Tan Sri Mikhael.

"Maafkan daddy." Tan Sri Mikhael mengeluh perlahan.

Krekk...

Terhinjut bahu Tan Sri Mikhael tatkala bunyi geseran pintu bergema.

"Tan Sri." Panggil Lan.

"Ada apa?" Tan Sri Mikhael menjongketkan kedua belah keningnya.

"Cik Maya dah lari."

"Hah?!"

            **************

Raisya dan Tengku Zafran menuju ke pusat bersenam khas buat ibu-ibu mengandung pada hujung minggu itu. Ni semua atas arahan Encik Suami tersayang. Kalau nak diikutkan, Raisya dah tak nak jejak kaki dekat pusat bersenam tu. Sebab apa? Sebab dia tak suka bersenam lah. Okey, tak lawak.

Setelah tamat sesi bersenam, mereka menuju ke restoran yang berdekatan.

Selera Raisya memang besar semenjak dia berbadan dua. Mengalahkan Tengku Zafran. Nasib lah badan dia jenis tak cepat naik berat badan.

"Sayang... Kenapa abang rasa sandwich ni macam tak berapa sedap aje?" Tengku Zafran meletakkan semula sepotong sandwich itu ke dalam pinggannya semula.

Raisya menghentikan suapannya lalu merenung Tengku Zafran dengan pandangan hairan. Raisya pelahap sampai nak habis dah empat potong sandwich tu. Tengku Zafran boleh cakap kurang sedap. Haih, lidah cap apa ni?

"Biar betul abang ni? Sayang mkn sampai dah nak habis empat potong sandwich ni tahu." Tengku Zafran mencebik. Dah tak berselera, nak buat macam mana? Masakan nak paksa telan juga kut.

"Apa cebik-cebik? Mengutuk sayang dalam hati lah tu. Meh sayang suap." Raisya menyuakan sepotong sandwich ke mulut Tungku Zafran. Dia apa lagi, seronok lah isteri suap. Mengada betul lah. Ketuk kepala kang.

"Emm... sayang suap terus rasa dia bertukar jadi sedap." Raisya hanya menggeleng melihat suaminya. Manja bukan main.

"Ada-ada aje kan abang ni. Sayang cubit nanti baru tahu."

"Alah, salah ke nak manja dengan isteri abang ni?"

"Tak salah pun. Cepat buka mulut tu." Mereka berdua saling bersuapan. Para pelanggan di situ ada yang  tersenyum memandang mereka, ada juga yang memandang jengkel ke arah mereka.

Tengku Zafran senyum senget melihat Raisya yang sedang termenung. Televisyen terbuka, tapi orangnya duduk termenung.

Tengku Zafran melangkah perlahan-lahan mendekati Raisya yang duduk di sofa.

Raisya yang sedar akan bunyi derapan kaki yang menghampirinya, segera menoleh ke belakang. Dengan masker warna putih di wajah serta dua potong timun diletakkan pada kedua belah mata, membuatkan Tengku Zafran terkejut tahap babun dan melatah tak ingat dunia. Babun pun tak terkejut macam dia.

"Oh mak kau hijau hantu opera cina!" Melompat Tengku Zafran ke belakang. Raisya bantai gelak macam orang hilang pedoman melihat Tengku Zafran. Nak terkejutkan orang konon, last-last dia yang terkejut. Padan muka.

              *************

"Papa buat apa tu?" Fasya menghampiri Datuk Faizal yang sedang asyik merenung album di tangan.

"Saja papa tengok gambar-gambar kita sekeluarga. Oh, ni gambar kawan kak Raisya masa kecil dulu." Datuk Faizal menunjukkan kepingan gambar Maya yang tersemat dalam album itu.

Memandangkan Maya sangat rapat dengan mereka. jadi mereka sudah menganggap Maya seperti keluarga. Tetapi, itu dulu. Sekarang tidak lagi.

Fasya ralit memerhatikan kepingan gambar itu. Dia masih belum mengenal pasti, gadis kecil molek itu adalah perempuan yang dia pernah lihat bersama Tengku Zafran, di restoran tempoh hari.

"Comel. Macam akak Raisya. Mesti sekarang dia cantik kan?" Datuk Faizal tersenyum hambar.

"Tapi sikap dia tak seindah rupa." Ujar Datuk Faizal. Kemudian dia mengeluh kecil. Walaupun dia tahu tidak baik mengeluh.

"Kenapa papa cakap macam tu? Dia jahat ke?" Soal Fasya dengan penuh minat.

"Hari tu akak Raisya ada bagitahu papa, Zaf curang dengan dia disebabkan perempuan tu." Kali ini, Fasya sudah dapat mengingat sesuatu.

'Perempuan tu lah yang aku nampak dekat restoran dengan abang Zaf hari tu. Jadi, dia lah Maya.' Fasya bermonolog dalam hati

"Tak sangka kawan baik pun sanggup tikam kita dari belakang. Teruk betul!" Fasya meluahkan ketidakpuasan hatinya.

"Hidup berumah tangga ni banyak asam garamnya Fasya. Perkara macam ni dah selalu sangat berlaku. Kita perlu bijak tangani dengan baik. Kalau tak, rumah tangga tidak akan dapat berdiri teguh dengan baik." Fasya mengangguk setuju.
Suka dia mendengar Datuk Faizal memberi ceramah tentang ilmu rumah tangga.

-Bersambung-

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now