Bab 60

13.4K 419 8
                                    

Raisya dan Tengku Zafran berangkat pulang ke Kuala Lumpur setelah dua hari bercuti di Cameron Highland, Pahang. Sempat mereka mengambil beberapa kepingan gambar di butterfly park sebelum pulang.

“Abang, rasa macam tak puas aje dua hari bercuti dekat sini." Raisya memaut lengan Tengku Zafran setelah kamera itu disimpan ke dalam tas tangannya.

“Alah, nanti kita bercuti dekat tempat lain pula. Maybe masa tu kita dah bertiga." Tengku Zafran mengukir senyuman penuh makna sambil matanya merenung ke arah perut Raisya yang memboyot itu.

“Ya... A one big family!" Pantas jari telunjuk Tengku Zafran diletakkan pada bibir Raisya. Hesy, tak kena tempat betul la nak jerit.

“Sayang ni... janganla jerit depan khalayak ramai macam ni. Kan diaorang dah tengok sayang semacam aje." Raisya menayang muka menyampah.

Fine... Jom kita balik KL. Sayang tak sabar nak jumpa papa." Sengaja Raisya berbisik perlahan di telinga Tengku Zafran.

“Sayang perli abang eh?" Macamlah dia tak kenal dengan perangai si Raisya ni. Suka perli-perli orang.

“Taklah. Dah abang cakap tak payah cakap kuat-kuat. Sayang bisik aje lah dekat abang." Tengku Zafran menepuk dahi. Lain yang orang cakap, lain yang dia faham.

“Abang cakap jangan jerit aje. Bukannya tak bagi sayang cakap kuat. Tapi janganlah kuat sangat suara tu sampai boleh pecah gegendang telinga abang ni."

“Sayang tahulah. Cuma tadi terlebih excited pulak. Hehe..." Wajahnya didongakkan untuk bertentang mata dengan Tengku Zafran.

“Apa-apa aje lah sayang ni. Nak pergi beli souvenir dulu tak?" Raisya mengangguk laju.

“Amboi, laju aje dia."

“Eh mestilah."

“Ya lah. Jom."

                      *************

“Kau nak apa datang rumah aku?" Tan Sri Mikhael menyoal sebaik sahaja dia melabuhkan punggung berhadapan Tan Sri Mikhael. Sudahla masuk rumah orang tanpa mendapat keizinan.

Lama Tan Sri Mikhael menyepi sebelum kedengaran bunyi nafas dihela. Dia berdehem sedikit untuk mengurangkan rasa kekok. Rasanya dah lama dia tak jumpa dengan Datuk Faizal setelah apa yang menimpa Maya beberapa minggu yang lepas.

“Kalau kita berbaik semula macam dulu?" Datuk Faizal melongo seketika. Betul ke Tan Sri Mikhael yang berada depan dia sekarang ni?

“Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?" Datuk Faizal seperti tidak percaya bahawa Tan Sri Mikhael ingin berbaik semula dengannya.

“Boleh tak kita berbaik macam dulu? Macam zaman kita muda dulu." Datuk Faizal cuma diam. Dia tak tahu apa yang harus dikatakan.

“Aku tahu aku selalu kacau hidup kauorang anak-beranak. Tapi..."

“Aku setuju kita berbaik semula." Putus Datuk Faizal lantas memotong percakapan Tan Sri Mikhael.

“Betul ke ni?" Datuk Faizal angguk. Kemudian menghadiahkan senyuman nipis kepada Tan Sri Mikhael. Dia pun malas nak berdendam.

“Aku minta maaf sekali lagi." Tan Sri Mikhael memohon maaf lalu mereka berdua saling membalas dakapan sebagai kembali bersahabat.

                   **************

Buk!

“Maaf pakcik! Saya tak sengaja." Kalut Adam membantu seorang pakcik yang dalam lingkungan 60-an itu. Habis kotor kotnya dicemari oleh kopi yang dibawa oleh Adam.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now