Bab 56

14.7K 466 13
                                    

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pejabatnya, laju sahaja Raisya mendakap kerusi empuk serta meja kerjanya. Sudah la pintu tidak bertutup, free saja staf-staf di situ melihat aksi kebudak-budakan bos mereka itu.

"Rindunya nak duduk atas kerusi ni!" Hah, melampau lah tahap rindu kau ni Raisya. Lagak macam sebulan dah tinggalkan syarikat. Hakikatnya, empat hari sahaja dia tinggalkan syarikat.

Sofian tidak jadi ingin mengetuk pintu bilik pejabat Raisya. Biarlah dia melepas rindu dulu. Baru dua tapak langkahnya diatur, Raisya menggamitnya masuk ke dalam bilik pejabat itu. Dia membetulkan sedikit shawlnya yang sudah menyenget sebelah sebab peluk kerusi macam peluk suami.

Raisya merenung tajam ke arah Sofian yang sedang mengetap bibir menahan ketawa dari terhambur. Fail di tangan Sofian dirampas tanpa sempat Sofian menyerahkan kepadanya.

"Nak ketawa, ketawa aje lah. Tak payah nak cover sangat." Ujar Raisya sambil meneliti fail di tangan. Sesekali dia mengangguk. Empayar syarikatnya kini semakin meluas berkembang dan mempunyai beberapa cawangan di luar negara. Berkat Tengku Zafran juga semua ni. Sebab bijak mengambil hati client semasa mesyuarat. Tak sia-sia dia meletakkan kepercayaannya kepada Tengku Zafran sepanjang tempoh dia tiada di syarikat. Ni yang sayang lebih ni! Hihi...

"Panggil Zaf masuk kejap. Ada something aku nak cakap dengan dia." Raisya menghulurkan semula fail itu kepada Sofian setelah dia menurunkan tandatangan.

"Baik bos." Sofian melangkah keluar dari bilik pejabat Raisya sambil menjinjit fail di tangan. Kadang-kadang Sofian bahasakan dirinya sebagai bos, kadang-kadang Sofian bahasakan dirinya sebagai Raisya. Malah, kau-aku pun ada. Ya lah, mereka kan sudah lama berkawan. Termasuklah dengan Tania.

Baru nak bersandar pada kerusi empuknya, Tengku Zafran sudah berdiri di hadapan muka pintu bilik pejabatnya.

"Ada apa sayang panggil abang? Takkan rindu dah kut." Raisya mencebik. Dia kemudian bangun dari duduk, lalu menarik lengan Tengku Zafran supaya duduk berhadapan dengannya.

"Thanks abang." Senyuman manis terukir pada bibirnya.

"Thanks for what sayang? Pasal idea abang dalam membangunkan syarikat ni  semakin mendapat tarikan client ke?" Sekali lagi Raisya mencebik. Mana tahu ni? Ada sixthsense ke apa?

"Yes. Tak sangka abang pun ada bakat jadi CEO."

"Emm... ikhlas ke puji tu?" Tengku Zafran senyum senget.

"Tak lah. Tak ikhlas pun. Terpaksa." Raisya menarik muncung. Orang puji dia, boleh pula cakap tak ikhlas.

"Alahai... janganlah tarik muncung macam tu sayang." Raisya mengerutkan dahinya.

"Kenapa pula tak boleh?"

"Nanti mulut baby girl kita muncung macam sayang juga. Tak comel lah nanti." Berdekah-dekah Tengku Zafran mentertawakannya setelah berkata sebegitu.

"Hahaha... lawak sangat. Dah, pergi sambung buat kerja." Raisya memutarkan bebola matanya ke atas.

"Okey, tapi dengan satu syarat." Amboi, letak syarat bagai. Siapa yang bos sekarang ni?

"Syarat ap...?"

Cup!

"Errr... bos." Membuntang luas kedua mata pasangan itu. Segera mereka berdua memalingkan muka ke arah pintu.

"Maaf mengganggu." Berkali-kali staf wanita itu menunduk. Tak tahu pula bos dia tengah berasmara dengan Encik Suami.

Raisya menjeling tajam ke arah Tengku Zafran, sekaligus memberi isyarat agar Tengku Zafran keluar dari bilik pejabatnya.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now