Bab 70

13.7K 459 19
                                    

MEJA KERJA Maya dipandang sekilas. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya sebaik sahaja dia lalu di hadapan meja bekas pekerja merangkap bekas kawan baiknya itu. Rindu. Sebenarnya, sedikit sebanyak Raisya sudah dapat memaafkan Maya atas perbuatannya yang lalu.

"Bos! Buat apa tu?" Tania dan Sofian berjalan menghampiri Raisya yang sedang berdiri kaku di hadapan meja kerja Maya.

"Ha? Tak ada buat apa-apalah. Jom kita turun. Kejap lagi majlis dah nak start." Tania dan Sofian mengangguk lalu membuntuti langkah Raisya turun ke tingkat 19.

Raisya mula mengambil tempat pada meja VIP yang telah dikhaskan buatnya sekeluarga. Matanya meliar mencari kelibat Tengku Zafran dan Tengku Imani.

"Mana diaorang ni? Dah la call pun tak reti nak angkat. Baik campak aje phone tu dalam lombong." Raisya mengomel sendiri sambil mendail nombor Tengku Zafran buat ketiga kalinya.

"Mrs, may I sit here?" Seorang client yang berasal dari London itu meminta izin untuk duduk bersama di meja VIP.

"Sure. Have a seat." Mr. Edward mengukir senyuman mekar kepada Raisya sebagai tanda terima kasih.

Mr. Edward tersenyum sungging melihat Raisya seperti tercari-cari seseorang sedari tadi. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Tidak menunggu lama, laju sahaja dia membaca pesanan ringkas itu.

Remember what I've told you last week? -Tengku Zafran-

Of course. -Mr. Edward-

So, let's start our plan now. -Tengku Zafran-

"Mrs. I want to take some drink first. Would you like to?"

"No, thanks." Mr. Edward mengangguk seraya bangun dari duduknya. Apple juice menjadi pilihannya pada malam itu. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Raisya dan...

"Sorry!" Mr. Edward segera meletakkan gelas yang berada dalam genggamannya lalu beberapa helaian tisu diserahkan kepada Raisya.

Segera Raisya bangun dari duduknya tatkala apple juice itu selamat tersiram pada blouse dan skirt labuh yang dipakai.

"What have you done?!" Nada Raisya sudah bertukar sedikit keras. Namun suaranya masih dapat dikawal. Tidak mahu menimbulkan kekecohan di situ.

"I'm so sorry. But, can you take this? Erm... As a sign of apologise." Mr. Edward menghulurkan beg kertas yang berada di tangan kepada Raisya. Terbit kerutan di dahi Raisya cuba mengintai isi yang terkandung di dalam beg kertas itu.

"Hmm... It's okay. But, where did you get this?" Beg kertas itu diambil. Belum sempat dia ingin membuka untuk melihat isi di dalamnya, Mr. Edward terlebih dahulu menghalang.

"Just go to the ladies and wear it." Raisya semakin hairan. Namun dituruti juga apa yang diarahkan oleh Mr. Edward. Mungkin dia ganti baju aku kut. Tapi macam mana dia boleh tahu saiz aku pulak ni? Hish, pelik.

Sejurus Raisya mengambil beg kertas itu, laju sahaja dia menuju ke ladies yang berdekatan.

Tengku Zafran dan Imani segera berlari-lari anak naik ke pentas setelah diberi isyarat tangan oleh Mr. Edward.

Isteriku Cik Bos [Republish]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora