Bab 27

15.7K 533 7
                                    

DATO' FAIZAL memandang telefon bimbit yang masih terletak di meja. Terlintas di hatinya untuk membuat panggilan kepada Tan Sri Mikhael. Dia tidak boleh lagi berdiam diri membiarkan Tan Sri Mikhael menyimpan prasangka terhadapnya. Dia bukan lah dungu sehingga tidak dapat mengagak perbuatan siapa yang mengakibatkan dia jatuh sakit sedemikian.

"Hello?" Panggilan berjaya disambungkan. Dato' Faizal diam seketika sebelum membalas.

"Tan Sri Mikhael. Ni aku, Dato' Faizal. Aku ada sesuatu nak jelaskan dekat kau." Berkerut dahi Tan Sri Mikhael mendengar bicara serius Dato' Faizal.

"Jelaskan apa? Aku tak nak dengar apa-apa lah dari pembunuh macam kau ni." Dato' Faizal menghela nafas berat di hujung talian. Berat mana pun bebannya kali ini, dia harus lepaskan juga demi kebaikan kedua pihak.

"Tentang Maya." Tersentak Tan Sri Mikhael tatkala nama itu menyapa pendengarannya. Baru saja dia berniat ingin menamatkan panggilan tadi.

"Kenapa dengan anak aku? Dia dah tak ada. Dia dah mati!" Tempik Tan Sti Mikhael penuh emosi. Disebabkan kematian misteri puterinya itu dia menyimpan dendam sehingga sekarang.

"Tak! Dia belum mati. Kau masih ingat Raisya dengan Maya main pondok-pondok masa kecil dulu?"

"Mestilah aku ingat. Sebab masa tu anak aku hampir mati." Bidas Tan Sri Mikhael, laju.

"Sebenarnya ada orang lain yang selamatkan Maya masa kebakaran berlaku dekat pondok yang diaorang main tu." Terang Dato' Faizal cuba menceritakan perkara sebenar.

"Kenapa kau tak pernah beritahu aku pun sebelum ni?" Nada Tan Sri Mikhael berubah kendur. Tidak tinggi seperti tadi.

"Aku memang dah lama nak beritahu kau. Aku minta maaf sebab tak dapat nak selamatkan Maya masa tu. Aku cuma sempat selamatkan Raisya." Dato' Faizal masih terasa kesal mengenangkan kejadian lama itu.

"Kalau betul dia masih hidup, mana dia sekarang ni?"

"Aku tak tahu. Tapi aku rasa Maya ada di KL sekarang ni." Ya, sejak baru-baru ini dia seperti ternampak kelibat Maya di sebuah pusat beli-belah.

"Fine. Kalau aku jumpa Maya semula, aku akan tarik balik dendam kesumat aku pada kau selama ni. Tapi kalau aku dapat tahu kau tipu, hidup kau akan jadi lagi teruk berbanding sekarang." Dato' Faizal menghela nafas lega di hujung talian. Sekurang-kurangnya dia berkata perkara yang benar.

Lama potret yang memaparkan imej seorang gadis itu ditatap. Betapa rindunya dia pada gadis itu, menjadi pengganti tempatnya mencurah kasih sayang setelah kematian isterinya.

"Mana Maya pergi? Kenapa Maya tinggal daddy?" Tan Sri Mikhael cuba menahan sebak. Matanya langsung tidak berkalih dari terus menatap potret besar di hadapannya.

Krekk...

"Err... Sorry Tan Sri." Aduh, tersalah timing pulak nak berjumpa Tan Sri.

"Tak apa. Mana Bobby?" Cepat-cepat Tan Sri Mikhael mengesat hujung tubir mata.

"Dia tengah on the way ke sini." Ujar Lan seraya melabuhkan punggungnya pada sofa yang terdapat dalam bilik itu.

"Ada apa Tan Sri panggil kitaorang datang?"

"Kita tunggu Bobby dulu." Lan mengangguk. Terasa lama pula menunggu budak si Bobby ni datang.

Dalam beberapa minit setelah itu, deruan enjin motosikal di luar berjaya menarik perhatian mereka. Termengah-mengah Bobby dalam keadaan topi keledar masih tersarung di kepala.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now