Bab 39

12.8K 457 7
                                    

"Asal lambat sangat kau ni?" Maya merenung tajam kakak angkatnya. Merangkap seorang doktor sakit perempuan di hadapannya kini.

"Eh, aku pulak yang disalahkan. Kau juga yang cakap ada date tadi. Buat apa aku nak datang mall ni awal-awal." Bidas kakak angkatnya, Doktor Zara.

"Ada aje lah kau ni. Bawa tak apa yang aku mintak hari tu?" Doktor Zara mengangguk. 'Benda' itu dibawa keluar dari tas tangannya lalu diserahkan kepada Maya. Belum sempat Maya ingin mencapai 'benda' itu, Doktor Zara menariknya semula.

"Sebelum tu, kau benci sangat ke dekat perempuan tu? Sampai kau sanggup nak buat dia merana nanti."

"Memang aku benci dia. Aku benci dia sebab buat aku hampir mati dulu!" Kebanyakan pelanggan mencuri pandang ke arah mereka. Terganggu dengan suara Maya mungkin.

"Okey-okey, jangan lah emo sangat. Kau letak aje dalam minuman atau makanan dia. Tapi jangan terlebih dos, takut orang yang kau benci tu sekali mati." Ujar Doktor Zara.

"Aku tahu lah. Thanks untuk ni. Berapa bayaran yang kau nak?" Maya sudah mengeluarkan beberapa kepingan not RM 100 kepada Doktor Zara.

"Ish, tak payah lah. Gaji aku dah cukup. Aku tolong kau ni pun sebab kau adik angkat aku je. Aku harap lepas ni kau tak akan minta ubat macam ni lagi dekat aku."

"Kalau macam tu, aku balik dulu lah ya." Pamit Maya.

"Okey. Drive elok-elok." Mereka saling membalas lambaian sebelum menuju ke destinasi masing-masing.

Maya menelek botol ubat dalam genggamannya. Senyuman jahat mula terukir di bibirnya.

"Tak sabar aku nak buat kau menderita, Myra." Botol ubat itu diletakkan di bawah bantal lalu dia melangkah ke arah pintu bilik. Terkejut beruk Maya tatkala mendapati Tania sedang berdiri pegun di hadapan pintu biliknya.

"Siapa Myra yang kau maksudkan?! Cik Raisya ke?" Maya kelu untuk menjawab. Otaknya mula ligat mencari idea.

"Bu.. bukan lah! Kau ingat Myra tu Cik Raisya sorang je ke?" Fuh, nasib dapat idea walaupun kedengaran kurang bernas.

"Sebab kau sorang aje yang panggil dia Cik Myra." Suara Tania mula mengendur.

"Aku maksudkan orang lain lah. Bukannya Cik Myra. Tepi lah, aku nak pergi tengok tv." Bahu Tania ditolak kasar. Tania buat tak kisah aje. Dia dah biasa dengan perempuan gila tu.

"Tapi, kenapa dia nak buat perempuan tu menderita?" Soalan itu akhirnya dibiar sepi sebelum dia turut menonton televisyen bersama Maya.

            ************

Sofian dan Tania mengajak Pak Ali keluar bersama mereka. Nak pergi cari cincin yang sesuai untuk majlis pertunangan mereka.

"Awak suka emas putih ke emas kuning?" Soal Sofian setibanya mereka di Habib Jeweled.

"Mana-mana pun boleh. Saya tak kisah. Asalkan kita dapat bertunang." Tania menghadiahkan senyuman manis macam lori gula tergolek kepada Sofian. Eh, melampau statement.

"Tania lah sepatutnya pilih. Kitaorang bukan tahu sangat taste perempuan macam mana." Pak Ali juga menyokong pendapat Sofian.

"Hmm ye lah. Kalau macam tu, untuk majlis pertunangan, saya pilih cincin emas kuning. Kalau akad nikah nanti, saya nak emas putih. Boleh?" Sofian cuma senyum.

"Anything for you." Balas Sofian. Tania tersenyum malu.

"Sudah-sudah la tu nak bersweet kat sini. Miss tu dah tersengih-sengih tengok kauorang." Mereka berdua tersenyum malu. Lalu mula memilih cincin yang sesuai.

            *************

Tengku Zafran boleh tidak sedar yang dia juga turut terlelap bersama Raisya.

Dengan segera, dia menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

"Raisya tidur lagi ke Zaf?" Datuk Faizal menyoal sebaik sahaja Tengku Zafran menapak turun ke tingkat bawah.

"Ha'ah. Nampak macam letih aje Zaf tengok. Papa, salah ke kalau Zaf cemburu dengan isteri Zaf sendiri?" Datuk Faizal menggeleng seraya menghadiahkan senyuman manis kepada Tengku Zafran.

"Tak ada salahnya Zaf. Cemburu tu kan tanda sayang. Tapi, jangan lah sampai cemburu buta. Hidup berumah tangga ni perlu saling mempercayai pasangan. Kalau tak ada sifat saling mempercayai, kita mudah dengar cakap orang luar berbanding cakap pasangan kita. Papa harap Zaf dan Raisya tak macam tu lah ye. Raisya tu tengah mengandung. Dia perlukan perhatian lebih dari Zaf." Tengku Zafran menunduk menerima nasihat daripada Datuk Faizal.

"Zaf terlalu cemburu buta papa. Sepatutnya Zaf bagi sepenuh perhatian kepada Raisya. Bukan menambahkan lagi tekanan kepada Raisya." Datuk Faizal tersenyum bangga memandang Tengku Zafran. Nampaknya, menantunya yang seorang ini mudah menerima nasihat.

"Bagus lah kalau Zaf dah sedar dengan semua ni. Papa tahu, Zaf cemburu tengok Raisya dengan Sofian kan?"

"Mana papa tahu?"

"Mesti lah papa tahu. Sebab Raisya yang cerita. Dia cakap Zaf salah faham aje hari tu. Sofian cuma tolong Raisya aje. Raisya pening dan sakit kepala masa tu. Kebetulan Sofian dan Tania ada dekat situ, diaorang pergi lah tolong Raisya." Datuk Faizal menjelaskan semula apa yang berlaku seperti yang diberitahu Raisya kepadanya.

Dan semua penjelasan itu membuatkan Tengku Zafran lagi rasa bersalah kepada Raisya.

"Tapi Zaf tak nampak Tania pun masa tu. Yang Zaf nampak, Sofian aje yang ada." Walaupun rasa bersalah, tapi dia perlu bersuara juga.

"Tania pergi cari minyak angin dekat meja dia. Sebab tu lah Zaf tak jumpa Tania." Tengku Zafran tersengih malu.

"Eh, dah lah. Pergi kejut kan Raisya. Kita makan sama-sama." Tengku Zafran menurut.

Tengku Zafran menguak perlahan pintu bilik tidur Raisya. Dia mendapati Raisya tiada di atas katil.

Tiba-tiba pintu bilik air dibuka dari dalam. Raisya keluar dari bilik air dengan hanya berkemban. Terpaku Tengku Zafran memerhatikan Raisya. Matanya mula liar merenung Raisya atas hingga bawah.

Terbuntang luas mata Raisya melihat Tengku Zafran masuk ke dalam biliknya.

Tengku Zafran menapak ke arah Raisya dengan senyuman nakal terukir di bibir. Kedua lengannya mengunci pergerakan Raisya pada dinding.

Wajah Raisya bertukar pucat. Liurnya ditelan berkali-kali.

"Sayang..." Bisiknya perlahan di tepi telinga Raisya. Raisya memejam matanya rapat.

'Someone please help me!'

-Bersambung-

P/S Tengku Zafran dan Raisya akan berbaik ke ni? Macam mana dengan perang dingin diaorang? Huhu...

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now