Bab 49

11.8K 428 17
                                    

"Apa semua ni Zaf? Betul ke apa yang papa tengok ni?" Pandangan Datuk Faizal tajam menikam ke dalam anak mata Tengku Zafran.

"Tak papa. Zaf tak buat pun semua ni. Sayang percaya abang kan?" Raisya yang sedang bersandar pada sofa dihampiri. Raisya cuma memandang wajahnya dengan pandangan yang kosong.

"Jangan nak menegakkan benang yang dah basah lah Zafran! Kau mesti bertanggungjawab ke atas Maya!" Sekali lagi mereka ditempik oleh Tan Sri Mikhael.

"Kita bincang elok-elok tentang hal ni. Malu kalau jiran-jiran dengar." Datuk Faizal cuba meredakan suasana yang semakin tegang itu.

"Malu? Owh... kau fikir malu kau aje?! Kau tak fikir ke kalau perut Maya tu membesar nanti?! Lagi teruk kami kena tanggung malu!" Datuk Faizal melepaskan keluhan berat. Makin serabut jadinya.

Tengku Zafran dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Semangatnya hilang kerana Raisya seolah-olah tidak mempercayainya.

"Kahwin dengan Maya. Then, I will trust you." Raisya mencelah setelah sekian lama berdiam.

"What?! Kahwin dengan perempuan tu? Sayang, abang tak akan buat semua ni. Kenapa mesti abang kahwin dengan dia?" Raisya pandang Tengku Zafran dengan penuh mengharap. Kemudian bibirnya dirapatkan pada telinga Tengku Zafran.

"I know abang tak buat semua tu. Just buat apa yang saya suruh. Percayalah, sayang tak akan biar perkahwinan ni terjadi. Pura-pura aje dengan semua ni. Then, I will find the truth. Okay, my dear hubby?" Sempat lagi Raisya merangkul tubuh Tengku Zafran setelah dia berbisik ayat itu.

Semangat Tengku Zafran kini sudah kembali. Mujur Raisya mempercayainya. Mesti lah dia percaya. Sebab selama ni, Tengku Zafran sentiasa ada dengan dia. Dan, dia pun tahu sikap perempuan licik seperti Maya tu. Entah anak siapa yang dia kandungkan, suka hati aje suruh orang lain jadi pak sanggup.

"Alahai... nak buat romantic pula dekat sini." Maya tayang muka menyampah setelah melihat drama sebabak itu.

"Dah habis bincang? So, bila Maya dengan Zafran boleh kahwin?" Datuk Faizal cuma diam. Dia tak tahu nak cakap apa. Lagipun, keputusan tu terletak pada tangan Raisya dan Tengku Zafran.

"Saya ikut aje." Jawab Tengku Zafran. Manakala Raisya tidak lepas merenung tajam ke arah Maya.

"Minggu depan. Kalau kau lari dari majlis tu, kau tengok lah apa akan jadi pada kau dan keluarga kau." Tan Sri Mikhael memberi amaran sekaligus menetapkan tarikh perkahwinan.

Raisya terkaku sebentar. Cepatnya. Sempat ke aku nak cari kebenaran di sebalik semua ni?

**************

"Abang, sayang nak pergi jumpa Fasya kejap. Ada sesuatu yang sayang nak bagitahu dia. Sayang harap bonda dengan ayahanda dapat terima semua ni. Abang bincang lah dengan diaorang baik-baik. Good luck!" Kedua belah bahu Tengku Zafran ditepuk memberi kekuatan. Tengku Zafran senyum memandnag wajah Raisya. Dia bersyukur mempunyai isteri yang mempercayainya serta bijak. Betul lah apa yang dinasihatkan oleh Datuk Faizal, hidup berumah tangga ni perlu saling mempercayai.

"Terima kasih sayang." Raisya mengerutkan dahinya.

"Terima kasih untuk apa?"

"Sebab percayakan abang." Raisya tertawa kecil. Kemudian kepalanya disandarkan pada dada bidang Tengku Zafran.

"Sama-sama kasih. Raisya tak akan biarkan sesiapa pun hancurkan rumah tangga kita, terutamanya perempuan licik seperti Maya tu." Tengku Zafran mengangguk setuju lalu merangkul erat pinggang Raisya. Sebuah kucupan dihadiahkan pada ubun-ubun Raisya.

Isteriku Cik Bos [Republish]Where stories live. Discover now